Bung Moktar Radin | |
|---|---|
| بوڠ مختار رضين | |
Bung Moktar pada tahun 2025 | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kinabatangan | |
| Dalam jawatan 29 November 1999 – 5 Disember 2025 | |
| Didahului oleh | Juhar Mahiruddin (BN–UMNO) |
| Digantikan oleh | Akan ditentukan kelak |
| Majoriti |
|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Lamag | |
| Dalam jawatan 2020 – 5 Disember 2025 | |
| Didahului oleh | Kawasan pilihan raya ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Akan ditentukan kelak |
| Majoriti | 661 (2020) 153 (2025) |
| Peranan Menteri (Sabah) | |
| 2020–2023 | Timbalan Ketua Menteri |
| 2020–2023 | Menteri Kerja Raya |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Rakyat | |
| 1999–2025 | Barisan Nasional |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sabah | |
| 2020–2025 | Barisan Nasional |
| Peranan lain | |
| 2013–2018 | Pengerusi FELCRA |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Bung Moktar bin Radin 14 September 1959 |
| Meninggal dunia | 5 Disember 2025 (umur 66) |
| Cause of death | Kegagalan buah pinggang Jangkitan paru-paru |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
| Kerakyatan | |
| Parti politik |
|
| Gabungan politik lain |
|
| Pasangan |
(sehingga 2025) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Bung Moktar bin Radin (14 September 1959 – 5 Disember 2025) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Kinabatangan sejak November 1999 dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) bagi kawasan Lamag sejak September 2020, memegang kedua-dua jawatan tersebut sehingga beliau meninggal dunia. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerja Raya Sabah dari September 2020 hingga Januari 2023, Pengerusi FELCRA Berhad dari 2013 hingga 2018 dan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dari 2008 hingga 2018. Beliau merupakan ahli dan Ketua Bahagian Kinabatangan bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi BN dan UMNO negeri Sabah.[1] Beliau merupakan bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
Pendidikan
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan
- Sekolah Kebangsaan Kampung Bilit, Kinabatangan
Kerjaya
Sebelum menjadi Ahli Parlimen, beliau berkhidmat di cawangan Sandakan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) (1987–1990) sebagai pegawai tadbir dan diplomatik, pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pejabat cawangan Sandakan (1990–1992) serta Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah (1994–1999).
Politik
Jawatan politik
- Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) (2008–2020)
- Ahli Parlimen Kinabatangan (1999–2025)
- Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan (1996–2025)
- Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah (1991–1996)
- Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan (1991–1996)
- Exco Pemuda USNO (1980–1991)
- Ketua Pemuda Bahagian USNO Kinabatangan (1978–1990)
Pilihan raya
Kali pertama beliau bertanding ialah sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya negeri Sabah 1994 bagi kerusi Kuamut, sebuah kubu kuat pembangkang ketika itu, namun Bung Mokhtar tewas. Beliau pertama kali memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dalam pilihan raya umum 1999 selepas menewaskan calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Ali Latip Taha. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam 2004, 2008, 2013 dan 2018. Sejak menyertai politik pada tahun 1978, beliau telah menjadi wakil calon USNO atau UMNO di bawah BN sebanyak lima kali bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.
Kontroversi dan kritikan
Sepanjang lima penggal di Parlimen, Bung Moktar telah membina reputasi kerana kenyataan-kenyataan kontroversi dan tingkah laku yang bersifat provokatif.[2]
Kesat dalam dewan Parlimen
Insiden terbaharunya berlaku pada 7 Ogos 2018, apabila beliau mencetuskan kekecohan dengan Willie Mongin (Ahli Parlimen Puncak Borneo) di Dewan Rakyat apabila Willie mendakwa bahawa Bung Moktar Radin telah mengunjungi sebuah kasino. Bung Moktar kemudian menuding jari ke arah Willie dan menuduh beliau bersikap biadab, sambil menuntut agar kenyataan tersebut ditarik balik.
"Apa ni, biadab, ini kurang ajar! [...] Samseng! What you want? You nak gaduh dengan saya? Ini time! Fuck you!"[3]
Selepas insiden itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat memberi amaran kepada ahli-ahli agar menjaga kelakuan atau tindakan disiplin akan diambil.[4]
Insiden tersebut kemudiannya menjadi meme internet yang menumpukan kepada gabungan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pecah oleh Bung Moktar.[5]
Kenyataan "Bocor"
Beliau dan Ahli Parlimen Jasin, Mohammad Said bin Yusof mencetuskan kontroversi kerana mengeluarkan kenyataan bersifat seksis dan lucah terhadap Ahli Parlimen DAP bagi Batu Gajah, Fong Po Kuan semasa sesi Parlimen pada tahun 2007. Beliau menyahut kenyataan Mohammad Said dengan mengatakan bahawa Fong "bocor" setiap bulan (merujuk kepada kitaran haid wanita), ketika mereka sedang berbahas mengenai masalah kebocoran di bangunan Parlimen.
"Mana ada bocor? Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan juga!"
Mereka berdua kemudian menawarkan permohonan maaf atas kenyataan tersebut tetapi ditolak oleh Fong kerana dianggap tidak ikhlas.[6]
Ejekan terhadap Karpal Singh sebagai orang kurang upaya
Dalam sesi pertama Parlimen selepas pilihan raya umum 2008, beliau mengejek ahli politik pembangkang Karpal Singh sebagai "monyet besar" selepas Karpal menggelarnya "Bigfoot dari Kinabatangan."[7]
Poligami tanpa kebenaran
Pada 20 April 2010, Bung mengaku bersalah melakukan poligami dengan mengambil isteri kedua tanpa kebenaran pendaftar perkahwinan.[8] Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sebulan, namun akhirnya dibebaskan dengan jaminan.[9][10]
Mendesak Shahrizat berundur akibat isu NFC
Pada 3 Disember 2011, semasa Perhimpunan Agung UMNO 2011, beliau sekali lagi mendesak Shahrizat Abdul Jalil untuk meletakkan jawatan berhubung kontroversi mengenai Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di Gemas, melibatkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta yang dikaitkan dengan suaminya dan anak-anaknya.[11] Telah didedahkan bahawa NFC mengalami kerugian namun berjaya membeli dua kondominium mewah di Bangsar, sebuah kereta Mercedes bernilai RM534,622 serta dua lot tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Khalid Abu Bakar, mendakwa bahawa tiada unsur pecah amanah atau penipuan dalam penggunaan dana NFC tersebut.[12]
Kenyataan mengenai Hitler
Beliau menjadi perhatian antarabangsa selepas menulis di Twitter "Hidup Hitler" selepas kemenangan 7–1 Jerman ke atas Brazil dalam separuh akhir Piala Dunia FIFA 2014.[13] Kicauan beliau mencetuskan kontroversi, dengan duta Jerman menyifatkannya sebagai "tidak boleh diterima."[14]
Tuduhan rasuah FELCRA Berhad
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta pada Jun 2015 semasa beliau menjadi pengarah FELCRA Berhad.[15] Isterinya, Zizie Ezette, turut didakwa kerana membantu suaminya melakukan kesalahan tersebut.[16]
Langkah Kinabalu
Pengerusi UMNO Sabah, sebuah parti komponan BN, Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, menyatakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dalam pengunduran yang mengakibatkan krisis politik Sabah 2023.[17] Krisis ini kemudiannya berakhir dengan kelulusan Akta Anti-Tukar Parti di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei 2023.[18] Gerakan pengunduran Bung Moktar ini dikenali secara meluas sebagai Langkah Kinabalu dan dicatat sebagai langkah politik paling kontroversi pada tahun 2023.
Kematian
Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu selepas dimasukkan ke hospital tersebut kerana kegagalan buah pinggang dan jangkitan paru-paru.[19]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1994 | N23 Kuamut | Bung Moktar Radin (UMNO) | 1,449 | 37.24% | Joseph Sitin Saang (PBS) | 2,184 | 56.13% | 3,944 | 735 | 72.34% | ||
| Ali Latip Taha (BEBAS) | 258 | 6.63% | ||||||||||
| 2020 | N58 Lamag | Bung Moktar Radin (UMNO) | 3,035 | 54.06% | Mohd Ismail Ayob (WARISAN) | 2,374 | 31.40% | 5,614 | 661 | 68.81% | ||
| Junny Abdullah (BEBAS) | 73 | 1.47% | ||||||||||
| Razman Mayah (PCS) | 71 | 3.32% | ||||||||||
| Sairin Abd. Rahman (PPRS) | 61 | 1.47% | ||||||||||
| 2025 | Bung Moktar Radin (UMNO) | 3,908 | 39.14% | Mohd Ismail Ayob (BEBAS) | 3,755 | 37.61% | 9,984 | 153 | 72.04% | |||
| Johainizamshah Johari (GAGASAN) | 1,646 | 16.49% | ||||||||||
| Mohd Saifulah Lokman (WARISAN) | 372 | 3.73% | ||||||||||
| Mazlin Madali (BERSATU) | 258 | 2.58% | ||||||||||
| Salahuddin Anoi (PIS) | 45 | 0.45% | ||||||||||
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1999 | P162 Kinabatangan | Bung Moktar Radin (UMNO) | 8,141 | 65.72% | Ali Latip Taha (PBS) | 4,246 | 34.28% | 12,597 | 3,895 | 58.84% | |||
| 2004 | P187 Kinabatangan | Bung Moktar Radin (UMNO) | Tanpa lawan
| ||||||||||
| 2008 | Bung Moktar Radin (UMNO) | 8,507 | 69.71% | Ahmad Abdul (PKR) | 2,181 | 17.87% | 12,792 | 6,326 | 65.53% | ||||
| Dasim Jikah (BEBAS) | 1,515 | 12.41% | |||||||||||
| 2013 | Bung Moktar Radin (UMNO) | 13,377 | 69.29% | Abdullah Abdul Sani (PKR) | 3,646 | 18.89% | 19,960 | 9,731 | 80.80% | ||||
| Yambuya Parantis (STAR) | 1,153 | 12.41% | |||||||||||
| Ali Latip Taha (BEBAS) | 1,130 | 5.85% | |||||||||||
| 2018 | Bung Moktar Radin (UMNO) | 14,465 | 67.22% | Ghazali Abdul Ghani (WARISAN) | 4,987 | 23.18% | 22,179 | 9,478 | 77.47% | ||||
| Mustapa Datu Tambuyong (PHRS) | 2,066 | 9.60% | |||||||||||
| 2022 | Bung Moktar Radin (UMNO) | 16,842 | 57.43% | Mazliwati Abdul Malek (WARISAN) | 12,512 | 42.62% | 29,882 | 4,330 | 65.56% | ||||
Anugerah dan ijazah kehormat
Anugerah di Malaysia
Malaysia :
Pahang :
Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) – Dato' Sri (2016) [24]
Sabah :
Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) – Datuk Seri Panglima (2021) [25]
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) – Datuk (2001) [26]
Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K.)
Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K.)
Ijazah kehormat
Malaysia :
- Ijazah kehormat Doktor Falsafah dalam Sains Politik daripada Kolej Universiti Jesselton (2022) [27]
Rujukan
- ^ "Bung Moktar bin Radin, Y.B. Datuk". Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2018. Dicapai pada 3 April 2010.
- ^ Lee Yuk Peng; Wahida Asrani (20 Disember 2009). "Bung Moktar finally admits marrying Zizie". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2018. Dicapai pada 3 April 2010.
- ^ Sulaiman Daud (16 Ogos 2018). "UMNO MP who yelled "f**k you" in M'sian parliament could be suspended for up to 6 months". Mothership. Dicapai pada 10 Julai 2023.
- ^ "Speaker to MPs: Oh, behave…or get booted out of the Dewan". The Star TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-15. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
- ^ Chan, Julia. "A tale of two Bung Moktars | Malay Mail". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2021. Dicapai pada 23 Mac 2021.
- ^ "MPs Apologise For Sexist Remark in Parliament". Bernama. 18 Mei 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2011. Dicapai pada 3 April 2010.
- ^ "Malaysia opens new parliament sitting amid chaos". Reuters India. 30 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2008. Dicapai pada 3 April 2010.
- ^ "Bung Mokhtar pleads guilty to polygamy without consent". The Star. 20 April 2010. Dicapai pada 20 April 2010.
- ^ ""Bung-les": Malaysia MP Bung Moktar Radin's top 10 gaffes". The Straits Times. 11 Julai 2014. Dicapai pada 9 November 2014.
- ^ Nurbaiti Hamdan (19 Mei 2010). "Bung gets a month's jail for marrying without consent; granted stay of execution (Updated)". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2018. Dicapai pada 19 Mei 2010.
- ^ "Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 6 Mei 2019.
- ^ "Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2011. Dicapai pada 6 Mei 2019.
- ^ Shoba Rao (10 Julai 2014). "Malaysian MP Datuk Bung Moktar Radin forced to apologise for posting tweet using 'Hitler' after Germany won World Cup match". news.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2016. Dicapai pada 9 November 2014.
- ^ "Malaysian MP admires Germany win - and Hitler - in tweet". BBC. 9 Julai 2014. Dicapai pada 9 Julai 2014.
- ^ Ida Lim (3 Mei 2019). "Umno MP Bung Moktar claims trial to taking RM2.8m bribe as Felcra director (VIDEO)". Malay Mail. Dicapai pada 3 Mei 2019.
- ^ Khairah N Karim (3 Mei 2019). "Bung Moktar, wife Zizie slapped with three corruption charges". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2019. Dicapai pada 3 Mei 2019.
- ^ "New political crisis in Malaysia as Sabah government falls after Umno exits". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 2023-01-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2023. Dicapai pada 2023-01-10.
- ^ "Sabah's history of party hopping has ended, says Hajiji". The Star News (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2023. Dicapai pada 2023-05-25.
- ^ Izwan Abdullah (5 Disember 2025). "BELASUNGKAWA: Bung Moktar, perjuangan anak pedalaman Sukau ke Dewan Rakyat | Berita Harian". BH Online. Dicapai pada 5 Disember 2025.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 19 Jun 2010. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2008. Dicapai pada 20 May 2018.
- ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2018. Dicapai pada 30 Mei 2020.
- ^ MOHAMAD SHOFI MAT ISA (24 Oktober 2016). "613 terima darjah kebesaran Sultan Pahang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2018. Dicapai pada 3 Mei 2019.
- ^ Bernama (1 October 2021). "Bung Moktar heads list of 1,299 recipients of Sabah state awards". Malay Mail.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sabah Tahun 2001" (PDF). www.sabah.gov.my.
- ^ "Bung Moktar gets honorary doctorate from JUC". The Star. 4 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2022. Dicapai pada 15 Julai 2022.
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Kelahiran 1959
- Kematian 2025
- Orang Malaysia berketurunan Kadazandusun
- Muslim Malaysia
- Orang Sungai
- Orang dari Sabah
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli politik Malaysia berketurunan Kadazandusun
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Timbalan Ketua Menteri Sabah










