Pertempuran di Sungai Semur | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada the Darurat Tanah Melayu | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Parti Komunis Malaya | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Lt. Hassan Bin Yassin Kpl. Jamaludin Mohamad Saj. Wan Yaacob | Tidak diketahui | ||||||
Unit terlibat | |||||||
Rejimen Melayu Polis Tanah Melayu | unknown | ||||||
Kekuatan | |||||||
25 askar 16 pegawai SC | 40 pemberontak[1] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
17 terbunuh 2 cedera | 29 terbunuh |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Pertempuran di Sungai Semur ialah kejadian Serangan hendap di Sungai Semur adalah satu pertempuran yang menampilkan Rejimen Askar Melayu DiRaja yang disokong Polis Tanah Melayu dan pemberontak Parti Komunis Malaya. Peristiwa ini berlaku semasa Darurat sedang memuncak. Pertempuran ini berlaku di Sungai Semur.
Permulaan
Pada awal bulan Mac 1950, Kompeni D, Batalion 3 Askar Melayu yang berpengkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan telah dihantar untuk tugas "search and destroy" (cari dan musnah) berhampiran Gua Musang, Hulu Kelantan kerana dikhuatiri menjadi tempat persembunyian komunis. Kompeni ini terdiri daripada:
- Platun 11 dan Platun 12 di Pengkalan Pulai
- Platun 10 di Pengkalan Bertam
Pada 23 Mac 1950, jam 7.30 pagi, pasukan Platun 12 dengan kekuatan 25 anggota tentera diketuai oleh Leftenan Muda Hassan Bin Yassin, Koperal Jamaludin Bin Mohamad, empat Lans Koperal, dan 19 prebet ditugaskan membuat rondaan ke Sungai Nenggiri selama tiga hari. Platun ini disertai oleh sepasukan Polis Khas atau Special Constable berkekuatan 16 anggota yang diketuai oleh Sarjan Wan Yaacob yang sedang membuat pemantauan ke atas sekumpulan lelaki Cina seramai 18 orang dari kampung Pulai yang sedang membuat kerja mengumpul atap nipah di dalam hutan. Seterusnya, anggota Platun 12 bermalam di hutan, manakala 16 anggota SC bersama dengan pekerja Cina berkenaan.[2]
Pada keesokan harinya, jam 2 petang, mereka berhenti makan tengah hari selepas selesai membuat rondaan. Leftenan Muda Hassan kemudian memberi arahan untuk pulang ke pangkalan mereka di Pulai pada hari seterusnya.
Kejadian Serangan Hendap
Pada 25 Mac 1950, jam 09.15 pagi, anggota Platun 12 bersiap sedia untuk pulang ke kem mereka. Leftenan Hassan memberitahu Sarjan Wan Yaacob bahawa mereka akan pulang ke Pulai. Namun, pekerja-pekerja Cina masih belum selesai dengan kerja-kerja mereka. Jadi, Leftenan Hassan mengarahkan Sarjan Wan Yaacob supaya berada di lokasi dan membawa anggota platunnya untuk pulang ke markas. Mereka menyusuri air Sungai Semur hingga jam 10.30 pagi dan melewati kawasan berbukit. Namun dengan secara tiba-tiba, Platun 12 diserang hendap oleh sekumpulan pengganas komunis berkekuatan seramai 40 orang dari arah bukit di seberang sungai.[1] Ekoran serangan tersebut, anggota platun dengan segera mencari perlindungan sambil memberi tembakan balas. Semasa pertempuran itu, Leftenan Muda Hassan gugur bersama anggota yang lain. Sejurus gugurnya Leftenan Muda Hassan, Koperal Jamaluddin Muhamad mengambil alih tugas mengetuai platun terbabit.[3] Beliau mengarahkan tembakan mortar 2 inci ke arah musuh, namun tembakan mortar sedikit tersasar ke pohon buluh. Selepas melepaskan dua butir peluru mortar, anggota seksyen mortar berkenaan terbunuh.
Semasa pertempuran, beberapa pengganas menghampiri anggota platun yang terbunuh dan tercedera kerana mahu mengambil senjata tetapi cubaan mereka dipatahkan. Prebet Abdul Wahab Hamid pula menembak mati empat orang musuh yang cuba menyerang platun tersebut dari arah belakang. Selepas bertempur selama empat jam, Platun 12 terkepung dan hampir kehabisan peluru.
Apabila diminta menyerah diri, Korperal Jamaluddin menjawab, “Kami bukan pengecut, kami askar, kami tidak akan serah diri”
Bantuan dari Polis Khas
Semasa pertempuran berlaku, Sarjan Wan Yaacob, anggota-anggota bawahannya dan pekerja-pekerja Cina yang mengumpul daun-daun nipah telah terdengar bunyi tembakan dan beliau percaya bahawa Platun 12 tersebut telah diserang. Beliau kemudiannya menyuruh agar pekerja-pekerja Cina berada di situ sementara beliau mengetuai anggota-anggota SC pergi ke lokasi serang hendap tersebut.
Sarjan Wan Yaacob dan anggotanya tiba di lokasi dan berpecah kepada dua kumpulan. Tujuh anggota kumpulan pertama SC telah diserang dan mengalami kecederaan semasa cuba menyeberangi sungai. Manakala Sarjan Wan Yaacob dan anggota yang lain meninjau ke sisi kedudukan musuh di bahagian utara sungai. Mereka berjaya mengesan kedudukan penembak Bren-gun komunis dan menembak mati penembak tersebut. Namun, mereka hanya melihat sahaja anggota Platun 12 yang ditawan musuh tanpa mampu berbuat apa-apa.
Tawanan
Mereka kemudiannya ditawan dan dibawa ke kem musuh dan dipaksa menyerahkan peralatan mereka. Mereka juga diberi amaran supaya berhenti menentang Komunis. Selepas dua jam, pihak musuh membuat keputusan melepaskan mereka. Jamaluddin dan anggotanya dihantar pihak musuh ke arah Pengkalan Pulai sebelum ditinggalkan separuh jalan.
Kumpulan yang keluar terdiri daripada Koperal Jamaluddin, Prebet Salleh Nahu, Prebet Zamzuri Itam Sudin, Prebet Nordin Md. Isa, Prebet Hussin Mamat, Lans Koperal Mohamad Othman, Prebet Ahmad Mat Jam, dan Prebet Mohd. Shariff Manaf. Prebet Osman Yaacob meninggal dunia tidak lama selepas mereka tiba di Pengkalan Pulai pada pukul 9 malam.
Dua orang anggota Platun 12, Prebet Abdul Wahab dan Prebet Rashid Hassan yang cedera parah terpaksa ditinggalkan di lokasi pertempuran bersama mayat 14 rakan mereka yang terkorban. Pada pukul 10 pagi, 27 Mac 1950, barulah bantuan tentera dari Platun 11 dan pasukan Jungle Squad dari kem Gua Musang tiba untuk menyelamatkan mereka.
Terkorban
Dalam serang hendap di Sungai Semur ini, 17 orang anggota 3 Melayu terkorban dalam pertempuran menentang kira-kira 40 pengganas komunis sementara enam anggota cedera parah sementara dua lagi anggota mengalami cedera ringan.
Meskipun tewas, mereka menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi melawan pasukan musuh yang hampir dua kali ganda kekuatan mereka. Malah mereka berjaya membunuh seramai 29 orang pengganas komunis. Mayat mereka dijumpai terkubur oleh Platun 11 3 Melayu.[4]
Jasad mereka yang terkorban disemadikan di Tanah Perkuburan Askar Melayu di Port Dickson walaupun pada awalnya mereka telah dikebumikan di Kampung Pulai, Gua Musang.
Wira yang gugur
- Leftenan Hassan Bin Haji Yassin
- Prebet Lebai Yassin
- Lans Koperal Mohamad
Wira yang tercedera/terselamat
- Koperal Jamalludin bin Mohamad
- Lans Koperal Mohamad bin Othman
- Prebet Zamzuri Itam Bin Sudin
- Prebet Nordin Bin Md Isa
- Prebet Hussin Bin Mamat
- Prebet Salleh Bin Nahu
- Prebet Ahmad Bin Mat Jam
- Prebet Manaf Bin Mohd Shariff
- Prebet Osman Bin Yaacob (meninggal dunia selepas tiba di Pengkalan Pulai pada pukul 9 malam)
Anugerah
Koperal Jamaluddin dianugerahkan Distinguished Conduct Medal (DCM) dan dinaikkan pangkat Sarjan manakala Lans Koperal Mohamad Othman dan Prebet Abdul Wahab dianugerahkan Military Medal (MM).
Novel
Kejadian serang hendap di Sungai Semur dijadikan asas untuk novel "Limpahan Darah di Sungai Semur" oleh Zakaria Salleh. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988). [1] Novel ini telah digunakan sebagai teks Sastera untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Rendah Kementerian Pelajaran.
Rujukan
- ^ a b Syairah Abdul Lajis (25 November 2013). "Peristiwa berdarah di Sungai Semur". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 29 Julai 2018.
- ^ Rejimen Askar Melayu Diraja, 1933-1968, Othman Syed Omar (Syed), Penerbit Universiti Malaya, 2005 - Malaya - 441 pages
- ^ "Peristiwa berdarah di Sungai Semur". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 2018-07-29.
- ^ Wartakan Monumen Sungai Semur kawasan sejarah