Mahdzir Khalid SHMS, SSDK (Kedah); DPMP (Perak); BKM (Kedah) | |
|---|---|
| Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah | |
| Menyandang jawatan 1 Jun 2025[1] | |
| Menteri | |
| Menteri Pembangunan Luar Bandar | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan |
|
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Padang Terap | |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 4,442 (PRU-13) |
| Dalam jawatan 30 Jun 2018 – 18 Mac 2023 | |
| Didahului oleh | Ahmad Zahid Hamidi Hishammuddin Hussein Mohd Shafie Apdal |
| Digantikan oleh | Wan Rosdy Wan Ismail |
| Pengerusi Tenaga Nasional Berhad | |
| Dalam jawatan 12 Mei 2020 – 30 September 2021 | |
| Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob (Ogos 2021 - Oktober 2022) Muhyiddin Yassin (Mac 2020 - Ogos 2021) |
| Didahului oleh | Ahmad Badri Mohd Zahir |
| Digantikan oleh | Hasan Ariffin |
| Menteri Pendidikan Malaysia | |
| Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan |
|
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Pedu | |
| Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 3 April 2013 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Menteri Besar Kedah ke-9 | |
| Dalam jawatan 28 Disember 2005 – 8 Mac 2008 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 15 Disember 1960 Pokok Sena, Kedah |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Pasangan | Datin Seri Diraja Noraini Abdullah |
| Ibu bapa | Che Dah Yaakob Khalid Yaakob |
| Kediaman | Kampung Atong, Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid (lahir 15 Disember 1960) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan juga mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar (2021-2022), mantan Menteri Pendidikan (2015-2018) dan mantan Menteri Besar Kedah (2005-2008). Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi UMNO Kedah.
Kehidupan awal dan pendidikan
Beliau adalah anak sulong dari empat orang anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan SMK Dato' Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1980 hingga 1984 dan bedaya mendapat ljazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (1981‑1982).
Keluarga
Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan dengan empat orang anak. Anak sulongnya, Sift Hajar (25 tahun ) seorang akuntan di KL. Anak‑anak yang lain adalah Mohd. Saddam (28 tahun)Pilot , Mahd. Sallehuddin (22 tahun) penuntut di Australia dan Mahani (19 tahun) penuntut di kl.
Kerjaya
Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato' Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato' Seri Osman Bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas ( Pembangunan ) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri dan Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabilla dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.
Politik
Dari segi politik, beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah dan pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pokok Sena. Sekarang, beliau adalah ahli UMNO cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang Terap dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Dato'Mahdzir bin Khalid juga merupakan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman.[2]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dato' Mahdzir bin Khalid melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional bagi kerusi DUN Pedu. Selepas memenangi kerusi DUN berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO) mulai 28 Mac 2004 dan diamanahkan Portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi Negeri.[3]
Menteri Besar Kedah
Apabila Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah cuti sakit, Dato'Mahdzir bin Khalid telah diberi kepercayaan untulk memangku jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan mulai 17 Julai 2005 hingga 16 Oktober 2005. Tempoh pemangkuan tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga 16 Januari 2006 dan atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ke ‑ 9 pada 26 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan 28 Disember 2005.
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | Mahdzir Khalid (UMNO) | 7,684 | 56.26% | Wan Jaafar Wan Ahmad (PAS) | 5,785 | 42.36% | 13,657 | 1,899 | 87.29% | ||
| 2008 | Zamri Yusuf (PKR) | 6,047 | 39.78% | Mahdzir Khalid (UMNO) | 8,780 | 57.76% | 15,200 | 2,733 | 87.53% | ||
| 2023 | Mohd Radzi Md Amin (PN) PAS | 14,397 | 64.21% | Mahdzir Khalid (BN)UMNO | 8,024 | 35.79% | 22,421 | 6,373 | 78.38% | ||
| Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | Undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | Mahdzir Khalid (UMNO) | 20,654 | 55.66% | Mohd Nasir Zakaria (PAS) | 16,202 | 43.69% | 37,904 | 4,442 | 90.33% | ||
| 2018 | Mahdzir Khalid (UMNO) | 16,384 | 42.09% | Khairizal Khazali (AMANAH) | 7,254 | 18.64% | 38,923 | 1,099 | 85.61% | ||
| Mohd Azam Abd Aziz (PAS) | 15,285 | 39.27% | |||||||||
| 2022 | Mahdzir Khalid ( BN) UMNO | 17,258 | 35.49% | Nurul Amin Hamid (PN) PAS | 28,217 | 58.03% | 48,629 | 10,959 | 81.31% | ||
| Muaz Abdullah (PH) AMANAH | 2,702 | 5.56% | |||||||||
| Razali Lebai Salleh (PEJUANG) | 452 | 0.93% | |||||||||
Anugerah
Kerana jasa dan pengorbanannya, beliau dianugerahkan darjah den pingat kebesaran iaitu Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 2003 dan Bakti Khidmat Masyarakat (BKM) pada tahun 1996.
Kedah
Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - Dato' Seri Diraja
Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) - Dato' Seri
Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM)
Rujukan
- ^ https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/mahdzir-khalid-dilantik-pengerusi-keda-baharu
- ^ "Waking up to new politics". The Star. Star Publications (Malaysia). 10 March 2008. Dicapai pada 2 May 2010.
- ^ "The complete list of Ministers and Deputy Ministers in Najib's new Cabinet". ABN News. 15 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2014. Dicapai pada 23 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=ignored (bantuan) - ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 11 May 2013. Percentage figures based on total turnout, excluding informal votes.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 11 March 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=ignored (bantuan) - ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
Pautan luar
- Nama pengguna X berbeza dengan Wikidata
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Menteri Besar Kedah
- Kelahiran 1960
- Orang hidup
- Orang dari Kedah
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Menteri Pendidikan Malaysia
- Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia
- Menteri Besar daripada UMNO
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-11
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14











