Bahas Piala Perdana Menteri ataupun lebih dikenali sebagai Piala Perdana Menteri (PPM) merupakan pertandingan bahas sekolah yang tertua di Malaysia. Piala Perdana Menteri merupakan pertandingan bahas yang dianjurkan khusus untuk sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia[1].
Sejarah
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh bermula pada tahun 1974 di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Pertandingan ini dilancarkan bagi memenuhi hasrat Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, yang mahu melihat lahirnya bakat pemimpin yang dinamis, cerdas dan bijaksana dari Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.
Bahas Piala Perdana Menteri ini diadakan buat kali pertama pada tahun 1974 dan hanya 10 buah Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Kedah; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur; Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Datuk Abdul Razak, Negeri Sembilan; Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur; Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan; Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur; dan Kolej Islam Klang, Selangor. Maktab Tentera Diraja ialah Sekolah Berasrama Penuh yang tidak terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi pihak Pengelola Pertandingan Bahas bersetuju memasukkan maktab tersebut dalam pertandingan ini. MTD kekal menyertai Bahas Piala Perdana Menteri hingga kini.
Pada tahun 1975, bilangan Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian bertambah dari 10 kepada 18 buah. Pada tahun 1976, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis ikut serta dalam pertandingan ini. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, turut mengambil bahagian pada tahun 1977 menjadikan bilangan SBP yang mengambil bahagian sebanyak 20 buah semuanya.
Pada tahun 1984 dengan penubuhan lima buah Sekolah Menengah Sains yang baharu dan sebuah Sekolah Menengah Agama menjadikan sekolah yang mengambil bahagian menjadi 26 buah. Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu; Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak; Sekolah Menengah Sains Raub, Pahang; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Petaling Jaya; kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
Pada tahun 1997, pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) telah mengalami perubahan format. Bermula pada tahun 1997, format pertandingan perbahasan telah berubah kepada "Perbahasan Ala Parlimen".[2] Pertandingan ini sekali lagi mengalami perubahan apabila bermula 2017, Piala Perdana Menteri mula menggunakan sistem "power match swiss bracket"[3] yang mengambil model bahas World Schools Style debate .
Pada tahun 2015, sebanyak 70 buah SBP dan Maktab Tentera Diraja telah mengambil bahagian dalam pertandingan awal, suku akhir dan separuh akhir di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor selaku tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Ke-42. Dua sekolah terbaharu yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Kelantan.
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri kali pertama dianjurkan pada tahun 1974, dan tuan rumah edisi terakhir pada 2024 ialah Sekolah Menengah Sains Gua Musang dan Sekolah Menengah Sains Setiu.
Piala Pusingan Bahas Bahasa Melayu


Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu dihadiahkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. Reka bentuk piala ini dilukis dan direka oleh YBhg. Datuk Baharuddin bin Kasim, seorang arkitek dan Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor dan bekas murid Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak Darul Ridzuan. Piala ini diperbuat dari Perak Kelantan dan diukir oleh juruukir terkenal dari Kelantan. Kos pembuatan piala ini pada 1974 bernilai RM 7000.
Pada bahagian atas piala ini terdapat lapan bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut-mulut anggota pemidato. Reka bentuk bulan itu juga melambangkan bulatan dunia dan diterjemahkan sebagai luasnya pengetahuan yang perlu bagi seseorang yang ingin mengambil bahagian dalam peraduan bahas[4].
Piala Perdana Menteri Bahasa Inggeris dihadiahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. Piala yang diperkenal pada tahun 1990 ini masih kekal dalam bentuk dan ukuran sebagaimana Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu.[5]
Rekod
Pemenang kategori bahasa Melayu
Rekod Bahas Bahasa Melayu

Juara terbanyak sepanjang zaman
Sekolah | Tahun Kemenangan | Tahun Naib Juara | Bilangan Juara & Naib Juara |
---|---|---|---|
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) | 2003, 2005, 2008, 2009, 2013, 2017, 2024 | 2014, 2015 | Johan (7 kali)
Naib Johan (2 kali) |
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) | 1980, 1992, 1993, 1999, 2014, 2018 | 1975, 1996, 1998, 2000, 2023, 2024 | Johan (6 kali)
Naib Johan (6 kali) |
Kolej Islam Sultan Alam Shah / Kolej Islam Klang (KISAS / KIK) | 1975, 1976, 1978, 1983, 2002 | 1977, 1981, 1990 | Johan (5 kali)
Naib Johan (3 kali) |
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) | 1988, 1996, 2011, 2015 | 1986, 1991 | Johan (4 kali)
Naib Johan (2 kali) |
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) | 2000, 2001, 2004, 2006 | 2003, 2007 | Johan (4 kali)
Naib Johan (2 kali) |
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) | 1974, 1989, 1991, 2022 | 1988, 1992, 2018, 2019 | Johan (4 kali)
Naib Johan (4 kali) |
Rekod penampilan pentas akhir terbanyak
Sekolah | Tahun Penampilan Pertandingan Akhir | Bilangan |
---|---|---|
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) | 1975, 1980, 1992, 1993, 1996, 1998, 1999, 2000, 2014, 2018, 2023, 2024 | 12 kali |
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) | 2003, 2005, 2008, 2009, 2013, 2014, 2015, 2017, 2024 | 9 kali |
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) | 1975, 1976, 1977, 1978, 1981, 1983, 1990, 2002 | 8 kali |
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) | 1974, 1988, 1989, 1991, 1992, 2018, 2019, 2022 | 8 kali |
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) | 2000, 2001, 2003, 2004, 2006, 2007 | 6 kali |
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) | 1986, 1988, 1991, 1996 , 2011, 2015 | 6 kali |
Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) | 1979, 1980, 1982, 2010, 2012, 2019 | 6 kali |
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) | 1997, 1998, 1999, 2001, 2002 | 5 kali |
Rekod juara terbanyak era pra-Bahas Ala Parlimen (sebelum 1997)
Sekolah | Tahun Kemenangan | Bilangan Johan |
---|---|---|
Kolej Islam Sultan Alam Shah / Kolej Islam Klang (KISAS) | 1975, 1976, 1978, 1983 | 4 kali |
Sekolah Alam Shah (SAS) | 1974, 1989, 1991 | 3 kali |
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) | 1980, 1992, 1993 | 3 kali |
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin | 1987, 1990, 1994 | 3 kali |
Rekod juara terbanyak era Bahas Ala Parlimen (selepas 1997)
Sekolah | Tahun Kemenangan | Bilangan Johan |
---|---|---|
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) | 2003, 2005, 2008, 2009, 2013, 2017, 2024 | 7 kali |
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) | 2000, 2001, 2004, 2006 | 4 kali |
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) | 1999, 2014, 2018 | 3 kali |
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) | 2011, 2015 | 2 kali |
Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) | 2010, 2019 | 2 kali |
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) | 1997, 1998 | 2 kali |
Senarai pemenang kategori bahasa Inggeris
Rekod Bahas bahasa Inggeris

Juara terbanyak
Sekolah | Tahun Kemenangan | Tahun Naib Juara | Bilangan Juara & Naib Juara |
---|---|---|---|
Kolej Tunku Kurshiah (TKC) | 1977, 1989, 1992, 1993, 1994, 1995, 1996, 2002, 2003, 2011 | 1985, 1986, 1987, 2012, 2015, 2022 | Johan (10 kali)
Naib Johan (6 kali) |
Sekolah Seri Puteri (SSP) | 1974, 1975, 1976, 1980, 2009, 2018 | 1977, 1978, 1984, 1992, 2013 | Johan (6 kali)
Naib Johan (5 kali) |
Maktab Tentera Diraja (MTD) | 1987, 1990, 1991, 2001 | 1988, 1989, 1993, 1995, 1996, 2004, 2005, 2006, 2008 | Johan (4 kali)
Naib Johan (9 kali) |
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) | 2014, 2015, 2016, 2019 | 1981, 1982, 1983, 1990, 1991, 1997, 2018 | Johan (4 kali)
Naib Johan (7 kali) |
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) | 1982, 1983, 1984, 1988 | 2007, 2010, 2024 | Johan (4 kali)
Naib Johan (3 kali) |
Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) | 2007, 2013, 2023, 2024 | 2016 | Johan (4 Kali)
Naib Johan (1 Kali) |
Rekod penampilan pentas akhir terbanyak
Sekolah | Tahun penampilan pertandingan akhir | Bilangan |
---|---|---|
Kolej Tunku Kurshiah (TKC) | 1977, 1985, 1986, 1987, 1989, 1992, 1993, 1994, 1995, 1996, 2002, 2003, 2011, 2012, 2015, 2022 | 16 kali |
Maktab Tentera Diraja (MTD) | 1987, 1988, 1989, 1990, 1991, 1993, 1995, 1996, 2001, 2004, 2005, 2006, 2008 | 13 kali |
Sekolah Seri Puteri (SSP) | 1974, 1975, 1976, 1977, 1978, 1980, 1984, 1992, 2009, 2013, 2018 | 11 kali |
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) | 1981, 1982, 1983, 1990, 1991, 1997, 2014, 2015, 2016, 2018, 2019 | 11 kali |
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) | 1974, 1975, 1976, 1981, 2010, 2017, 2022, 2023 | 9 kali |
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) | 1982, 1983, 1984, 1988, 2007, 2010, 2024 | 7 kali |
Sekolah Tun Fatimah (STF) | 1986, 1997, 1998, 1999, 2003 | 5 kali |
Rujukan
- ^ "Our debating team vying for the world title". New Straits Times (dalam bahasa English). 9 Ogos 1996. Dicapai pada 21 November 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Najib dijangka rasmi Bahas Piala PM" (PDF). Berita Harian. 1 Oktober 1998.
- ^ http://anyflip.com/unzx/wgbm/basic
- ^ "PIALA PERDANA MENTERI, DIHADIAHKAN OLEH ALLAHYARHAM TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN; 18.07.1979". OFA Arkib Negara Malaysia. 1979-07-18. Dicapai pada 2024-11-21.
- ^ "EMPAT PASUKAN BAHAS REBUT PIALA PERDANA MENTERI". Bernama. 27 Julai 2010. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "SDAR wins Piala Perdana Menteri in debate". New Straits Times (dalam bahasa English). 12 Disember 1982. Dicapai pada 21 November 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "RTM, boleh tolong siar 'live' bahas Ahmad Maslan 41 tahun lepas?". Kosmo!. 23 September 2024. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "Pernah Bergelar Pembahas Terbaik Piala Perdana Menteri, Mampukah 3 Calon PRU15 Ini Menang?". Remaja.my. 2022-11-19. Dicapai pada 2024-11-21.
- ^ "Kuala Kangsar college wins PM's Debate Trophy". New Straits Times (dalam bahasa English). 21 Ogos 1992.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Karim, Nik Safiah (9 Oktober 2000). "Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 2000". Bernama. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "Kisas, TKC juara bahas Piala Perdana Menteri". Bernama. 29 September 2002. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "SMAP Kajang juara bahas Piala Perdana Menteri". Bernama. 9 Julai 2005. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kota Tinggi juara bahas". Berita Harian. 12 September 2004. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "SMAP KAJANG JUARAI KATEGORI B.MALAYSIA PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI". Bernama. 4 Julai 2008. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ Othman, Abdul Rashid (2006). "SMS Pokok Seba: juara bahas bahasa Melayu Piala Perdana Menteri". Jurnal Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ "SEKOLAH KLUSTER BAKAL SERTAI PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI". Bernama. 4 Julai 2008. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "SDAR DAN SSAS JUARA BAHAS PIALA PERDANA MENTERI". Bernama. 31 Julai 2010. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "SEKOLAH SERI PUTERI JUARA PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI KE-39". Bernama. 8 September 2012. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "Kemenangan berganda MCKK dalam pertandingan bahas". Utusan Malaysia. 29 Jun 2014. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "STAR DAN MCKK JUARA BAHAS PIALA PERDANA MENTERI". Bernama. 2 Ogos 2015. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING, MCKK JUARA BAHAS PIALA PERDANA MENTERI". Bernama. 31 Julai 2016. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG DAN SM SAINS KUCHING UTARA JUARA BAHAS PIALA PERDANA MENTERI". Bernama. 24 Mei 2017. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "SDAR, MCKK juara bahas PPM ke-46". Bebas News. 4 Ogos 2019. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ Azwan, Adlan Farhan (20 September 2022). "Sekolah Sultan Alam Shah muncul juara Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-47". Sinar Harian. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ Muhammad Jefri, Nurul Ameera (2023-09-19). "ASiS Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Kali ke-48". Dewan Bahasa. Dicapai pada 2024-11-21.
- ^ Asri, Suliati (22 September 2024). "Kemarau SMAPK berakhir". Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "KOLEJ TUNKU KURSHIAH MENANG DEBAT PIALA PERDANA MENTERI". Bernama. 19 Ogos 1992. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "Najib dijangka rasmi Bahas Piala PM" (PDF). Yayasan Kepimpinan Perdana. 1 Oktober 1998. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "SMAP Kajang, KTK juara Bahas Piala Perdana Menteri". Bernama. 20 September 2003. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ GR, Zim AZ (8 September 2012). "SEKOLAH SERI PUTERI WINS 39TH PRIME MINISTER'S CUP DEBATING CONTEST". Bernama (dalam bahasa English). Dicapai pada 21 November 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "STAR, MCKK EMERGE WINNERS IN 42ND PRIME MINSTER'S TROPHY DEBATE COMPETITION". Bernama (dalam bahasa English). 2 Ogos 2015. Dicapai pada 21 November 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING, MCKK JUARA BAHAS PIALA PERDANA MENTERI". Bernama. 31 Julai 2016. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "'Kami menang lagi'". Harian Metro. 31 Julai 2016. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "Sekolah Seri Puteri johan debat bahasa Inggeris". Berita Harian. 10 Oktober 2018. Dicapai pada 21 November 2024.
- ^ "Sarrah Salihan Dedikasi Kemenangan Debat PPM2018 Kepada SEMUA Perempuan". Remaja.my. 2018-07-23. Dicapai pada 2024-11-21.