Vidyananthan Ramanadhan | |
|---|---|
| வித்யானந்தன் ராமநாதன் | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Perpaduan dan Sumber Manusia : 14 Mei 2013 – 12 Mei 2018 & Kesihatan dan Alam Sekitar : 6 Mac 2020 – 15 Mac 2022) | |
| Dalam jawatan 6 Mac 2020 – 15 Mac 2022 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Menteri Besar | Hasni Mohammad |
| Didahului oleh | Mohd Khuzzan Abu Bakar (Kesihatan Tan Chen Choon (Alam Sekitar) |
| Digantikan oleh | Ling Tian Soon (Kesihatan) Raven Kumar Krishnasamy (Alam Sekitar) |
| Kawasan pilihan raya | Kahang |
| Dalam jawatan 14 Mei 2013 – 12 Mei 2018 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Menteri Besar | Mohamed Khaled Nordin |
| Didahului oleh | Asojan Muniyandy |
| Digantikan oleh | Ramakrishnan Suppiah |
| Kawasan pilihan raya | Kahang |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Kahang | |
| Menyandang jawatan 8 Mac 2008 | |
| Didahului oleh | Ramis Subramaniam (BN–MIC) |
| Majoriti | 5,324 (2008) 7,801 (2013) 2,861 (2018) 6,698 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | |
| Parti politik | Kongres India Malaysia (MIC) |
| Gabungan politik lain | |
| Ibu bapa | D. Ramanadhan (bapa) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Vidyananthan a/l Ramanadhan merupakan seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang ahli politik. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) bagi Kahang sejak Mac 2008. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Menteri Besar Hasni Mohammad dari Mac 2020 hingga Mac 2022 bagi penggal kedua dan di bawah bekas Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin dari Mei 2013 sehingga kejatuhan pentadbiran BN negeri pada Mei 2018 bagi penggal pertama. Beliau ialah ahli dan Pengerusi Negeri Johor bagi Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen dalam gabungan BN.
Kehidupan peribadi
Kematian bapa
Pada pagi 10 Julai 2022, bapa kepada Vidyananthan, iaitu D. Ramanadhan, meninggal dunia pada usia 79 tahun di Hospital Batu Pahat, Johor, akibat faktor usia. Beliau meninggalkan dua orang anak termasuk Vidyananthan serta dua orang cucu. Ramanadhan merupakan bekas penolong kanan di SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth Johor Bahru dan bekas guru besar di SKPK St. Nicholas Pulau Pinang serta SKPK Alma Pulau Pinang. Upacara pengebumian Ramanadhan diadakan di Jalan Azizul Rahman, Kamunting di Taiping, Perak pada pukul 2 petang keesokan harinya, 11 Julai 2022. Jenazah beliau telah dikremasi di Prestavest Memorial Park Taiping pada hari yang sama.[1]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | N31 Kahang | Vidyananthan Ramanadhan (MIC) | 9,272 | 70.14% | Abdul Halim Mohamad Dawam (PKR) | 3,948 | 29.86% | 13,648 | 5,324 | 79.83% | ||
| 2013 | Vidyananthan Ramanadhan (MIC) | 13,955 | 69.40% | Hamdan Basiran (PKR) | 6,154 | 30.60% | 20,494 | 7,801 | 87.71% | |||
| 2018 | Vidyananthan Ramanadhan (MIC) | 10,768 | 57.66% | Noorlihan Ariffin (BERSATU) | 7,907 | 42.34% | 19,132 | 2,861 | 84.10% | |||
| 2022 | Vidyananthan Ramanadhan (MIC) | 10,486 | 62.69% | Daud Yusof (BERSATU) | 3,788 | 22.64% | 16,728 | 6,698 | 57.01% | |||
| Rahani Banu Abd Rahman Krishnan (AMANAH) | 2,181 | 13.04% | ||||||||||
| Rosdi Amir (PEJUANG) | 273 | 1.63% | ||||||||||
Anugerah
Johor :
Kelas Kedua Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi (P.S.I. II) (2015)[5]
Rujukan
- ^ "Johor MIC chief's father passes away". The Star. 10 Julai 2022. Dicapai pada 11 Julai 2022.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.
- ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 13 Ogos 2021.









