Siti Faizah Abdul Azis | |
|---|---|
| Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 6 April 2023 (Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan) | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
| Ahli | Ngwe Hee Sem |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan (Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan) |
| Kawasan pilihan raya | Sungai Rambai |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Sungai Rambai | |
| Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
| Didahului oleh | Hasan Abd Rahman (BN–UMNO) |
| Majoriti | 1,137 (2021) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 7 September 1975 |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Siti Faizah binti Abdul Azis merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Timbalan Ahli EXCO Melaka dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 dan sebagai Ahli DUN Melaka bagi Sungai Rambai sejak November 2021. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN).[1]
Kerjaya politik
Calon Dewan Undangan Negeri Melaka (2021)
Dalam pilihan raya negeri 2021, Siti Faizah binti Abdul Azis membuat debut pilihan rayanya selepas dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi DUN Sungai Rambai. Siti Faizah bertanding menentang Muhammad Jefri Safry daripada Perikatan Nasional, Farzana Hayani Mohd Nasir daripada Pakatan Harapan dan Nazatul Asyraf Md Dom daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 3,170 undi dan majoriti sebanyak 1,825 undi.[2]
Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (sejak 2023)
Pada 6 April 2023, Siti Faizah binti Abdul Azis dilantik oleh Ab Rauf Yusoh sebagai Timbalan Ahli EXCO yang bertanggungjawab dalam bidang Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, mewakili Ahli EXCO Ngwe Hee Sem.[3][4]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2021 | N28 Sungai Rambai | Siti Faizah Abdul Azis (UMNO) | 3,801 | 48.08% | Muhammad Jefri Safry (BERSATU) | 2,664 | 33.70% | 8,112 | 1,137 | 68.53% | ||
| Farzana Hayani Mohd Nasir (PKR) | 1,356 | 17.15% | ||||||||||
| Nazatul Asyraf Md Dom (PUTRA) | 84 | 1.06% | ||||||||||
Anugerah
Melaka
Darjah Mulia Seri Melaka Setia Kelas II (DPSM) – Datuk (2025)[7][8]
Ahli Darjah Seri Melaka (D.S.M.) (2017)[9]
Bintang Khidmat Cemerlang (B.C.M.) (2011)[10]
Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) (2007)[11]
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) (2003)[12]
Anugerah
- ^ "Calon PRU Siti Faizah Abdul Azis". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Keputusan rasmi PRN Melaka". www.bharian.com.my. 20 November 2021.
- ^ "Ab. Rauf umum 10 timbalan Exco Melaka". www.utusan.com.my. 6 April 2023.
- ^ "10 Timbalan EXCO Melaka diumum". www.bharian.com.my. 6 April 2023.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka 2021" (PDF) (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 25 Ogos 2023.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 25 Ogos 2023..
- ^ Bernama (24 Ogos 2025). "Chief Justice leads Melaka Governor's birthday honours list" (dalam bahasa Inggeris). theSun. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
- ^ Amir Mamat (24 Ogos 2025). "Ketua Hakim Negara ketuai senarai penerima darjah kebesaran Melaka". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2017" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2011" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
- ^ "Senarai Penerima Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang Dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Bagi Tahun 2007" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2003" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.








