Teluk Air Tawar
日落斗哇 | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Pulau Pinang |
Daerah | Seberang Perai Utara |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Bandaraya Seberang Perai |
• Datuk Bandar | Rozali Mohamud |
• Ahli Parlimen Tasek Gelugor | Shabudin Yahya (BERSATU) |
• Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar | Mustafa Kamal Ahmad (PH-PKR) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Not observed |
Poskod | 13050 |
Laman sesawang | http://www.mbsp.gov.my |
Teluk Air Tawar adalah sebuah pinggir bandar yang terletak di utara pusat bandaraya Butterworth di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. Teluk Air Tawar terletak di kawasan Parlimen Tasek Gelugor di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia. Bandar tepi laut ini mempunyai pemandangan George Town, Pulau Pinang yang indah di seberang laut.
Ramai orang menggunakan jalan melalui kawasan ini untuk tiba di bandar Sungai Petani dengan lebih cepat. Teluk Air Tawar terletak di tengah Laluan Persekutuan Malaysia 1. Jalan keluar Bertam adalah jalan keluar ke utara sementara jalan keluar Sungai Dua berada di sebelah selatan jalan utama.
Bandar ini menjadi tempat pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Terdapat beberapa kawasan perumahan berhampiran seperti Taman Seri Senangan, Taman Wira, Taman Robina, Taman Telok Molek, Taman Pahlawan dan Taman Bayu Aman. Poskod tempat tersebut adalah 13050 Butterworth.
Wakil Rakyat
Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut ;
- Kawasan Dewan Undangan Negeri N6 Telok Ayer Tawar (13,479)
- Bilangan pengundi Melayu : 65.65% Cina : 22.85% India: 10.97% Lain: 0.54%
- Johari Kassim ( Keadilan )
- Datuk Jahara Hamid Barisan Nasional - UMNO )
- Dalam keputusan pilihan raya 1999 , dimenangi oleh : Datuk Jahara Hamid Barisan Nasional - UMNO ) dengan majoriti 1,293
- Datuk Jahara Hamid Barisan Nasional - UMNO ) Jumlah Undi: 7,181 . Beliau telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004
- Johari Kassim ( Keadilan ) Jumlah Undi: 3,197
- Majoriti-diperolehi : 3,984 , Jumlah Undi : 10,583 , Undi Rosak : 205 , % Mengundi :78.57
Lihat juga
- ^ "Malaysia: largest cities and towns and statistics of their population". World Gazetteer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-09. Dicapai pada 2010-10-31.