| Sekolah Kebangsaan Seremban 2B | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Persiaran S2/A4, Jalan Seremban 2, 70300, 70300, Seremban,  | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan | 
| Moto | Berusaha Ke Arah Kecemerlangan | 
| Ditubuhkan | 2001 | 
| Nombor sekolah | 06-6012294 | 
| Kod sekolah | NBA4047 | 
| Faks | 06-6012290 | 
![]()  | |
Sekolah Kebangsaan Seremban 2B  (Singkatan: SK Seremban 2B; SKS2B) merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terletak di Persiaran S2/A4, Seremban 2. Sekolah ini berfungsi sebagai institusi pendidikan bagi kanak-kanak di kawasan sekitar, menyediakan pendidikan rendah mengikut kurikulum kebangsaan Malaysia.
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Seremban 2B mula dibina pada 18 Oktober 2001 dan disiapkan sepenuhnya pada 17 Januari 2003 . Bangunan sekolah ini dibina oleh pihak pemaju berdasarkan konsep design and build. Serahan rasmi bangunan sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah dilakukan pada 9 Januari 2003.
Penubuhan sekolah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan komuniti di kawasan Seremban 2, yang berkembang pesat sebagai kawasan pembangunan bandar terancang.
Kebitaraan
- Bahasa Melayu
 - Squasy
 
Korporat
SKS2B memastikan pendidikan berkualiti dalam membangun potensi pelajar dengan menyokong visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)[1] berikut:
Misi
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Visi
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangun Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Lagu Sekolah[2]
 
Sekolah Kebangsaan Seremban 2B  
Tempat kami menuntut ilmu  
Dengan sejuta harapan  
Untuk menggapai impian  
Wahai guru ku, keluarga tercinta  
Disini bermula perjuangan  
Berani menyahut cabaran mendatang  
Menjunjung prestasi sekolah terbilang  
Sekolah Kebangsaan Seremban 2B  
Amalan disiplin budaya kami  
Murid cemerlang, Guru Gemilang  
Megah berdiri di persada jaya  
Kepada guru yang kami hormati  
Jasamu dikenang, Budimu disanjung  
2B berusaha, 2B Berjaya  
Berusaha menuju kecemerlangan  
Berusaha menuju kecemerlangan
Kemudahan
| Bilik Darjah | Pentadbiran | Pejabat | Bilik Guru | Bilik Khas | 
| Bengkel RBT | Bilik Jawi | Bilik Seni | Bilik Muzik | Bilik BBM | 
| Bilik BOSS | Bilik Kesihatan | Bilik Kaunseling | Bilik Mesyuarat | Bilik Setiausaha Peperiksaan | 
| Bilik Pemulihan Khas | Sukan | Stor Sukan | Kemudahan Sukan | Pra-Sekolah | 
| Dataran | Dewan Tertutup | Surau | Pusat Sumber Sekolah | Pusat Akses | 
| Makmal Komputer | Kantin | 
Alamat Sekolah
- Sekolah Kebangsaan Seremban 2B
 - Persiaran S2/A4, Jalan Seremban 2
 - 70300, Seremban
 - Negeri Sembilan, Malaysia
 - Telefon: 06-6012294
 - Fax: 06-6012290
 - Emel: NBA4047@moe.edu.my / sksduabest@yahoo.com.my
 
Media Sosial
Rujukan
- ^ Misi dan Visi KPM, https://www.moe.gov.my/visi-dan-misi(accessed March 15, 2025).
 - ^ Lagu Sekolah SK SEREMBAN 2B (Versi Suku Kata Berwarna), https://www.youtube.com/watch?v=_X1MaUuYeWw (accessed March 15, 2025).
 









