Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Lokasi | |
---|---|
Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kerajaan |
Moto | Ilmu Memantapkan Iman |
Kod sekolah | NRA 6001 |
Pengetua | Encik Norazhar Bin Mohd Shah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Saifunizam Bin Zakaria |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Elais Bin Murad |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Mohd Zaki Bin Jahaya |
Laman sesawang | http://www.sbpijempol.edu.my |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Sekolah ini merupakan SBP yang ke-40 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas SM Sains Kuala Terengganu dan juga SBP yang kelima di Negeri Sembilan selepas SM Agama Persekutuan Labu. Sekolah ini terletak di pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekolah ini terletak di sempadan antara daerah Jempol dengan Kuala Pilah. Bahau ialah bandar terdekat dengan sekolah ini. Sekolah ini merupakan antara sekolah menengah terbaik di Negeri Sembilan. Sekolah ini telah mendapat status sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Pada tanggal 18 September 2013, INTEJ telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol mula dibuka pada 7 Januari 2002. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol (SMKAJ) sebelum menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Jempol (SMAPJ). Kemudian, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) pada 3 Disember 2002.
Sekolah ini pada mulanya menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (SMKBK) selama hampir 7 bulan sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang. Sebelum kedatangan Puan Pengetua, Puan Rubiyah Harun pada 16 Mac 2002, tugas pengetua dipangku oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajjah Zabidah binti Haji Lasim. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah seramai 16 orang dan seorang kakitangan sekolah. Bilangan pelajar tingkatan satu yang mendaftar adalah seramai 150 orang dan tingkatan empat seramai 29 orang.
Pada 8 Julai 2002, INTEJ telah berpindah ke bangunan rasmi sekolah yang terletak kira-kira 0.5 kilometer daripada SMKBK dengan keluasan kira-kira 48 ekar persegi dan dilengkapi kemudahan-kemudahan moden yang serba canggih bagi membolehkan para pelajar belajar dengan selesa dalam suasana kondusif.
Pada tahun 2003, bermula dari 8 Januari sehinggalah ke bulan Julai, seramai 188 pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu dan empat mendaftar secara berperingkat-peringkat di sekolah ini. Sehingga akhir Oktober, jumlah keseluruhan pelajar INTEJ adalah seramai 367 orang dan kakitangan akademik pula seramai 54 orang manakala kakitangan sekolah seramai 12 orang. Pada tahun 2003, dua aliran ditawarkan untuk pelajar tingkatan empat iaitu Sains Agama dan Sains Tulen.
Kini, bilangan pelajar di INTEJ telah bertambah sehingga lebih kurang 530 orang dan dibarisi seramai 58 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Bertepatan dengan nama Integrasi yang telah diberikan, sekolah ini juga telah memperkenalkan dua aliran yang boleh dipilih oleh pelajar peringkat menengah atas iaitu aliran Sains Agama, Sains Tulen.
Visi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
Misi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti. Vamos InteJ.
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Tersergam megah namamu di persada,
Menjadi lambang kebanggaan semua,
Kita cemerlang, gemilang dan terbilang,
Di mata dunia.
Harapan semua tak kami persia,
Berbakti demi nusa bangsa,
Tabah gagah mendukung cita-cita,
SBPIJ berjaya.
Di sini kami sematkan ikrar murni,
Sedia berkorban demi ibu pertiwi,
Semua cabaran rela diharungi,
Teguh berbakti.
Penulis Lirik : Encik Syed Shahreza bin Syed Mohamed Sharer & Puan Norlida binti Baharudin
Susunan Muzik : Encik Zulcapli bin Shamsudin
Senarai Pengetua
[sunting | sunting sumber]Bil | Nama | Tahun | Sebab Berhenti |
---|---|---|---|
1 | Allahyarhamah Puan Hajah Rubiyah binti Haron | 2002 - 2004 | Menjadi pengetua di SBP Integrasi Kubang Pasu |
2 | Puan Hajah Rashidah binti Md Arif | 2004 - 2007 | Menjadi pengetua di Sekolah Seri Puteri |
3 | Puan Hajah Zainun binti Abdullah | 2007 - 2016 | Bersara |
4 | Puan Roslina binti Ahmad | 2016 - 2017 | Menjadi pengetua di Sekolah Seri Puteri |
5 | Tuan Haji Amir bin Berau | 2018 - 2021 | Dipindah menjadi Pegawai SIP+, PPD Kuala Langat |
6 | Encik Norazhar Bin Mohd Shah | 2021 - Sekarang | - |
Sistem Rumah
[sunting | sunting sumber]Seperi SBP lain, INTEJ juga menggunakan sistem rumah sukan. Antaranya ialah :
- Tariq bin Ziyad (merah) -BUFFALO
- Hamzah bin Abdul Mutalib (hijau)-LION
- Usamah bin Zaid (kuning)-TIGER
- Khalid Al-Walid (biru)-SHARKS
Sistem Kelas
[sunting | sunting sumber]- Abu Bakar as-Siddiq (AB) 2
- 2AB(Aras 1),1AB,3AB,4AB,5AB(Aras 3)
- Umar al-Khattab (UK) 2
- 1UK(Aras 1),2UK,3UK,4UK,5UK(Aras 3)
- Uthman Affan (UA) 2
- 1UA(Aras 1),2UA,3UA,4UA,5UA(Aras 3)
- Ali Abi Talib (AA) 1 3
- 1AA(Aras 1),2AA,3AA,4AA,5AA(Aras 3)
- NOTE: Aras 2 adalah bilik bagi guru-guru dan juga Pejabat
2Aliran Sains Tulen Agama
3Aliran Sains Tulen
Dua Pakej Aliran Menengah Atas
[sunting | sunting sumber]Aliran Sains Tulen Agama
[sunting | sunting sumber]- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Sejarah
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Aliran Sains Tulen
[sunting | sunting sumber]- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Sejarah
- Pendidikan Agama Islam
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Asrama
[sunting | sunting sumber]Asrama putera atau lebih dikenali sebagai Aspura As-Syafie adalah kediaman pelajar lelaki di sekolah. Asrama puteri dikenali sebagai Aspuri Rabiatul Adawiah adalah kediaman bagi pelajar perempuan. Asrama ini mempunyai 3 aras 20 buah dorm mengikut rumah sukan, sebilik Majlis Tertinggi Pelajar, bilik warden, bilik bacaan, bilik rehat,bilik rawatan asrama atau bilik isolasi (bilik As-Shifa') dan bilik air. Setiap rumah sukan mempunyai 5 buah dorm.Terdapat perkhidmatan 4 buah masing-masing dryer machine dan washer machine pada setiap aras.
- Aras 1 = Bilik Warden, Bilik Majlis Tertinggi 1, Bilik Majlis Tertinggi 2 , Bilik Majlis Tertinggi 3,Bilik tetamu 1,bilik tetamu 2, Hamzah 5,Thariq 5,Usamah 5,Khalid 5 ,dua buah mesin basuh ,2 buah dryer machine dan tiga buah bilik air.
- Aras 2 = Bilik Bagasi,Khalid 1,Khalid 2,Khalid 3,Khalid 4,Usamah 1,Usamah 2,Usamah 3,Usamah 4 empat buah washer machine, 4 buah dryer machine dan empat buah bilik air.
- Aras 3 =Hamzah 1,Hamzah 2,Hamzah 3,Hamzah 4,Tariq 1,Tariq 2,Tariq 3, Tariq 4 ,empat buah washer machines, 4 buah dryer dan empat buah bilik air.
Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia
[sunting | sunting sumber]Bil | Batch | Tahun | GPK | Ranking SBP |
---|---|---|---|---|
1 | The Pioneer 0206 | 2006 | 53 | |
2 | Evoke 0307 | 2007 | 27 | |
3 | Vivid 0408 | 2008 | 2.2480 | 30 |
4 | Prodigy 0509 | 2009 | 1.5526 | 13 |
5 | Fivers 0610 | 2010 | 1.5429 | 13 |
6 | Zealous 0711 | 2011 | 1.6416 | 24 |
7 | Intelligensia 0812 | 2012 | 1.9714 | 37 |
8 | E'clat 0913 | 2013 | 2.1923 | 53 |
9 | Deviver 1014 | 2014 | 2.0366 | 29 |
10 | Armada 1115 | 2015 | 2.1412 | 34 |
11 | Fortaleza 1216 | 2016 | 2.3224 | 42 |
12 | Clarion 1317 | 2017 | 2.6090 | 51 |
13 | Vorelta 1418 | 2018 | 2.31 | 50 |
14 | Tremendous 1519 | 2019 | 2.39 | 58 |
15 | Zulfikar 1620 | 2020 | ||
16 | Ballista 1721 | 2021 | 2.07 | 38 |
17 | Damascus 1822 | 2022 | 2.54 | |
18 | Invictus 1923 | 2023 | 2.08 | 34 |
19 | Eximious 2024 | 2024 | 0.00 | 1 |
ETOS Sekolah
[sunting | sunting sumber]INTEJ telah mendapat status Sekolah berprestasi tinggi . Dua etos yang telah dipilih oleh pihak sekolah ialah Sukan Ragbi dan Etos Bahasa Inggeris.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Rasmi SBP Integrasi Jempol
- SBP Integrasi Jempol @ Facebook
- SBP Integrasi Jempol @ Twitter
- BADAR INTEJ @ Facebook
- Laman Rasmi BADAR INTEJ
- Alumni INTEJ @ Facebook