Mohd Noor Helmy Abdul Halem | |
---|---|
محمد نور حلمي عبدالحالام | |
![]() | |
Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Menyandang jawatan 6 April 2023 (Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital) | |
Gabenor | Mohd Ali Rustam |
Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
Ahli | Fairul Nizam Roslan |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Kawasan pilihan raya | Duyong |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Duyong | |
Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
Didahului oleh | Damian Yeo Shen Li (PH–DAP) |
Majoriti | 200 (2021) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem 8 Januari 1981 ![]() ![]() |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA (BEng) Universiti e Asia (MBA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Facebook Mohd Noor Helmy Abdul Halem di TikTok | |
Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem (Jawi: محمد نور حلمي عبدالحالام, lahir 8 Januari 1981) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Duyong sejak November 2021. Beliau ialah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN.[1]
Kerjaya politik
Pencalonan Dewan Undangan Negeri
Kehadiran pilihan raya Mohd Noor Helmy bermula apabila beliau menjadi calon Barisan Nasional bagi kerusi Duyong dalam Dewan Undangan Negeri Melaka semasa Pilihan raya negeri Melaka 2021. Mohd Noor Helmy mencatat kejutan pilihan raya dengan menewaskan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri, Damian Yeo Shen Li dengan majoriti tipis, di mana kerusi tersebut telah dipegang oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) sejak 2013.[2] Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang memegang portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital selepas rombakan kabinet negeri di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.[3] Sebelum pelantikan pilihan raya negeri beliau, Mohd Noor Helmy pernah menjadi Ahli Majlis dalam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Kerjaya dalam UMNO dan BN
Mohd Noor Helmy telah memegang beberapa jawatan dalam BN dan UMNO di mana beliau pernah menjadi bekas Ketua Pemuda UMNO Kota Melaka. Beliau kini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO/AJK) bagi bahagian tersebut.[4]
Pandangan
Imigresen haram
Mohd Noor Helmy telah meraih populariti di media sosial khususnya dalam TikTok. Beliau dikenali dengan kerja lapangan dan sikap tegas tanpa kompromi sehingga berjaya mengumpul lebih 1.2 juta pengikut dan 32.4 juta tanda suka dalam akaun TikTok beliau setakat Jun 2025. Mohd Noor Helmy mempunyai pandangan yang tegas dan keras terhadap "PATI" (Melayu: Pendatang Asing Tanpa Izin), khususnya etnik Rohingya yang menetap di Malaysia tanpa dokumen yang sah.[5][6]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | N21 Duyong | Mohd Noor Helmy Abdul Halem (UMNO) | 4,684 | 38.55% | Damian Yeo Shen Li (DAP) | 4,484 | 36.90% | 12,436 | 200 | 68.19% | ||
Kamaruddin Sidek (PAS) | 2,874 | 23.56% | ||||||||||
Gan Tian Soh (BEBAS) | 60 | 0.49% | ||||||||||
Muhammad Hafiz Ishak (BEBAS) | 57 | 0.47% | ||||||||||
Mohd Faizal Hamzah (PUTRA) | 52 | 0.43% |
Anugerah
Melaka :
Darjah Pangkuan Seri Melaka Kelas II (D.P.S.M.) – Datuk (2023)[9][10]
Penerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) (2020)[11]
Penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) (2015)[12]
Rujukan
- ^ "Mohd Noor Helmy Abdul Halem". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
- ^ "'Helmy janji, Helmy jaga Duyong Kita'". Berita Harian. 17 November 2021. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
- ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
- ^ "Tiada perebutan jawatan tertinggi UMNO Kota Melaka". Utusan Malaysia. 20 Februari 2023. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
- ^ "Macam mana Rohingya layak masuk universiti? – ADUN Duyong". Kosmo. 21 Jun 2023. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
- ^ "Terus hantar balik warga asing ditahan di depot – ADUN Duyong". The Merdeka Times. 21 Ogos 2023. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka 2021" (PDF) (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 25 Ogos 2023.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 25 Ogos 2023..
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
- ^ Amir Mamat (24 Ogos 2023). "KM Melaka dahului senarai penerima anugerah sempena sambutan hari lahir Yang di-Pertua Negeri". Harian Metro. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2020" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2015" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.