Penyumbang utama di rencana ini nampaknya mempunyai hubungan rapat dengan subjek. (Julai 2019) |
Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (Julai 2019) |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh , InSOfT (Integrated School of Temerloh) ( jawi: سكوله براسراما ڤنوه اينتڬراسي تمرلوه ) ialah sekolah berasrama penuh integrasi yang diasaskan pada 1 Januari 2002. Sekolah ini dibuka dan diuruskan pentadbirannya buat kali pertama oleh En. Abdul Razak bin Alias. Pada mulanya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh. Kemudian, sekolah ini dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Temerloh.
Pada 1 Jun 2002, sekolah ini kemudiannya dinaik taraf kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi oleh Sektor SBP Kementerian Pelajaran Malaysia.
| Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh Integrated School of Temerloh سكوله براسراما ڤنوه اينتڬراسي تمرلوه | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Kerdau, Temerloh, Pahang | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster Kecemerlangan |
| Moto | Ilmu Iman Amal |
| Autoriti pendidikan | Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM |
| Nombor sekolah | 092847889 |
| Kod sekolah | CRA7001 |
| Pengetua | Puan Ku Zaleha binti Ku Saad |
| Kelas | 4 ( Smart, Brilliant, Perfect, Intelligent ) |
| Kelas ditawarkan | Sains Tulen Agama, Sains Tulen |
| Slogan | Di Sini Lahirnya Pemimpin |
| Alumni | Alumni Integrasi Temerloh (AITEM) |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Fakharuddin bin Shahudin |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Rosyaimi bin Ramli |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Hazmi Azyyati binti Ahmad Zahar |
| Faks | 09-2847460 |
| Laman sesawang | https://m.facebook.com/Sekolah-Berasrama-Penuh-Integrasi-Temerloh_Official-306023042784466/https://instagram.com/src.insoft?igshid=YmMyMTA2M2Y= |
Sejarah Sekolah
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh mula dibuka pada 1 Januari 2002. Pada awalnya, sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh sementara menunggu kompleks yang sebenar di Kerdau, Temerloh siap. Kompleks tersebut berkeluasan 32 ekar. Guru-guru yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus sekolah semasa memulakan sesi persekolahan 2002 ialah Abdul Razak bin Alias (menjalankan tugas pengetua sehingga 15 Mac 2002), Abdul Khalid bin Daud, Zakaria bin Khalid, Zaripin bin Ismail, Abdul Rafar bin Yahya, Ruzawati binti Ramly, Zaitun binti Hamzah, Norashidah binti Che Hassan, Norhayati binti Zakaria dan Norehan binti Hassan.
Kumpulan pertama pelajar ialah seramai 106 orang dengan 50 orang pelajar lelaki dan 56 orang pelajar perempuan. Kesemua pelajar tersebut dibahagikan kepada 3 buah kelas dan pada 16 Mac 2002, Puan Hajah Afiah binti Abd Razak telah menjadi pengetua pertama sekolah ini. Pada 4 Jun 2002, 12 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 93 orang pelajar sekolah ini telah berpindah ke kompleks sebenar sekolah di Kerdau. Pengambilan kedua pelajar melibatkan 65 orang pelajar. Pada 1 Jun 2002, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah diambil alih oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seiring dengan itu, bilangan pelajar tingkatan satu telah bertambah kepada 153 orang dengan 75 lelaki dan 78 perempuan. Jumlah kelas telah bertambah kepada 5 kelas iaitu 1 Al-Bukhari, 1 Al-Muslim, 1 At-Tirmizi, 1 An-Nasai dan 1 Ibnu-Majah. Jumlah guru juga telah bertambah kepada 14 orang. Sehingga Oktober 2011, bilangan pelajar seramai 529 orang pelajar.
Terkini, nama-nama kelas bagi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah diubah kepada Smart, Brilliant, Perfect, Intelligent. Asalnya terdapat tambahan kelas Thinker namun kelas tersebut berakhir setelah aliran sains teknikal tidak lagi ditawarkan di sekolah ini bermula tahun 2016.
Pada 30 April 2011, satu mesyuarat rasmi telah diadakan di SBPI Temerloh untuk membentuk Alumni rasmi SBPI Temerloh dengan gelaran AITEM (Alumni SBP Integrasi Temerloh). Pada 18 Oktober 2011, persatuan alumni ini telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nama rasmi Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (AITEM).
Sekolah ini juga telah dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011.
Pentadbiran
Senarai Pengetua
| 1 Januari 2002 - 15 Mac 2002 | En. Abdul Razak bin Alias (Memangku tugas pengetua) |
| 16 Mac 2002 - 2004 | Pn. Hajah Afiah binti Abdul Razak |
| 2004 - 2009 | Pn. Shariffah Asmak binti Syed Alwee |
| 2009 - 2009 | En. Zamri bin Sabri (memangku) |
| 2009 - 2010 | En. Hadi bin Mat Dain |
| 2010 - Mei 2010 | Pn. Faridah binti Ahmad (memangku) |
| Mei 2010-April 2017 | Pn. Normah binti Ismail |
| April 2017-Mac 2019 | Tuan Haji Zaberi bin Abdul Hamid, AMP. |
| April 2019-Februari 2024 | Pn. Uminafisah binti Md Sirat |
| 2024-kini | Pn. Ku Zaleha binti Ku Saad |
Barisan Pentadbir
| PK Akademik | En. Fakharudin bin Shahudin |
| PK Hal Ehwal Murid | En. Rosyaimi bin Ramli |
| PK Kokurikulum | Pn. Hazmi Azyyati binti Ahmad Zahar |
| GKMP Bahasa | Cik Rofidah binti Abdul Mubin |
| GKMP Sains dan Matematik | Cik Siti Asiah binti Ahmad |
| GKMP Kemanusiaan | Pn. Siti Aisah binti Mahat |
| GKMP Pengajian Islam | Pn. Rafidah binti Razak |
| GKMP Teknik dan Vokasional | En. Abdul Rahman bin Mamat |
Badan Kepimpinan Murid
Tahun 2026
PENGAWAS SEKOLAH
- Presiden: Imad Najdi bin Mohd Khusairi
- Timbalan Presiden 1: Mohamad Aqil Zafran bin Suhaimi
- Timbalan Presiden 2: Najah Thaqifah binti Taharin
- Setiausaha Agung: Nur Qaisara Aleesya binti Haznan
- Timbalan Setiausaha: Muhammad Zafri Aqil bin Zafaruddin
- Bendahari Kehormat: Muhammad Yusuf bin Haizul Ikhwan
- Timbalan Bendahari: Adlina Batrisyia binti Affandi
PENGAWAS ASRAMA
- Ketua Asrama Putera: Muhammad Lutfi Hanadzlah bin Hasbullah
- Ketua Asrama Puteri: Ku Syafiqa Arina binti Ku Shahril
PENGAWAS SISTEM RUMAH (SR)
- Ketua Pengawas SR: Wan Muqri Darwish bin Wan Maharedzal
- Penolong Ketua Pengawas SR: Nur Bahiyah binti Naimi
BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN (BADAR)
- Presiden BADAR: Wan Ahmad Faris bin Wan Mohd Ruzlan
- Timbalan Presiden BADAR: Hayfa Adni binti Nasaruddin
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
- Presiden PRS: Ahmad Muqri Syahmi bin Muhamad Rizal
- Timbalan Presiden PRS: Nurqaisara Khalishah Hana binti Adi Barkhiar
PENGAWAS KOPERASI (KOOPERS)
- Ketua Pengawas Koperasi: Emrin Nazif bin Akmal Hamdi
- Penolong Ketua Pengawas Koperasi: Nurul Arlia binti Zainun
PENGAWAS PUSAT SUMBER (PSS)
- Ketua Pengawas PSS: Syazri Marsyidi bin Sukor
- Penolong Ketua Pengawas PSS: Nur Fathaniah Liyana binti Kamarudin
PENGAWAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
- Ketua Pengawas SPBT: Nuril Farisha Aqila binti Hasnan
- Penolong Ketua Pengawas SPBT: Muhammad Riefdy bin Masrul Hisham
Sistem Rumah
Warga InSofT dibahagikan kepada 6 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, kokurikulum, sukan dan sebagainya.
| Rumah | Warna | Lambang |
|---|---|---|
| Dato Onn | [🟢] Hijau | Buaya |
| Za'ba | [🟡] Kuning | Harimau |
| Tun Razak | [🔵] Biru | Jerung |
| Pak Sako | [🟤] Coklat | Beruang |
| Tunku Abdul Rahman | [🔴] Merah | Phoenix |
| Aminuddin Baki | [🟣] Ungu | Naga |
Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah
Tahun 2026
🟢 Dato' Onn
| Ketua Rumah | Firash Zhafran bin Noorazizi |
| Penolong Ketua Rumah | Alisha Dafinah binti Adi Iskandar |
🟡 Za'ba
| Ketua Rumah | Muhammad Iqbal Syamil bin Mohd Samshul |
| Penolong Ketua Rumah | Nur Adriana Fasiha binti Md. Shaiful Azman |
🔵 Tun Razak
| Ketua Rumah | Dayyan Hafidh bin Abd Halim |
| Penolong Ketua Rumah | Nur Ilyana Sofiya binti Yusman |
🟤 Pak Sako
| Ketua Rumah | Muhammad Raez Razin bin Muhamad Hafizun |
| Penolong Ketua Rumah | Ain Naziha binti Mohd Khairol |
🔴 Tunku Abdul Rahman
| Ketua Rumah | Aqif Iman bin Sharim |
| Penolong Ketua Rumah | Nur Bahiyah binti Naimi |
🟣 Aminuddin Baki
| Ketua Rumah | Wan Muqri Darwish bin Wan Maharedzal |
| Penolong Ketua Rumah | Nur Alisha Hana binti Yah @ Yahya |
Gaya Pengajaran
Waktu
Sesi PdP (pengajaran dan pembelajaran) di sekolah ini dijalankan pada setiap hari persekolahan. Pada hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 6.50 pagi setiap hari, para pelajar akan bergerak ke sekolah. Perhimpunan pagi diadakan setiap hari persekolahan pada pukul 7.00 pagi. Sesi PdP dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Pelajar akan diberi masa rehat dari pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi bagi pelajar menengah bawah (Tingkatan 1, 2 dan 3) manakala bagi pelajar menengah atas (Tingkatan 4 dan 5) akan rehat dari pukul 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. Pada waktu petang pelajar menengah rendah akan mengikuti kelas persediaan petang (kecuali jika ada guru ingin membuat kelas tambahan) manakala pelajar menengah atas akan mengikuti kelas tambahan mata pelajaran. Pada hari Jumaat, sesi persekolahan tamat pada pukul 12.30 tengah hari.
Kelas
Tingkatan 1
- Smart (DLP)
- Brilliant
- Perfect
- Intelligent (DLP)
Tingkatan 2
- Smart (DLP)
- Brilliant
- Perfect
- Intelligent (DLP)
Tingkatan 3
- Smart (DLP)
- Brilliant
- Perfect
- Intelligent (DLP)
Tingkatan 4
- Smart (Sains Agama + DLP)
- Brilliant (Sains Agama)
- Perfect (Sains Tulen)
- Intelligent (Sains Tulen + DLP)
Tingkatan 5
- Smart (Sains Agama + DLP)
- Brilliant (Sains Agama)
- Perfect (Sains Tulen)
- Intelligent (Sains Tulen + DLP)
Tawaran Mata Pelajaran
Menengah Rendah
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Islam
- Geografi
- Reka Bentuk dan Teknologi atau Asas Sains Komputer
- Pendidikan Muzik atau Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Bahasa Asing (German/Mandarin/Jepun)
Menengah Atas
| Kod | Mata Pelajaran |
|---|---|
| 1103 | Bahasa Melayu |
| 1119 | Bahasa Inggeris |
| 1249 | Sejarah |
| 1449 | Matematik (Mathematics) |
| 5227 | Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah |
| 5228 | Pendidikan Syariah Islamiah |
| 2361 | Bahasa Arab Tinggi |
| 4531 | Fizik (Physics) |
| 4541 | Kimia (Chemistry) |
| 4551 | Biologi (Biology) |
| 3472 | Matematik Tambahan (Additional Mathematics) |
| 6405 / 6407 / 6401 | Bahasa Antarabangsa (German, Mandarin, Jepun) |
| - | Pendidikan Jasmani dan Kesihatan |
| Kod | Mata Pelajaran |
|---|---|
| 1103 | Bahasa Melayu |
| 1119 | Bahasa Inggeris |
| 1249 | Sejarah |
| 1449 | Matematik (Mathematics) |
| 1223 | Pendidikan Islam |
| 4531 | Fizik (Physics) |
| 4541 | Kimia (Chemistry) |
| 4551 | Biologi (Biology) |
| 3472 | Matematik Tambahan (Additional Mathematics) |
| 6405 / 6407 / 6401 | Bahasa Antarabangsa (German, Mandarin, Jepun) |
| - | Pendidikan Jasmani dan Kesihatan |
Logo Sekolah

- Kuning : Lambang keperibadian mulia
- "I I I" : 'Iqra
- Buku : Sikap suka membaca
- Bulat : Kelahiran pemimpin masa depan di SBPI Temerloh
Lagu Sekolah
Berhemah tinggi pekerti terpuji
Bentuk peribadi nilai yang murni
Sopan santun dalam berbicara
Menjunjung tinggi cita-cita negara
Ilmu penyuluh hidup yang sempurna
Membaca jadikan amalan kita
Teras iman budi yang luhur
SBPI Temerloh Darul Makmur
Mari bersama kita berusaha
Bina insan cemerlang
Beramal bakti sentiasa
Menggapai hasrat murni negara merdeka
Berilmu cipta kejayaan
Keimanan benteng kejahilan
Beramal jadi kewajipan
Penampilan dijaga
Berdedikasi dan jati diri
Melahirkan insan bestari
Lahirkan insan bestari
Ikrar Murid INSOFT
Bahawasanya kami
murid Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Temerloh
berikrar dan berjanji
kepada ibu bapa,
guru-guru dan pengetua
iaitu menjadi tanggungjawab kami
untuk menjadi insan yang terpuji,
membantu orang lain menjadi lebih baik,
mewujudkan persekitaran yang bersih,
cantik dan harmoni
dengan sepenuh hati
dan tulus ikhlas
semata-mata kerana Allah swt
Kemudahan dan Infrastruktur
Pentadbiran
- Pejabat Pengetua
- Pejabat Pentadbiran
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Peperiksaan
- Bilik Disiplin
- Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Akademik
- Makmal Komputer
- Bilik Kuliah Al-Khawarizmi
- Bilik Seminar
- Bilik-Bilik Khas : Bilik Bahasa, Geografi, Sejarah, Seni Visual, Muzik dan Bilik-Bilik Bahasa Asing (German, Jepun, Mandarin)
- Makmal-Makmal Sains : Makmal Kimia, Makmal Biologi, Makmal Fizik, Makmal Sains 1 dan Makmal Sains 2
- Bengkel-Bengkel RBT
- Bilik Pembelajaran Abad 21
- Pusat Akses Internet
- Internet tanpa-wayar merangkumi bangunan sekolah
Sukan dan Kokurikulum
- Padang Ragbi
- Padang Bola Sepak
- Padang Petanque
- Gelanggang Badminton
- Gelanggang Bola Futsal
- Gelanggang Squash
- Gelanggang Takraw
- Gelanggang Bola Keranjang
- Gelanggang Bola Tampar
Fasiliti Khas
- Dewan Al-Falah
- Dataran Abu Bakar As-Siddiq
- Lobi Sekolah ( Serambi Jauhari )
- Ruang Legar ( Balai Cendekia )
- Perpustakaan Baitul Hikmah
- Koperasi Sekolah
- Kantin Darus Siqoyah
- Surau Al-Ghazali
- Aspura Harun Ar-Rasyid
- Aspuri Masyitah
- Dewan Makan (Aspura/Aspuri)
- Kuarters Kediaman Guru









