Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar | |
---|---|
Fail:IMG 20240811 184124 | |
Lokasi | |
KM4, Jalan Jemaluang 4, 86800 Mersing, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster |
Moto | Sepakat, Bestari, Progresif dan Inovatif |
Ditubuhkan | 24 Julai 2003 |
Nombor sekolah | +6077997754 |
Kod sekolah | JRA4001 |
Pengetua | Pn Nor Jaslina bt. Esa |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn Hjh Khatijah binti Awang |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Mohd Rozi bin Mohd Nor |
Penolong Kanan Kokurikulum | Tn. Mohd Zairi bin Mohd Nasuha |
Faks | +6077997892 |
Laman sesawang | https://www.facebook.com/SMSainsSultanIskandar/ |
Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI) atau lebih dikenali sebagai ISKANDAR, merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh di bawah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini pada asalnya merupakan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang kemudiannya ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing
Sejarah
Sebelum dinamakan Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar pada 21 Julai 2006, nama sekolah ini ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Mersing (SBPIM) yang pada asalnya ia didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama Sri Pantai. Dirasmikan oleh Sultan Johor yang diwakili oleh anakandanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, sekolah ini menukar nama kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar bersempena nama Sultan Johor ketika itu; Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
Ditubuhkan pada 24 Julai 2003, Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar dirancang secara design & built dibawah pengurusan Umi-Ross Project Management Sdn Bhd. Kemudian ditukar kepada Urus Budi Consult Sdn. Bhd. dan dimajukan oleh TETO Engineering Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama bersama Norwest Construction.
Tarikh penyerahan SMSSI ialah pada 24 Julai 2003 dengan syarat semua defect diperbaiki sebelum 1 Ogos 2003.
Geografi
Sekolah ini terletak di daerah Mersing, Johor, Malaysia dan berkoordinat 2°23′25.06″N 103°51′4.59″E / 2.3902944°N 103.8512750°E http://wikimapia.org/#lat=2.390271&lon=103.851142&z=18&l=0&m=b . Khususnya, ia terletak di Seri Pantai, 4 km dari Bandar Mersing, dan 120 km dari Bandaraya Johor Bahru. Terletak di Jalan Jemaluang, sekolah ini dikelilingi oleh kawasan kampung dan kehijauan alam sekitar seperti ladang kelapa sawit dan sebagainya. Sekolah ini dibina di atas kawasan berbukit yang menyebabkan kejadian banjir tidak pernah melibatkan sekolah ini.
Visi, Misi & Matlamat
Visi
Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Matlamat
- Berusaha menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada pelajar bagi memastikan kecemerlangan pelajar ke institusi pengajian tinggi.
- Mewujudkan iklim persekolahan yang konduksif dan budaya yang berkonsepkan “Sekolahku Rumahku Syurgaku”
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kecemerlangan bakat dan kepimpinan, sahsiah terpuji dan semangat patriotik yang padu dan bertanggungjawab.
- Menghasilkan pelajar yang progresif, inovatif dan bijaksana bagi merealisasikan Wawasan 2020.
- Menghayati kecemerlangan matlamat Sekolah Berasrama Penuh kepada seluruh warga Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar.
Lagu Sekolah
Sepakat Bestari Progresif Inovatif
Moto sekolah kami
Pelbagai aliran dengan satu visi
Bersama kita jayakan
Rukun Negara jadi pegangan
Falsafah Pendidikan jadi panduan
Harapan ibu bapa, guru kami tunaikan
Agar menjadi pelajar cemerlang
Marilah kita berusaha
Mantapkan diri, tingkatkan potensi
Ayuh putera puteri Integrasi Mersing
Mengorak langkah ke puncak jaya (2x)
Ciptaan: Azharuddin Abd Shukor (UPSI)
Logo Sekolah
Logo SMSSI telah dicipta oleh Cik Nor Azilah Kamis, guru Sejarah SMSSI pada 24 Januari 2004. Beliau juga merupakan antara guru terawal yang mendaftar di sekolah itu.
Makna Logo
Al-Quran dan Rehal: Penghayatan agama Islam ke arah kemapanan sahsiah.
Motar Board: Puncak kejayaan dan kecemerlangan akademik.
Peralatan Sains: Penerokaan dan penyelidikan ke arah mencapai wawasan diri, bangsa, agama dan negara.
Buku: Amalam membaca sebagai sumber ilmu pengetahuan.
Gerigi: Kepentingan pengetahuan Matematik dan Teknikal ke arah melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan progresif.
Bulatan: Pendidikan bersepadu dan menyeluruh.
Warna Biru: Kesetiaan, ketenangan dan penyayang.
Warna Jingga: Kegemilangan sahsiah melalui pengalaman dan nilai murni.
Warna Kuning: Warga berwawasan gemilang di bawah naungan Raja yang berdaulat.
Warna Hitam: Berdaya saing, kenal jati diri dan patriotik.
Akademik
Walaupun sudah menukar nama kepada Sekolah Menengah Sains, tetapi sistem masih sama seperti Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang lain. Integrasi bermaksud gabungan 3 pakej aliran yang ditawarkan kepada pelajar menengah atas (tingkatan 4 & 5) mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Bagi pelajar menengah rendah pula (tingkatan 1 hingga 3), aliran dan sukatan pelajarannya sama seperti pelajaran dan pembelajaran yang digariskan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk semua sekolah.
Bahasa Arab adalah mata pelajaran wajib untuk menengah rendah dan untuk bahasa asing yang lain seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun adalah pilihan sahaja.
2 Pakej Aliran Untuk Menengah Atas
Aliran Sains Tulen
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Fizik
- Biologi
- Sejarah
- Pendidikan Agama Islam
Aliran Sains Agama
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Fizik
- Biologi
- Sejarah
- Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab Tinggi
- Ilmu Tasawwuf
- Adab wal Balaghah
Pentadbiran
Pengetua
- Tn Hj Mohd Noor Abd Ghani (2003-2005)
- Tn Hj Aminuddin Adam (2005-2006)
- Tn Hj Hasan Topit (2006-2007)
- Tn Hj Idris Ahmad (2007-2010)
- Tn Hj Abu Othman Ibrahim (2010-2019)
- Tn Hj Zulkiflee Mohd Mustaffa (2020-2022)
- Pn Hjh Fazidah A. Sani (2022-2023)
- PN Nor Jaslina Esa (2023-kini)
Penolong Kanan Pentadbiran
- En Maon Marsini (2003-2010)
- Pn Fazidah A. Sani (2010-2020)
- Pn Hjh Khatijah Awang (2020-kini)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Cik Hjh Safiah Awang (2003-2009)
- En Ahmad Adnan Ahmad Aras (2009-2011)
- En Muhammad Yazid Abd. Wahab (2011-2017)
- Pn Saadah Abdul Majid (2018-2023)
- En Mohd Rozi bin Mat Noor (2023-kini)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
- En Sohimi Hasnan (2005-2008)
- En Ahmadi Abdullah (2008-2009)
- Pn Hjh Khatijah Awang (2009-2020)
- En Zairi Nasoha (2020-kini)
Enrolmen Warga SMSSI
(sehingga 3 Januari 2011)
- Pelajar: 441 orang
- Guru: 59 orang
- Kakitangan: 18 orang
- Kakitangan Swasta: 12 orang
- Pengawal Keselamatan: 9 orang
Rumah Sukan
- Éducation (Kuning)
- Informatique (Biru)
- Ingénierie (Merah)
- Médecine (Hijau)