| Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang | |
|---|---|
![]() | |
| Lokasi | |
| Batu 13, Jalan Cheras, Kajang, Selangor | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Menengah Agama, Sekolah Kerajaan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Berprestasi Tinggi |
| Moto | Berilmu Beriman Beramal |
| Nombor sekolah | 03-87362324 |
| Kod sekolah | BRA4003[1] |
| Pengetua | Tuan Haji Abd Rashid bin Zainal |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Hajah Zarina binti Abdul Rani |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tuan Haji Kosim bin Abdul Ghani |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Azrul Hisham bin Marzuki |
| Faks | 03-87360502 |
| Laman sesawang | https://smapk.edu.my/ |
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) atau nama ringkasnya SMAP Kajang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama berasrama penuh yang terletak di Batu 13, Kajang, Selangor. SMAP Kajang dibuka secara rasmi pada Julai 1990.
Sejarah
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah ditubuhkan pada 1 Disember 1989 dan terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu buat sementara waktu bersama pengetua pertama, Ustaz Mohd Saim Bin Ithnin serta 5 orang guru perintis. Pada 12 Julai 1990, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah berpindah ke lokasi tetapnya di Batu 13, Jalan Cheras, Kajang.
Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Putrajaya serta Kuala Lumpur dan juga pelbagai universiti awam dan swasta menyebabkan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah menjadi terkenal di seluruh negara.
Antara pencapaian para pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang ialah Eliza Hanim Ibrahim sebagai pemain catur kebangsaan (1991), mewakili negara dalam Olimpiad Matematik di Argentina pada tahun 1997, mewakili negara dalam Kongres Remaja Sedunia di Sarajevo pada tahun 2000, memasuki perlawanan akhir Bahas Dato' Abdul Shukor pada tahun 2000, dua kali berturut-turut melayakkan diri ke perlawanan akhir Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri pada tahun 2000 dan 2001, serta melayakkan diri ke peringkat akhir Pidato Piala Diraja pada tahun 1998.
Pada tahun 2003, SMAPK telah berjaya memenangi Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri kategori Bahasa Melayu buat kali pertama. Bahas Piala Perdana Menteri atau singkatannya (PPM) merupakan piala bahas paling berprestij buat sekolah-sekolah berasrama penuh yang mula dipertandingkan sejak 1974. Kejayaan ini diteruskan apabila memenangi pertandingan yang sama pada tahun 2005, 2008, 2009, 2013 dan terbaharu pada 2017. SMAPK juga muncul Naib Juara Bahas Piala Perdana Menteri pada tahun 2014 dan 2015.
SMAPK juga mempunyai kumpulan nasyid tersendiri iaitu All For Ummah (A.F.U) yang akhirnya berjaya melahirkan artis nasyid rakaman yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Saujana. All For Ummah telah memenangi Johan Festival Nasyid Kebangsaan 3 kali berturut-turut dari tahun 2004, di Festival Nasyid Kebangsaan yang pertama kali diadakan sehinggalah tahun 2006 dan berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan 7 tahun berturut-turut dan pelbagai lagi kejayaan telah dicapai sama ada di peringkat SBP, Kebangsaan dan Negeri.
Pencapaian di peringkat akademik termasuklah kejayaan merangkul 2 kali 100% pangkat 1 dalam SPM pada tahun 1993,1997 dan 1999. Sehingga tahun 2000, 3 orang pelajarnya telah berjaya merangkul semua A dalam setiap mata pelajaran dalam SPM. SMAPK juga pernah beberapa kali tersenarai dalam ranking 10 sekolah terbaik Malaysia dalam beberapa siri peperiksaan awam terutamanya SPM. Tahun 2009 juga menyaksikan sejarah tercipta apabila SMAPK diumumkan sebagai 5 buah sekolah agama terbaik di Malaysia apabila lebih 100 orang pelajarnya meraih keputusan 9A dan 8A.
Sehingga ke hari ini,[bila?] SMAPK telah melahirkan ribuan pelajar yang kini telah melanjutkan pelajaran masing-masing ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, universiti-universiti terkemuka luar negara dalam pelbagai jurusan. Bagi yang telah bekerja, mereka telah menjawat pelbagai jawatan penting sama ada di sektor awam mahupun swasta.
Pada awal tahun 2011, persatuan bekas-bekas pelajar SMAPK telah ditubuhkan dengan cadangan nama Pertubuhan Anak Didik SMAPK (AnNadi) di Dewan Nik Mahyudin Wan Musa. Bagaimanapun, nama rasmi yang didaftarkan akhirnya ialah Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dengan singkatan AnNadi dikekalkan. Penubuhan persatuan tersebut bertujuan memudahkan komunikasi antara semua bekas pelajar dan juga mereka yang masih belajar di SMAPK untuk sama-sama memacu SMAPK ke arah kegemilangan dan terus mempertahankan etos kecemerlangan yang telah dipupuk sejak penubuhannya.
Pada tahun 2013 pula, SMAPK telah berjaya diumumkan sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Pada tahun 2015, SMAPK menyambut ulang tahun ke-25 penubahannya dan secara rasmi telah memasuki era Jubli Perak.[2]
Pada 10 Julai 2025, sebuah bilik pejabat di SMAPK telah mengalami kebakaran. Bilik yang berkeluasan 30×30 kaki persegi dan terletak di tingkat kedua bangunan terbabit yang berkeluasan 30×1000 kaki telah musnah sebanyak kira-kira 95 peratus. Panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.18 pagi sebelum anggota bomba tiba pada pukul 1.25 pagi. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.58 pagi tanpa kehilangan nyawa. Sumbangan segera sebanyak RM100,000 telah disumbangkan kepada pihak sekolah.[3][4][5][6]
Senarai pentadbir
| Bil. | Nama | Tahun |
|---|---|---|
| 1 | Mohd Saim bin Ithnin | 1989 - 1995 |
| 2 | Marzuki bin Abdul Hamid | 1996 - 1998 |
| 3 | Hajah Jumaiyah bt Haji Hashim | 1998 - 2001 |
| 4 | Norhayati bt Lebai Isa | 2001 - 2006 |
| 5 | Syed Baharom bin Syed Hussien | 2007 - 2009 |
| 6 | Hajah Aminah binti Idris | 2009 - 2012 |
| 7 | Tuan Haji Sakijan bin Muri | 2012 - 2015 |
| 8 | Tuan Haji Abdul Aziz bin Mahmud | 2015 - 2019 |
| 9 | Tuan Haji Ahmad Shafrin bin Abdul Aziz | 2020 - 2022 |
| 10 | Tuan Haji Nordin bin Mohd Tohir | 2022 - 2023 |
| 11 | Hajah Salmah binti Haji Yaacob | 2024 - 2025 |
| 12 | Tuan Haji Abd Rashid bin Zainal | 2025 - kini |
| Bil. | Nama | Tahun |
|---|---|---|
| 1 | Abdul Rahman bin Hussin | 1990 - 1993 |
| 2 | Mohd Khan bin Subari | 1993 - 1999 |
| 3 | Mohd Rezazali bin Ahmad Ansar | 2000 - 2013 |
| 4 | Aini binti Md Jadi | 2013 - 2016 |
| 5 | Musalmah binti Abu Bakar | 2017 - 2022 |
| 6 | Zarina binti Abd Rani | 2023 - kini |
| Bil. | Nama | Tahun |
|---|---|---|
| 1 | Fatimah binti Nik Ismail | 1990 - 1999 |
| 2 | Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid | 2000 - 2005 |
| 3 | Mohamad bin Mokhtar | 2005 - 2010 |
| 4 | Muhammad Rujhan bin Adnan | 2010 - 2013 |
| 5 | Tolhah bin Haji Ramli | 2014 |
| 6 | Bakru Rozi bin Musa | 2015 - 2017 |
| 7 | Moohyidin bin Haji Ahmad | 2017 - 2022 |
| 8 | Najibah binti Noor | 2023 - 2024 |
| 9 | Kosim bin Abdul Ghani | 2024 - kini |
| Bil. | Nama | Tahun |
|---|---|---|
| 1 | Noor Izan bin Khalid | 2003 - 2006 |
| 2 | Mohamed Muaidi bin Idris | 2007 - 2010 |
| 3 | Tohit bin Sidek | 2011 - 2016 |
| 4 | Bakru Rozi bin Musa | 2017 |
| 5 | Najibah binti Noor | 2017 - 2022 |
| 6 | Datin Rafidah binti Mohd Nor | 2023 - 2025 |
| 7 | Azrul Hisham bin Marzuki | 2025 - kini |
| Bil. | Nama | Jabatan |
|---|---|---|
| 1 | Zilfadhilah Hasni binti Zakaria | Bahasa |
| 2 | Nurul Firdaus binti Mohamed Salleh | Sains dan Matematik |
| 3 | Siti Hajar binti Abd Razak | Kemanusiaan |
| 4 | Mahani binti Mahat | Teknik dan Vokasional |
| 5 | Hasimah binti Noor | Pendidikan Islam |
Prasarana
- 4 Buah blok asrama putera
- 3 Buah blok asrama puteri
- 4 Buah blok akademik
- Bengkel KHB
- Dewan Besar Nik Mahyuddin Wan Musa
- Gimnasium
- Masjid Al-Ehsan
- White House
- 1 Padang ragbi
- 1 Padang bola sepak
- 2 Padang hoki
- 2 Gelanggang futsal
- 2 Gelanggang bola keranjang
- 2 Gelanggang bola tampar
- 2 Gelanggang sepak takraw
- 2 Gelanggang bola jaring
- 1 Lapang sasar memanah
- Padang Pahlawan
- 1 Padang petanque
- 1 Padang bola baling
- Pusat Akses Internet
- Koperasi Sekolah
- IPortico
Nama Batch
- Gundalerz (9701)
- Legenderz (9802)
- Gen-X’10th Generation of SMAPK (GenX 9903)
- EVO0206 (0206)
- Esprit de corps (0509)
- Phoenix (0610)
- Amity Coexist (0711)
- Pencetus Generasi Al-Quran (PGA 0812)
- Bittersweet 0913 (BS 0913)
- Liberators 1014 (LB 1014)
- Valtas' 1115 (VS 1115)
- Generasi Amirul Mukminin (GAM 1216)
- We Impose For Islam (WIFI 1317)
- Daie Millenium (DAIEM 1418)
- Success With Applied Tarbiyah (SWAT 1519)
- Fathulhaq (FATAH 1620)
- Qawiyyul Amin Force (QAF 1721)
- Khairul Ummah (KHAIRUM 1822)
- Excellent Leader In Toyyib Era (ELITE 1923)
- Fidail Aminin (FIDDIN 2024)
- Najaha On Virtuous Achievement (NOVA 2125)
- Mujahideen (MUJI 2226)
- Al-Amin Student To Represent Ad-Din (ASTRA 2327 )
Pencapaian
2002
- Johan Bahas Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia, Piala Dato Abdul Shukor 2002
- Pembahas Terbaik Akhir, Bahas Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia, Piala Dato Abdul Shukor 2002
2003
- Johan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) Sekolah Berasrama Penuh 2003
- Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
2004
- Johan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kebangsaan 2004
2005
- Johan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kebangsaan 2005
- Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Sekolah Berasrama Penuh 2005
2006
- Johan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kebangsaan 2006
2007
- Naib Johan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kebangsaan 2007
2008
- Tempat Ke-3 Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kebangsaan 2008
- Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
- Johan Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah 2008
2009
- Johan Kejohanan Hoki SBP Divisyen 2 Peringkat Kebangsaan
- Johan Memanah SBP Kebangsaan
- Johan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) Sekolah Berasrama Penuh 2009
- Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
- Johan Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah 2009
- Mewakili Selangor dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kebangsaan 2011
2010
- Johan Pertandingan Nasyid Piala Rabbani
- Johan Bahas Piala TNC-HEP UKM 2010
2013
- Memanah MSSM
- Naib Johan Pertandingan Nasyid Ihtifal UNITEN 2013
- Ketiga Pertandingan Nasyid Haflah Al-Jauhar Glocal Friendship 2013
- Johan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) Sekolah Berasrama Penuh 2013
- Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
- Johan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Tun Razak SDAR
- Johan English CyberSecurity Debate
- Mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kementerian Pendidikan Malaysia Kohort 4
2014
- Naib Johan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) Sekolah Berasrama Penuh 2014
- Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
- Naib Johan Debat Sekolah-Sekolah Malaysia UIAM 2014
2015
- Naib Johan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) Sekolah Berasrama Penuh 2015
- Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
- Johan Bahas Tunas Muda SBPI Gombak 2015
2016
- Naib Johan Debat Antarabangsa MUSLEH Kategori Bahasa Melayu
- Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Debat Antarabangsa MUSLEH
2017
- Johan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) Sekolah Berasrama Penuh 2017
- Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
- Grandfinal Fifth Open Challenge Handball Peringkat Kebangsaan Bawah 18 Tahun
2018
- Belts and Roads Teenagers Science Summer Camp 2018 China
- Pingat Emas dan Special Award bagi Japanese Design and Innovation Expo (JDIE) 2018
2021
- Johan Kejohanan Debat Belia Negara (Parlimen Belia Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan) 2021
- Pendebat Terbaik Akhir, Kejohanan Debat Belia Negara (Parlimen Belia Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan) 2021
2022
- Johan Debat Sekolah-Sekolah Malaysia UIAM 2022
2024
- Naib Johan National Robotic Competition (NRC) (Rookie) 2024
- Consolation Prize (7th) International Robotic Tournament (IRT) 2024
- Most Institution Participants Award (Secondary) WYSII 2024
- Johan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) Sekolah Berasrama Penuh 2024
- Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
Alumni
Berikut merupakan senarai alumni sohor dari sekolah ini.
- Jufitri Joha, Ahli Dewan Negara, Senator
- Muizzuddeen Mahyuddin - Ahli DUN Hulu Bernam[7]
- Saujana - Kumpulan Nasyid[8]
Alamat
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
- Batu 13,
- Jalan Cheras
- 43000 Kajang
Rujukan
- ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
- ^ "Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang". Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-10.
- ^ Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil (2025-07-10). "Tindakan pantas bomba selamatkan sekolah agama daripada musnah". Harian Metro. Dicapai pada 2025-07-12.
- ^ Bernama. "Bilik pejabat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang musnah terbakar". BH Online. Dicapai pada 2025-07-12.
- ^ Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki (2025-07-10). "Pejabat sekolah di SMAP Kajang terbakar". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-07-12.
- ^ "Insiden Kebakaran Di SMAP Kajang: Menteri Agama Sampaikan Sumbangan". BERNAMA. 2025-07-11. Dicapai pada 2025-07-12.
- ^ "PRN: Jurutera automotif, calon PN Hulu Bernam". Sinar Harian. 1 August 2023. Dicapai pada 6 October 2023.
- ^ Ashari, Amirul Haswendy (29 October 2018). "Rindu Saujana terlerai". Berita Harian. Dicapai pada 17 December 2025.









