Sekolah Menengah Sains Rembau | |
---|---|
Alamat | |
SM Sains, Kampung Pilin, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Rembau, Negeri Sembilan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh / Kementerian Pelajaran Malaysia/Sekolah Berprestasi Tinggi/Sekolah Kluster Kecemerlangan |
Ditubuhkan | 1 Oktober 2009 |
Nombor sekolah | 06-6970037 |
Kod sekolah | NEA 3037 |
Pengerusi PIBG | Pn Nadzerema binti Mohd Dagang |
Pengetua | Pn Narizan binti Mamat |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Cik Hjh Nor Hayati binti Ahmad Sidi |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Zanuri bin Badri |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn Siti Zubaidah binti Zulkifli |
Faks | 06-6970041 |
Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) adalah sebuah sekolah menengah dua jantina kategori Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2009, sekolah ini lebih dikenali sebagai SEMESRA.
Sewaktu peperiksaan PMR pada tahun 2013, SEMESRA berjaya menghasilkan seramai 108 pelajar 8A dengan GPS 1.0535, menjadikannya sekolah ketiga terbaik di Negeri Sembilan[1].
Sejarah
SEMESRA telah mula beroperasi pada 1 Oktober 2009 di Kampung Pilin, Mukim Kundur, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pada 3 Januari 2010, sekolah ini telah menerima kemasukan pelajar tingkatan dua dan pada 10 Januari 2010, kemasukan pelajar tingkatan 1 dan pada bulan Februari 2010 kemasukan pelajar tingkatan 4. Sekolah ini mempunyai 51 orang guru lelaki dan perempuan. Pengetua Sulung Sekolah Menengah Sains Rembau ialah Dato' Haji Azam bin Md Atan (Pengetua Cemerlang). Ketika itu, beliau dibantu oleh 3 orang Penolong Kanan; Tn Hj Baharudin Husin (Akademik), Tn Hj Azman Awang (Hal Ehwal Pelajar), dan Pn Roslina Aziz (Kokurikulum).
Kini, institusi ini menampung seramai 850 orang murid. Sebagai salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terulung di Malaysia, antara misi utama SEMESRA adalah untuk melahirkan pemimpin berkaliber yang bertaraf dunia dan berminda kelas pertama.
Meskipun SEMESRA hanyalah sebuah sekolah baru di kalangan sekolah berprestij lain di Malaysia, perkara berkenaan tidak membantutkan usaha SEMESRA untuk menempa kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah turut dalam bidang kokurikulum. Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama, usaha gigih dan ketabahan daripada seluruh warga sekolah.
Setelah persaraan Dato' Haji Azam pada bulan April 2011, tampuk pemerintahan telah diambil alih oleh Puan Norzila Idris sebagai Pengetua SEMESRA sehingga tahun 2017. Pada tahun 2018, Datin Zainah binti Ahmad Sisman merupakan pengetua SEMESRA sehingga tahun 2022. Selepas persaraan beliau, SEMESRA telah menerima pengetua baharu iaitu Puan Che Romas binti Noor yang berkhidmat pada tahun 2023 sehingga tahun 2024. Pada Januari 2025, Puan Narizan binti Mamat merupakan pengetua SEMESRA yang terkini.
Pada tahun 2011, pelajar SEMESRA telah menduduki peperiksaan awam pertama mereka, dengan batch Extrovert 0913 menduduki PMR manakala batch Valedictorian 1011 menduduki SPM. Keputusan SPM pertama pada tahun ini berjaya meletakkan SEMESRA di kedudukan ke-7 dalam ranking SPM 2011 seluruh Malaysia, dengan GPS 1.3006[2]. Pada tahun 2012, dengan GPS 1.0408, seramai 119 daripada 150 pelajar berjaya mendapat keputusan 8A dalam PMR 2011, membolehkan SEMESRA merangkul kedudukan ke-9 seluruh Malaysia dalam ranking, seterusnya bergelar sekolah kedua terbaik PMR di Negeri Sembilan pada tahun itu[3].
Pada tahun 2016,SEMESRA telah memperoleh seramai 14 orang pelajar yang telah mendapat 10A dalam PT3.Pada tahun 2017, SEMESRA telah jatuh dengan memperoleh 10 orang sahaja yang telah mendapat 10A dalam PT3.Sehubungan dengan itu,keputusan SPM pada tahun 2017 juga telah merundum dengan memperoleh 18 orang sahaja yang telah mencapai 9A dalam SPM 2017. Namun begitu, pada tahun 2020, SEMESRA telah berjaya memperoleh GPS 1.76 dalam SPM dengan satu calon 9A+ dan 47 calon meraih 9A lantas menjadikan SEMESRA sebagai SBP ke-19 terbaik di Malaysia.[4]
Misi dan Visi
Misi
SEMESRA menjana pendidikan minda kelas pertama
Visi
Menjana peribadi unggul melalui pelbagai bidang ilmu ke arah pencapaian bertaraf dunia
Lokasi
Kampus baru ini terletak berhadapan sebuah taman perumahan, Taman Desa Permai Kundur, iaitu berjarak 7 km dari Lebuhraya Utara-Selatan (simpang keluar Pedas-Linggi), 12 km dari Pekan Rembau, dan 38 km dari Bandar Seremban.
Simbol
Moto sekolah adalah "Tekun Bersatu Berjaya Terbilang" manakala warna rasmi sekolah adalah putih, hitam dan maroon. Simbol utama yang lazimnya dikaitkan dengan sekolah adalah motif geometri Islam, yang dapat dilihat di logo sekolah, seni bina bangunan sekolah serta di kain songket dan samping rasmi sekolah (yang dipakai oleh pelajar pada setiap hari Jumaat).
Kediaman
Terdapat 1 blok asrama yang menempatkan murid lelaki iaitu Seri Alam Residence manakala 1 blok asrama yang menempatkan murid perempuan iaitu Seri Menanti Residence. Setiap blok asrama diselia oleh para warden yang turut mendiami unit warden di bangunan yang sama.
Setiap aras blok asrama dibahagikan kepada "Rumah" yang diberi nama bersempena nama empat Undang Luak Negeri Sembilan, yang turut diindikasi oleh warna: Kelana Petra (Biru), Akhirul Zaman (Merah), Johan Pahlawan (Hijau) dan Lela Maharaja (Kuning). Sistem Rumah ini menggalakkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid lelaki dan perempuan yang berada di rumah yang sama terutamanya dalam persaingan permainan, sukan olahraga, kebersihan (3K), akademik, bahas dan sebagainya. Kesemua ini akan menyumbangkan mata kepada setiap rumah, dan rumah yang mengutip mata tertinggi pada akhir tahun tersebut akan diberi anugerah rumah terbaik.
Lagu Sekolah
Di sini bermula perjalanan kita
Menjana insan berpengetahuan
Ke arah pencapaian bertaraf dunia
Melahirkan warga yang terbilang
Menjana pendidikan minda kelas pertama
Ke arah kemajuan negara
Tekun,Bersatu,Berjaya dan Terbilang
Melahirkan insan yang cemerlang
Kami warga SEMESRA
Sentiasa bersemangat waja
SEMESRA di hatiku sentiasa
Lambang kebanggaan semua
Lagu dicipta oleh: EN Long Chea Yang
Lirik oleh: En Nor Azliza Zakaria dan Pn Riyanti Abdullah Sani
Rujukan
- ^ Senarai Ranking Sekolah SBP Terbaik Keputusan PMR 2013
- ^ Ranking SBP Untuk Keputusan SPM 2011
- ^ Ranking Sekolah Berasrama Penuh SBP Terbaik PMR 2012
- ^ "Ranking Sekolah: SBP Terbaik SPM 2020". Malaysia Tercinta. Dicapai pada 2025-01-30.