Mohd Puad Zarkashi | |
|---|---|
| محمد ڤؤاد زرکشي | |
![]() | |
| Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Johor | |
| Menyandang jawatan 21 April 2022 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi |
| Timbalan | Samsolbari Jamali |
| Didahului oleh | Suhaizan Kayat |
| Kawasan pilihan raya | Rengit |
| Timbalan Menteri Pendidikan II | |
| Dalam jawatan 10 April 2009 – 15 Mei 2013 | |
| Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin (2009–2011) Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (2011–2013) |
| Perdana Menteri | Najib Razak |
| Menteri | Muhyiddin Yassin |
| Didahului oleh | Razali Ismail |
| Digantikan oleh | Mary Yap Kain Ching |
| Kawasan pilihan raya | Batu Pahat |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Rengit | |
| Menyandang jawatan 12 Mac 2022 | |
| Didahului oleh | Ayub Jamil (BN–UMNO) |
| Majoriti | 1,920 (2022) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Batu Pahat | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Junaidy Abdul Wahab (BN–UMNO) |
| Digantikan oleh | Mohd Idris Jusi (PR–PKR) |
| Majoriti | 12,968 (2008) |
| Senator (Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Johor) | |
| Dalam jawatan 13 Oktober 2004 – 12 Oktober 2007 Berkhidmat with Tay Puay Chuan | |
| Raja | Tuanku Syed Sirajuddin (2004–2006) Sultan Mizan Zainal Abidin (2006–2007) |
| Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
| Didahului oleh | Haris Salleh |
| Digantikan oleh | Ahamad Yusop |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Puad bin Zarkashi 7 Julai 1957 |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Pasangan | Rubiah Leman |
| Tempat belajar | Universiti Hull (PhD) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Laman web | puadzarkashii |
Mohd Puad bin Zarkashi (Jawi: فؤاد زرکشي; lahir 7 Julai 1957) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Johor sejak April 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Rengit sejak Mac 2022. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Menteri Muhyiddin Yassin dari April 2009 hingga Mei 2013, sebagai Ahli Parlimen (AP) bagi Batu Pahat dari Mac 2008 hingga Mei 2013, serta sebagai Senator dari Oktober 2004 hingga Oktober 2007. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari Mac 2015 hingga meletakkan jawatan pada April 2018. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen dalam gabungan pemerintah BN. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Mohd Puad secara umumnya dikenali sebagai penyokong lantang Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Najib Razak, serta sebagai pengkritik terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusinya Muhyiddin Yassin.
Kehidupan awal dan pendidikan
Puad berketurunan Banjar.[1] Beliau memiliki ijazah Doktor Falsafah yang dikurniakan oleh Universiti Hull.[2]
Kerjaya politik
Puad telah dipilih sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya 2008 bagi kerusi yang sebelum itu disandang oleh Junaidy Abdul Wahab daripada UMNO.[3] Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang Senator.[4] Puad hanya berkhidmat untuk satu penggal di Dewan Rakyat selepas tewas pada pilihan raya 2013 kepada Mohd Idris Jusi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti pembangkang ketika itu. Walaupun mengalami kekalahan, beliau telah dipilih semula sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mempunyai 25 orang anggota pada tahun yang sama.[5] Puad digugurkan sebagai calon oleh UMNO pada pilihan raya umum 2018.
Pada April 2008, Puad menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi berikutan prestasi UMNO dalam pilihan raya tersebut.[6]
Apabila Najib Razak menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri pada April 2009, Puad telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.[7][8]
Puad dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada Mac 2015 namun beliau meletakkan jawatan pada 25 April 2018 sebagai tanda protes kerana tidak dicalonkan oleh BN pada pilihan raya umum 2018.[9][10][11] JASA kemudiannya dibubarkan beberapa bulan selepas itu oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) selepas kejatuhan BN dalam pilihan raya berkenaan.[12][13]
Kontroversi
Pada September 2012, Puad menyuarakan kepercayaannya bahawa golongan homoseksual boleh dikenal pasti melalui pelbagai ciri, termasuk penggunaan “baju berkolar V dan pakaian tanpa lengan” serta kecenderungan seseorang terhadap “pakaian ketat dan berwarna cerah”. Beliau menyifatkan ciri-ciri tersebut sebagai “gejala” yang kononnya boleh membantu ibu bapa mengenal pasti sama ada anak lelaki mereka mungkin seorang homoseksual, sambil menyokong keperluan untuk “mendisiplinkan” mereka agar kembali menjadi heteroseksual “seolah-olah ia penyakit yang boleh disembuhkan”. Pendiriannya itu turut disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mereka mempercayai bahawa perkara tersebut boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk belajar.[14]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | P150 Batu Pahat | Mohd Puad Zarkashi (UMNO) | 32,461 | 62.42% | Muhamad Abdullah (PAS) | 19,757 | 37.58% | 54,103 | 12,968 | 77.21% | ||
| 2013 | Mohd Puad Zarkashi (UMNO) | 36,935 | 48.99% | Mohd Idris Jusi (PKR) | 38,667 | 51.01% | 77,202 | 1,524 | 87.46% | |||
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | N25 Rengit | Mohd Puad Zarkashi (UMNO) | 7,903 | 48.91% | Mohammad Huzair Lajis (BERSATU) | 5,983 | 37.03% | 16,157 | 1,920 | 59.57% | ||
| Khairuddin Abdul Rahim (PKR) | 2,065 | 12.78% | ||||||||||
| Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (PEJUANG) | 206 | 1.27% | ||||||||||
Anugerah
Malaysia
Komander Darjah Jasa Cemerlang (P.J.N.) – Datuk (2014)[16]
Johor
Pingat Sultan Ibrahim Darjah Kedua (P.I.S. II) (2000)[17]
Pahang
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) – Dato' (2009)
Rujukan
- ^ "Keturunan Banjar Di Malaysia Jadi Melayu Baru - ANTARA News Kalimantan Selatan". Dicapai pada 2015-10-09.
- ^ "Y.B. Dr. Mohd Puad Zarkashi". Ministry of Education. Dicapai pada 29 Januari 2010.
- ^ a b "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). Dicapai pada 28 Januari 2010. Angka peratusan dikira berdasarkan jumlah keluar mengundi. Termasuk keputusan daripada Pilihan raya 2004.
- ^ "Senator shares ideas on how to revive glory of Malaysian football". The Star. Star Publications (Malaysia). 18 Julai 2007. Dicapai pada 29 Januari 2010.
- ^ "Umno polls: Results for VP and supreme council". The Star. 20 Oktober 2013. Dicapai pada 1 November 2014.
- ^ "Johor Umno Will Not Stop Divisions From Holding EGM, Says Ghani". Bernama. 5 April 2008. Dicapai pada 29 Januari 2010.
- ^ "Najib Announces 28-member Cabinet". Bernama. 9 April 2009. Dicapai pada 29 Januari 2010.
- ^ "Anggota Pentadbiran". Ministry of Education. Dicapai pada 29 Januari 2010.
- ^ "Puad Zarkashi quits as Jasa chief". Free Malaysia Today. 25 April 2018. Dicapai pada 25 April 2018.
- ^ MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI (25 April 2018). "Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon - Nasional". Sinar Harian. Sinar Harian. Dicapai pada 25 April 2018.
- ^ "4 Agensi Dibubarkan Kerajaan Bawah Pimpinan Tun Mahathir. Apa Fungsi Mereka Sebelum Ni?". CILISOS. 23 Mei 2018. Dicapai pada 23 Mei 2018.
- ^ NSTP Team (23 Mei 2018). "SPAD, JASA, JKKKP dissolved". New Straits Times. Dicapai pada 25 Mei 2018.
- ^ "Laporan: 800 hilang kerja bila JASA tutup". Malaysiakini. 20 September 2018. Dicapai pada 21 September 2018.
- ^ "Guidelines to identify gay and lesbian symptoms published". MalaysiaKini. 13 September 2012. Dicapai pada 16 September 2012.
- ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.
- ^ "List of recipients of Federal awards and medals 2014". The Star. 7 Jun 2014. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ^ Johor Ruler Honours 470. Kelantan's Tengku Anis Tops List. New Straits Times. 8 April 2000.
- Penerima Panglima Jasa Negara
- Penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang
- Kelahiran 1957
- Orang hidup
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Orang dari Johor
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Muslim Malaysia
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-15










