Lokasi | Subang Jaya, Selangor, Malaysia |
---|---|
Koordinat | 3°04′56″N 101°35′08″E / 3.082119°N 101.585448°E |
Tarikh pembukaan | 13 Ogos 1988 |
Pengurusan | Hektar Property Services |
Pemilik | Hektar REIT |
Bil. tingkat | 3 |
Subang Parade merupakan kompleks membeli belah pertama di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Ia terletak berhampiran Wisma Consplant (dahulunya Wisma Tractors sehingga 1995) di SS16. Ia dibina antara 1987 dan 1988. Kompleks tersebut dirasmikan oleh Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah pada Mac 1988. Ia terletak tidak jauh dari Lebuhraya Persekutuan, dan berada dalam jarak berjalan kaki dari Masjid Darul Ehsan, Aeon Big (dahulunya dikenali sebagai Carrefour), Empire Shopping Gallery dan Stesen Komuter Subang Jaya.
Pada 2003, kompleks membeli belah ini dimiliki oleh Hektar Group.