Sabree Fadzil | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Taib Sabri bin Fadzim 19 Mei 1961 |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah filem |
Tahun aktif | 1985–1993, 2008–kini |
Pasangan |
|
Mohd Taib Sabri Bin Fadzim (lebih dikenali sebagai Sabree Fadzil; lahir 19 Mei 1961) ialah seorang pengarah, penerbit, dan pelakon lelaki Malaysia yang terkenal sekitar 80’an - 90’an.
Kerjaya
Beliau yang mula dikenali sebagai model sekitar awal 1980an kemudian diperkenalkan ke layar perak menerusi filem pertama berjudul Sayang pada 1987. Sejak itu kelibat aktor kacak ini sering menjadi perhatian di layar perak menerusi filem-filem box-office seperti Antara Dua Hati, Pelumba Malam, Bayangan Maut dan Sengketa Cinta.
Pada tahun 2008 Sabree muncul kembali dan mengarahkan sebuah filem berjudul Datin Ghairah. Filem ini dijangka tayangan pada tahun 2011. Sabree juga sempat muncul dalam filem arahan Hairie Othman berjudul 2 Alam memegang salah satu watak utama.
Kehidupan peribadi
Sabree pernah mendirikan rumahtangga bersama aktres Aznah Hamid dari 1988 hingga 1991 namun kemudian bercerai. Beliau kemudian berkahwin kali kedua dengan Habibah Hassan pada 2015.[1] Anak sulung beliau, Nadia Yasliza berkahwin dengan Mohd Hidayat Mohd Nasir, iaitu anak kepada penyanyi dan pelakon M. Nasir pada 25 Disember 2017.[2][3]
Filemografi
Filem
Sebagai pelakon
- Sayang (1987)
- Wira Angkasa (1987)
- Pernikahan Berdarah (1987)
- Pendekar Lembah Kuning (1988)
- Sumpah Keramat (Sumpah Pocong Lintang dan Bayu) (1988)
- Antara Dua Hati (1989)
- Pelumba Malam (1989)
- Bayangan Maut (1991)
- O.C.J. Operasi Cegah Jenayah (1992)
- Balada (1993)
- Sengketa Cinta (1993)
- 2 Alam (2010)
- Abuya (2011)
- Leftwings (2012)
- Tokak (2013)
- Kastil Tua (2015)
- Kerja Kahwin (2017)
Sebagai pengarah
- Sengketa Cinta (1993)
- Datin Ghairah (2010)
- Tokak (2013)
Drama
Sebagai pelakon
- Gerak Khas (peranan ulangan)
- Metro Skuad (pelakon undangan)
Krew
- Mat Moto (2016) - sebagai penerbit penyelaras eksekutif
Telefilem
Sebagai pelakon
- Nada Rindu (1992)
Anugerah dan pencalonan
- Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) Anugerah Bintang Popular 1988
- Bintang Harapan Festival Filem Malaysia ke-7- filem Sayang
- Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-8 - filem Pelumba Malam (Pencalonan)
- Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-11 - filem Sengketa Cinta (Pencalonan)
Rujukan
- ^ "Sabree Fadzil temui cinta baharu". Sinar Harian. 15 Jun 2015. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ "Datuk M Nasir, Sabree Fadzil berbesan". Sinar Harian. 25 Disember 2017. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Norliza Mohamad Zakaria (20 November 2007). "Kehidupan berumah tangga memori indah Sabree Fadzil". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 April 2018.