Muhammad Jailani Khamis | |
---|---|
محمد جايلاني بن خميس | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan) | |
Dalam jawatan 26 November 2021 – 31 Mac 2023 | |
Gabenor | Mohd Ali Rustam |
Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
Didahului oleh | Sendiri |
Digantikan oleh | Abdul Razak Abdul Rahman |
Kawasan pilihan raya | Rembia |
Dalam jawatan 13 Mac 2020 – 21 November 2021 | |
Gabenor | Mohd Khalil Yaakob (2020) Mohd Ali Rustam (2020–2021) |
Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
Didahului oleh | Sendiri |
Digantikan oleh | Sendiri |
Kawasan pilihan raya | Rembia |
Dalam jawatan 16 Mei 2018 – 2 Mac 2020 | |
Gabenor | Mohd Khalil Yaakob |
Ketua Menteri | Adly Zahari |
Didahului oleh | Idris Haron |
Digantikan oleh | Sendiri |
Kawasan pilihan raya | Rembia |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Rembia | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Norpipah Abdol (BN–UMNO) |
Majoriti | 1,814 (2018) 860 (2021) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka | |
2018–2020 | Pakatan Harapan |
2020–2021 | BEBAS |
2021–2023 | Barisan Nasional |
2023– | Perikatan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muhammad Jailani bin Khamis 26 Mei 1972 ![]() ![]() |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (–2016, 2021–2023) Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2017–2020) BEBAS (2020–2021) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (sejak 2023) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (–2016, 2021–2023) Pakatan Harapan (PH) (2017–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2023) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Muhammad Jailani Khamis di Facebook | |
Muhammad Jailani bin Khamis (lahir 26 Mei 1972) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Rembia sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dari November 2021 hingga Mac 2023 bagi penggal ketiga, dari Mac 2020 hingga November 2021 bagi penggal kedua dan di bawah bekas Ketua Menteri Adly Zahari dari Mei 2018 sehingga kejatuhan pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) pada Mac 2020 bagi penggal pertama. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Sebelum ini, beliau pernah menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen BN, sebelum meninggalkan UMNO untuk menyertai PAS.[1] Beliau juga pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen PH, sebelum meninggalkan PKR dan menjadi seorang bebas dengan menyokong BN selama sembilan bulan, kemudian menyertai UMNO semula. Kini beliau merupakan satu-satunya ADUN PAS di Melaka dan antara tiga orang ADUN pembangkang serta ADUN PN di Melaka bersama-sama Ketua Pembangkang Negeri merangkap ADUN Bemban Mohd Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang Mohd Aleef Yusof.[2][3][4][5][6][7][8]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Pada November 2019, Muhammad Jailani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ginie Lim Siew Lin tidak hadir dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka. Ketidakhadiran mereka menyebabkan usul kerajaan negeri PH ketika itu untuk menamakan Ketua Perhubungan PKR negeri Melaka, Halim Bachik sebagai Senator ditolak.[9] Presiden PKR Anwar Ibrahim bertemu mereka berhubung isu tersebut dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.[10] Ketika Krisis politik Malaysia 2020 pada Mac 2020, Jailani memainkan peranan penting dalam kejatuhan pentadbiran PH yang dipilih secara demokratik dan dipimpin oleh Ketua Menteri Adly Zahari apabila beliau merupakan antara ADUN yang keluar daripada PH. Tindakan itu menyebabkan Adly kehilangan sokongan majoriti dalam dewan. Adly kemudiannya dipaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri dan pentadbiran PH tumbang. Jailani beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sebagai ADUN bebas. BN kemudian kembali berkuasa bersama Perikatan Nasional (PN) dalam bentuk kerajaan campuran. Sulaiman Md Ali daripada BN dilantik sebagai Ketua Menteri baharu menggantikan Adly. Jailani kemudiannya dilantik semula sebagai Ahli EXCO dengan portfolio yang sama. Pada 2021, beliau menyertai semula BN dan UMNO.[2] Dalam Pilihan raya negeri Melaka 2021, beliau dicalonkan semula oleh BN untuk mempertahankan kerusi negeri Rembia dan berjaya dipilih semula sebagai ADUN Rembia serta dilantik semula sebagai EXCO dengan portfolio yang sama.[11][12] Pada 29 Mac 2023, Sulaiman disahkan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri. Muhammad Jailani melabelkan Ketua Menteri yang bakal menggantikannya, Ab Rauf Yusoh, sebagai seorang pemimpin "pintu belakang". Istilah itu sering digunakan semasa krisis politik untuk merujuk kepada kerajaan atau ahli politik yang memegang kuasa tanpa dipilih secara demokratik oleh rakyat. Ahli EXCO merangkap ADUN Merlimau, Muhamad Akmal Saleh, membidas Jailani dengan mengingatkannya tentang peranan utama beliau dalam kejatuhan pentadbiran PH pada Mac 2020. Pada 31 Mac 2023, ADUN Tanjung Bidara, Ab Rauf dilantik sebagai Ketua Menteri menggantikan Sulaiman. Jailani mendakwa bahawa Ab Rauf telah menekan dan menjatuhkan Sulaiman serta mengisytiharkan bahawa beliau tidak menyokong Ab Rauf dan kerajaannya walaupun merupakan ADUN kerajaan daripada BN. Pada 5 April 2023, Ab Rauf mengumumkan barisan EXCO baharunya dan seperti yang dijangka, beliau menggugurkan Jailani daripada senarai EXCO.
Dalam satu sidang media di Parlimen Malaysia yang dihadiri oleh Ahli Parlimen (AP) PN pada 16 Julai 2024, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengumumkan bahawa Muhammad Jailani telah keluar daripada BN dan UMNO serta menyertai PN dan PAS lebih setahun sebelumnya, iaitu pada 10 Jun 2023, sebulan sebelum Dewan Undangan Negeri Melaka mengesahkan undang-undang anti-lompat parti.[13][14] Muhamad Akmal mengkritik Jailani kerana berbuat demikian dan menegaskan bahawa beliau merupakan seorang "katak politik" serta mengingatkan peranan beliau dalam menjatuhkan pentadbiran PH. Muhamad Akmal turut menuntut supaya satu pilihan raya kecil Rembia diadakan untuk memilih ADUN baharu tanpa mengira sama ada tindakan Jailani melanggar undang-undang atau tidak. Beliau mencabar Jailani supaya bertanding semula untuk mendapatkan mandat baharu daripada pengundi Rembia sekiranya beliau seorang yang "gentleman". Ketua Menteri Ab Rauf pula menambah bahawa semua calon BN dalam PRN Melaka 2021 telah menandatangani surat aku janji untuk tidak melompat parti sekiranya dipilih sebagai ADUN atau berdepan dengan tindakan undang-undang dan kos yang ditanggung BN. Beliau juga menegaskan bahawa tindakan Jailani meninggalkan BN tidak menjejaskan pentadbirannya dan mengucapkan penghargaan atas khidmat Jailani sebelum ini, sambil menyerahkan nasib Jailani kepada Speaker Ibrahim Durum dan Majlis Tertinggi UMNO. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Ahmad Maslan mendedahkan bahawa BN akan menuntut kos sebanyak RM100 juta daripada Jailani melalui tindakan undang-undang. Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki turut membentangkan bukti serta surat aku janji yang ditandatangani Jailani dan menuntut beliau membayar RM100 juta kepada UMNO atau berdepan dengan tindakan undang-undang. Jailani dengan berani menerima cabaran undang-undang itu dan berjanji untuk membongkar "taktik kotor" UMNO di mahkamah.
Pada 27 Disember 2024, ketika persidangan dewan, beliau terlibat dalam pertikaman lidah dengan Muhamad Akmal yang dilabelnya sebagai seorang "pengkhianat".
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N06 Rembia | Muhammad Jailani Khamis (PKR) | 6,773 | 52.37% | Norpipah Abdol (UMNO) | 4,959 | 38.35% | 13,175 | 1,814 | 84.26% | ||
Mohammad Rashidi Abd Razak (PAS) | 1,200 | 9.28% | ||||||||||
2021 | Muhammad Jailani Khamis (UMNO) | 4,224 | 41.61% | Zamri Pakiri (PKR) | 3,364 | 33.13% | 10,152 | 860 | 64.43% | |||
Zamzuri Arifin (BERSATU) | 2,433 | 23.97% | ||||||||||
Murali Krishnan (BEBAS) | 67 | 0.66% | ||||||||||
Sabarudin Kudus (BEBAS) | 64 | 0.63% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Melaka :
Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) – Datuk (2018)[18]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Muhammad Jailani Khamis". PRU Di Sinar. Sinar Harian. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ a b "After leaving PKR, Rembia rep joins Umno". Bernama. Malaysiakini. 2 Januari 2021. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ "ADUN Rembia sertai UMNO" (dalam bahasa Malay). Sinar Harian. 2 Januari 2021. Dicapai pada 2 Januari 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "ADUN Rembia kembali ke pangkuan UMNO" (dalam bahasa Malay). MyKMU. 2 Januari 2021. Dicapai pada 2 Januari 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Fairuz Zaidan (16 Mei 2018). "10 EXCO Melaka angkat sumpah jawatan". Berita Harian. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ "Malacca CM announces portfolios for excos". The Sun Daily. 17 Mei 2018. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ "Melaka CM announces state exco line-up". Bernama. Astro Awani. 13 Mac 2020. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ Amir Mamat (13 Mac 2020). "Sembilan Exco Melaka angkat sumpah". Harian Metro. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ "Absent two votes, PKR defeated over new Melaka senator". Bernama. Free Malaysia Today. 25 November 2019. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ "Unacceptable for PKR assemblymen to be absent for Melaka senator motion, says Anwar". The Straits Times. 26 November 2019. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ "PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu". Free Malaysia Today. 4 November 2021. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ "Melaka polls: Barisan unveils candidates list contesting all 28 state seats". The Star. 6 November 2021. Dicapai pada 10 November 2021.
- ^ "Jailani sah sertai PAS". Berita Harian. 16 Julai 2024. Dicapai pada 16 Julai 2024.
- ^ "Rembia assemblyman Muhammad Jailani Khamis joins Pas". The Straits Times. 16 Julai 2024. Dicapai pada 16 Julai 2024.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "N.06 REMBIA". SPR Dashboard. 7 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ "Rina heads list of 419 recipients of Malacca state awards". Bernama. Malaysiakini. 13 Oktober 2018. Dicapai pada 13 Oktober 2018.