Parti Rakyat Sarawak Sarawak People's Party | |
|---|---|
| Singkatan | PRS |
| Presiden | Dato' Sri John Sikie Tayai |
| Setiausaha agung | Joseph Salang Gandum |
| Timbalan Presiden | Datuk Majang Renggi |
| Ketua Pemuda | Ir. Christopher Gira Sambang |
| Ketua Wanita | Dato' Sri Doris Sophia Brodi |
| Setiausaha Agung | Datuk Malcom Mussen Lamoh |
| Pengasas | Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing |
| Diasaskan | 2004 |
| Pecahan |
|
| Ibu pejabat | Lot 9029, Tingkat 1, Blok 11, Muara Tebas Land District, Jalan Wan Alwi, 93350 Kuching, Sarawak (ibu pejabat utama) |
| Akhbar | • Suara Sarawak • Utusan Borneo • The Borneo Post • Media GPS (Tiktok) |
| Sayap belia/pemuda | Pergerakan Pemuda PRS |
| Sayap wanita | Pergerakan Wanita PRS |
| Ideologi | • Nasionalisme Sarawak • Hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) • Perpaduan semua kaum dan agama • Hal ehwal pembangunan wilayah • Hak bangsa Dayak Sarawak • Hak autonomi wilayah Sarawak • Hak kemerdekaan Sarawak • Reformisme wilayah |
| Kedudukan politik | Berhaluan tengah kanan |
| Hubungan kebangsaan | • Barisan Nasional (2004–2018) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Kerajaan Perpaduan Malaysia (2022–kini) |
| Warna | Hijau, Putih, Merah & Kuning |
| Slogan | Parti Kitai, Parti Rakyat (Our Party, Our People) |
| Tapak sesawang | PRS Official Website PRS Facebook |
| Dewan Negara: | 1 / 70 |
| Dewan Rakyat: | 5 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
| Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 11 / 82 |
| Premier Sarawak: | 0 / 1 (hanya di Sarawak) |
| Simbol pilihan raya | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
|
|
| Portal Malaysia |
Parti Rakyat Sarawak (juga boleh dikenali sebagai PRS atau Sarawak People's Party), merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah kanan di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004. Parti politik tempatan Sarawak ini adalah salah satu daripada empat parti politik tempatan yang membentuk dalam Komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Sejarah asal Parti Rakyat Sarawak (PRS)
Parti politik ini mula diasaskan secara rasmi pada 2004, selepas berlakunya krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dan Dato' Sri Sng Chee Hua.
Pada 2 Disember 2006, parti politik ini bermula dengan hanya sebanyak 800 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), telah mengesahkan kehadirannya di Miri, Sarawak.
Walau bagaimanapun, ada segelintir ahli PRS terpaksa diketepikan. Antara ahli-ahli PRS yang diketepikan ialah pengasas parti berkenaan, Dato' Sri Sng Chee Hua dan Setiausaha Agung PRS ketika itu, Sidi Munan.
Selain itu, pada masa yang sama juga, beberapa ahli PRS lain turut menerima nasib yang serupa. Antaranya Ketua Wanita PRS waktu itu, Josephine Rindan Mawat serta dua lagi naib presiden ketika itu, iaitu Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri waktu itu, Larry Sng Wei Shien (yang juga merupakan anak lelaki kepada pengasasnya, Sng Chee Hua), dan Jimmy Donald, yang juga merupakan ahli Parlimen Sri Aman ketika itu.
Organisasi kepimpinan PRS (2025-2028)
| Jawatan | Nama | Nota |
|---|---|---|
| Pengerusi | Tuan Jetli Jelian | |
| Timbalan Pengerusi | Encik Andrew Kalom | |
| Presiden | Dato' Sri John Sikie Tayai | ADUN/MENTERI |
| Timbalan Presiden | Datuk Majang Renggi | ADUN/T.MENTERI |
| Naib Presiden Kanan | Datuk Wilson Ugak Kumbong | AHLI PARLIMEN/T.MENTERI |
| Naib Presiden | Dato' Sri Aaron Ago Dagang | AHLI PARLIMEN/MENTERI |
| Datuk Liwan Dagang | ADUN/T.MENTERI | |
| Datuk Mong Dagang | ADUN | |
| Puan Senator Rita Sarimah Patrick Insol | SENATOR | |
| Ketua Wanita PRS | Dato' Sri Doris Sophia Brodie | AHLI PARLIMEN |
| Ketua Pemuda PRS | Tuan Ir. Christopher Gira Sambang | ADUN |
| Setiausaha | Datuk Dr. Malcom Mussen Lamoh | ADUN/T.MENTERI |
| Timbalan Setiausaha | KOSONG | KOSONG |
| Bendahari | Tuan Edwin Banta | AHLI PARLIMEN |
| Timbalan Bendahari | Tuan Roy Angau Gingkoi | AHLI PARLIMEN |
| Ketua Penerangan Umum | Datuk Wilfred Rata Nissom | |
| Timbalan Ketua Penerangan Umum | Encik Ir. Andy Lawrence | |
| Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat | Tuan Kennedy Chukpai Ugon | ADUN |
| Tuan Wilson Nyabong Ijang | ADUN | |
| KOSONG | - | |
| Tuan Nicholas Kudi Juntai | ADUN | |
| Tuan Anyie Jana | ADUN | |
| Dato' Philemon Nuing | ||
| Alexander Vincent | ||
| Lau Ting Ping | ||
| Dato Azizi Morni | ||
| Thomas Balan | ||
| Pandang Semat | ||
| Alexander Donald | ||
| Jackson Melintang | ||
| Petrus Ngelai | ||
| Rosalind Neging |
Wakil Rakyat
Ahli Dewan Negara
| Lantikan | Tempoh | Ahli | Catatan |
|---|---|---|---|
| 20 November 2023-19 November 2026 | Rita Sarimah Patrick Insol, YB Senator Puan |
Ahli Dewan Rakyat
PRS kini mempunyai 5 Ahli Parlimen:
| Negeri | No. | Perlembagaan Parlimen | Ahli | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| P202 | Sri Aman | Doris Sophia Brodi, YB Dato' Sri | ||
| P203 | Lubok Antu | Roy Angau Gingkoi, YB Tuan | ||
| P210 | Kanowit | Aaron Ago Dagang,YB Dato' Sri | Menteri Perpaduan Negara Malaysia | |
| P214 | Selangau | Edwin Banta, YB Tuan | ||
| P216 | Hulu Rajang | Wilson Ugak Kumbong, YB Datuk | Timbalan Menteri Digital Malaysia |
Ahli Dewan Undangan Negeri
| No. | Kawasan DUN | Nama | Catatan |
|---|---|---|---|
| N30 | Balai Ringin | Datuk Snowdan Lawan | Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Pembangunan Sarawak |
| N31 | Bukit Begunan | Datuk Mong Dagang | |
| N34 | Batang Ai | Datuk Dr. Malcom Mussen Lamoh | Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Negeri Sarawak |
| N49 | Ngemah | Anyi Jana | |
| N59 | Tamin | Ir. Christopher Gira Sambang | |
| N60 | Kakus | Dato' Sri John Sikie Tayai | Menteri Jabatan Premier Sarawak |
| N61 | Pelagus | Wilson Nyabong Ijang | |
| N64 | Baleh | Nicholas Kudi Jantai Masing | |
| N65 | Belaga | Datuk Liwan Lagang | Timbalan Menteri Komunikasi Sarawak |
| N66 | Murum | Kennedy Chukpai Ugon | |
| N70 | Samalaju | Datuk Majang Renggi | Timbalan Menteri Pembangunan Pelabuhan Sarawak |
Pilihan raya kecil Batang Ai 2009
Dalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [3]
Pilihan raya Umum Negeri Sarawak 2021
Parti Rakyat Sarawak (PRS) berjaya memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12. PRS bertanding di bawah logo Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kebanyakan kemenangan diperoleh di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini membuktikan bahawa PRS kekal relevan dan mendapat sokongan ramai terutamanya dari masyarakat Dayak.
Logo Parti
PRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[4]
-
Lambang PRS masa ditubuhkan, 2004.
-
Lambang PBDS, asalnya parti serpihan PRS tertubuh.
-
Logo baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) sekarang.
Lihat juga
- Senarai parti politik Malaysia
- Politik Malaysia
- Barisan Nasional
- Pakatan Harapan
- Gabungan Parti Sarawak
- Parti Bumi Kenyalang
- Parti Bersatu Sabah
Pautan Luar
- PRS Official Website
- PRS Facebook
- The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
- The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
- Khoo, Phillip (Jun, 2004) The Taming of the Dayak. Aliran Monthly













