Zulkiflee Mohd Zin | |
---|---|
Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Menyandang jawatan 6 April 2023 (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana) | |
Gabenor | Mohd Ali Rustam |
Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
Ahli | Rais Yasin |
Didahului oleh | Portfolio ditubuhkan (Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana) |
Kawasan pilihan raya | Taboh Naning |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Taboh Naning | |
Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
Didahului oleh | Latipah Omar (BN–UMNO) |
Majoriti | 1,825 (2021) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | [1]![]() ![]() | 3 Jun 1968
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Ibu bapa |
|
Zulkiflee bin Mohd Zin merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh dan Ahli Rais Yasin sejak April 2023. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Taboh Naning sejak November 2021. Beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani.[2][3][4]
Kerjaya politik
Calon bagi Dewan Undangan Negeri Melaka (2021)
Dalam pilihan raya negeri 2021, Zulkiflee Mohd Zin membuat penampilan sulung pilihan rayanya selepas dicalonkan oleh BN untuk bertanding bagi kerusi negeri Taboh Naning. Zulkiflee bertanding menentang Abu Hashim Abdul daripada Perikatan Nasional (PN) dan Zairi Suboh daripada Pakatan Harapan (PH). Beliau memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 3,170 undi dengan majoriti sebanyak 1,825 undi.[5]
Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (sejak 2023)
Pada 6 April 2023, Zulkiflee Mohd Zin telah dilantik oleh Ketua Menteri Ab Rauf sebagai Timbalan Ahli EXCO yang bertanggungjawab bagi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, sebagai timbalan kepada Ahli EXCO Rais Yasin.[6][7]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | N05 Taboh Naning | Zulkiflee Mohd Zin (UMNO) | 3,170 | 57.23% | Abu Hashim Abdul (PAS) | 1,345 | 24.28% | 5,660 | 1,825 | 65.35% | ||
Zairi Suboh (AMANAH) | 1,024 | 18.49% |
Honours
Melaka :
Darjah Mulia Seri Melaka Kelas Pertama (D.M.S.M.) – Datuk (2023)[8]
Bintang Khidmat Cemerlang (B.C.M.) (2020)[1]
Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) (2009)[9]
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) (2005)[10]
Rujukan
- ^ a b "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2020" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
- ^ "Zulkiflee Mohd Zin". stgpru.sinarharian.com.my.
- ^ "Zulkiflee Mohd Zin". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Anak dua bekas Ketua Menteri wakili BN". www.bharian.com.my. 7 November 2021.
- ^ "Keputusan rasmi PRN Melaka". www.bharian.com.my. 20 November 2021.
- ^ "Ab. Rauf umum 10 timbalan Exco Melaka". www.utusan.com.my. 6 April 2023.
- ^ "10 Timbalan EXCO Melaka diumum". www.bharian.com.my. 6 April 2023.
- ^ "Ab Rauf dahului senarai 1,042 penerima anugerah kebesaran Melaka". www.bharian.com.my. 24 Ogos 2023.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2009" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
- ^ "SENARAI PENERIMA DARJAH-DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGERI MELAKA 2005" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.