Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SCIPP) | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah berasrama penuh, Sekolah kerajaan |
Moto | ILMU, AMAL GEMILANG |
Ditubuhkan | 1998 |
Nombor sekolah | 6097861624 |
Kod sekolah | DEA 4296[1] |
Pengerusi PIBG | DATUK DR. MOHD KAISAN AB. RAHMAN |
Pengetua | Pn. Rosilawati Binti Yusof |
GPK Pentadbiran dan Akademik | EN.AZIZ B. DERASHID |
Faks | 6097867315 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh atau Pasir Puteh Science School, dikenali dengan nama ringkasnya SCIPP (Science Pasir Puteh), merupakan satu-satunya sekolah menengah berasrama penuh perempuan di Pantai Timur. Sekolah ini terletak di Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan.
Pada tahun 2018, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh memiliki 549 orang pelajar perempuan yang terdiri daripada 119 pelajar di tingkatan lima, 119 pelajar dari tingkatan empat,105 pelajar di tingkatan tiga,110 pelajar di tingkatan dua dan 96 orang pelajar di tingkatan satu. Terdapat seramai 66 orang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Sains Pasir.
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh ialah salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan di daerah Pasir Puteh. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1998 bersamaan 1418 Hijrah.2017
Sejarah
SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH
- Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SCIPP) telah dibuka pada 01 Januari 1998 merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang ketiga di negeri Kelantan dan Sekolah Berasrama Penuh Puteri yang pertama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.[2][3]
- Kampus SCIPP terletak kira-kira 37 km dari Kota Bharu dan 7 km dari Bandar Pasir Puteh. Kedudukan sekolah yang jauh dari kesibukan bandar mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
- Sekolah ini juga terletak di atas tapak seluas 18.6 hektar (62 ekar), menjadikannya sebuah institusi dengan keluasan yang sangat besar sehingga kelihatan seperti sebuah kolej atau kampus apabila dilihat dari jauh
- Tapak seluas 18.6 hektar ini menampung pelbagai kemudahan dan infrastruktur pendidikan yang lengkap. Terdapat tiga blok utama bangunan akademik, iaitu Blok Ilmu, Blok Amal, dan Blok Gemilang, yang menempatkan bilik-bilik darjah serta pusat pentadbiran sekolah. Sekolah ini juga dilengkapi dengan empat blok asrama pelajar, iaitu blok Arif (Rumah Biru), Bestari (Rumah Kuning), Cekal (Rumah Merah), dan Dinamik (Rumah Hijau). Kemudahan lain termasuk Dewan Selera Srikandi (dewan makan), bengkel Kemahiran Hidup, bangunan Musalla Rabiatul Adawiyah, Makmal Komputer, Makmal Sains, Dewan Sri Gemilang (dewan besar), kantin, dua buah balai serba guna, bangunan Koperasi Sekolah, Taman Herba Wetlands, Taman Refleksi, 15 unit kuarters guru, enam unit kuarters pekerja, serta sebuah dusun buah-buahan. Setiap tingkatan mempunyai lima kelas yang dinamakan bersempena tokoh-tokoh srikandi Islam, iaitu Aisyah, Balqis, Fatimah, Hajar dan Khadijah, di mana Kelas Aisyah menempatkan pelajar-pelajar terbaik yang berada dalam kelompok 30 teratas berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun, PT3, atau Peperiksaan Diagnostik SBP.
- Kemudahan sukan yang disediakan merangkumi gelanggang bola keranjang, badminton, tenis, bola tampar, skuasy dan pétanque, selain tiga buah padang serbaguna yang digunakan untuk permainan hoki, bola jaring dan bola baling, serta sebuah trek olahraga sepanjang 400 meter lengkap dengan astaka dan stor sukan.
- Ssetahun setelah penubuhannya, SCIPP telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah daripada 88 buah sekolah di seluruh negara untuk menjalani program Projek Rintis Sekolah Bestari.
- SCIPP menerima pelajar sulung seramai 250 orang dalam tingkatan satu dan tingkatan empat pada 4 Mac 1998. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan pencapaian cemerlang UPSR dan PMR.
- Kumpulan pertama pelajar SCIPP yang menduduki peperiksaan SPM adalah pada tahun 1999. Jumlah calon pada masa itu ialah 119 orang. Puteri-puteri sulung ini berjaya mencatat kelulusan 100% lulus. Kumpulan perintis PMR pula adalah pada tahun 2000 dengan jumlah calon seramai 157 orang. Kumpulan ini juga berjaya mencatat 100% kelulusan. Seramai 60 orang pelajar mencapai 8A dan 76 orang 7A.
- Kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi oleh SCIPP pada awal dekad kedua penubuhannya, sekolah ini diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 5. Sebagai bentuk penghargaan kepada sumbangan pengetua yang menjadi tunjang kepada kejayaan sekolah, SCIPP telah menerima Pengiktirafan Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar melalui Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) Pendidikan bagi tahun 2010 dan 2011.
Visi&Misi
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
Alamat
- Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
- Jalan Jeram Pasu
- 16800, Pasir Puteh
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6097861624/60978621
- Fax = 6097867315
Rujukan
- ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
- ^ "DUA LAGI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DIBUKA TAHUN DEPAN". Bernama (dalam bahasa Malay). 2 Oktober 1997. Dicapai pada 19 November 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "EMPAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH DIBINA DALAM RM6". Bernama (dalam bahasa Malay). 16 November 1991. Dicapai pada 19 November 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)