Pengkalan Chepa
Kkaley Chepo (Kelantan-Pattani) | |
---|---|
Bandar satelit Kota Bharu | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Jajahan | ![]() |
Pihak berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) |
Pengkalan Chepa (Jawi: ڤڠکلن چڤا, lebih dekenali sekitar negeri Kelantan sebagai P.C) merupakan sebuah bandar satelit[1] yang terletak di kawasan Kemumin, di jajahan daerah Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Pengkalan Chepa terkenal dengan hab penerbangan kedua tersibuk di Malaysia juga pendidikan dan kawasan perindustrian utama di negeri Kelantan dan juga terletak Maktab Pendidikan Guru,Ibu Pejabat Polis Kota Bharu,Markas Tentera,Polis PGA dan Juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan semuanya terletak di sini. Lapangan terbang negeri Kelantan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra juga terletak di sini.
Pengkalan Chepa juga dikenali sebagai tempat pendaratan Tentera Jepun semasa Perang Dunia kedua iaitu di Pantai Pak Amat. Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (P.20) ialah Y.B. Datuk Ahmad Marzuk Shaary daripada Parti PAS. Parlimen Pengkalan Chepa mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Cempaka, Kijang dan Panchor.
Tempat ini dikenali sebagai perhentian orang Cam yang pernah menduduki kerajaan Campa (Jawi: چڤا Cepa) dalam rantau Indochina yang berhijrah menuju ke negeri ini untuk pelbagai tujuan selama berabad-abad.[2]
Pendidikan
Terdapat beberapa kolej dan sekolah[3] di Pengkalan Chepa:
- Maahad Muhammadi Lelaki
- Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
- Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa
- Maahad Sains Tok Guru
- Maktab Perguruan Kota Bharu
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2
- Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa
- Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1)
- Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (2)
- Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
- Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa
Kolej
- Universiti Malaysia Kelantan
- Kolej Teknologi darulnaim
- Kolej Poly-Tech MARA
- Kolej Vokasional Pengkalan Chepa
Rujukan
- ^ Saad, Suhana; Mohd Radzi, Marsitah (2009). "Urus tadbir sebuah bandaraya Islam Malaysia: Kajian kes di Kota Bharu, Kelantan" (PDF). GEOGRAFIA Online™ Malaysian Journal of Society and Space. 5 (3): 8–25.
- ^ Wong, Danny, Tze Ken (2013). "The Cham Arrivals in Malaysia: Distant Memories and Rekindled Links". Archipel. 85: 159–62. doi:10.3406/arch.2013.4389.
- ^ Pengkalan Chepa