Fattah Amin | |
|---|---|
| Kelahiran | Abdul Fattah bin Mohd Amin 14 September 1990 |
| Pendidikan | Ijazah Pengurusan Industri Kreatif |
| Pusat pendidikan |
|
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, model, duta, usahawan, pengacara, pengarah |
| Tahun aktif | 2011–kini |
Karya | Filemografi |
| Ketinggian | 183 sentim (72 in) [1] |
| Pasangan | Nur Fazura (k. 2017; c. 2024) Amira Othman (k. 2025) |
| Anak-anak | Nur Fatima Aisya |
| Ibu bapa |
|
| Keluarga | Raihan (adik) Farhan (adik) Fazira (adik) Farhanah (adik) Sabrina Ali (sepupu) Rizal Ashreff (sepupu) Irfan Haris (adik ipar) |
Abdul Fattah bin Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin (lahir 14 September 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot, Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella dan Amry dalam Ganjil.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 14 September 1990 Masihi bersamaan 24 Safar 1411 Hijrah dan dibesarkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Keluarga beliau berasal dari Bagan Datuk Perak dan kini menetap di Shah Alam. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memperoleh ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif. Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Antara adik beliau ialah Farhana dan Farhan. Kepada pasangan Mohd Amin bin Musa (lahir 7 Jun 1966) dan Azizah binti Abdul Ghani (lahir 30 Ogos 1968), Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
Kerjaya
2011–2014: Penglibatan awal dan Playboy Itu Suami Aku
Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam ialah bapa saudara Fattah menerusi pertalian saudara melalui bapanya. Namun, tanpa mahu terlalu berharap kepada Skop Productions, beliau cuba masuk dalam industri dengan bekerja sebagai kru penggambaran.[2] Sepupunya, pelakon dan pengarah Syafiq Yusof menawarkannya menjadi kru untuk filem SAM: Saya Amat Mencintaimu lakonan Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Syamsul Yusof pada tahun 2011.[3][4]
Setelah itu, beliau bekerja untuk produksi drama Gerak Khas ketika masih menunutut di kolej. Fattah mula bergiat aktif dalam bidang lakonan menerusi watak tambahan dalam siri drama televisyen Memberku Hawa bersama pelakon utamanya, Nad Zainal. Daripada situ, beliau cuba berjinak sebagai pelakon secara suka-suka.
Fattah menjadi salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Ben Amir, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan Hafreez Adam, sekaligus beliau merangkul gelaran juara.[5]
Filem pertama Fattah ialah Manisnya Cinta Di Cappadoccia arahan Bernard Chauly sebagai watak tambahan bernama Farhan pada tahun 2014 yang mana mempertemukan Fattah dengan pelakon Nur Fazura yang menjadi pelakon utama filem tersebut.
Beliau mula meniti puncak kemasyhuran menerusi drama Playboy Itu Suami Aku lakonan bersama Nur Risteena yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama. Fattah memegang watak sebagai Adrian Benjamin. Setelah penampilan sulungnya dikritik kerana kurang persediaan sebagai pelakon, Fattah menunggu selama dua tahun untuk membuktikan bakatnya. Risteena juga berdepan dengan situasi sama.[6][7]
2015–2016: Hello, Mr. Perfect! dan Gerak Khas
Pada tahun 2015, nama Fattah diterima umum sebagai pelakon kerana peningkatan yang ditonjolkannya dalam beberapa drama seperti Bencinta, Plan Cinta Tak Jadi serta berpeluang mengembangkan bakat ke Indonesia menerusi telefilem Ku Kejar Cinta Ke Malaysia dan From Hater To Lover.[8]
Pada November 2015, Fattah tampil dengan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh arahan Syafiq Yusof yang menggandingkan beliau bersama Chacha Maembong, turut dibintangi oleh A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari planet Marikh iaitu Nova (Chacha).[9] Fattah muncul bersama Ruhainies dalam siri drama adaptasi novel Hello, Mr. Perfect!; Fattah memegang watak Izzul Islam yang mengisahkan Ariff dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin.[10]
Pada tahun 2016, Fattah telah dipilih untuk menjayakan watak Inspektor Haikal dalam siri drama polis Gerak Khas.[11] Beliau digandingkan bersama Mira Filzah sebagai bintang utama siri TV waktu perdana TV3, Ketupat Palas Mr. Handsome; Fattah memegang watak sebagai Kruz, seorang pemuda yang lahir daripada keluarga berada.[12]
Beliau memegang watak sebagai Kapten Ejaz Fakhri dalam drama Suri Hati Mr Pilot yang menggandingkan beliau bersama Neelofa. Drama tersebut menjadi fenomena dengan mendapat sambutan hangat setiap minggu dan mendapat pemeringkatan tertinggi iaitu 5 juta tontonan dan telah direkodkan sebagai antara drama dengan pemeringkatan tertinggi di Malaysia.[13][14][15]
2017: Hero Seorang Cinderella dan My Coffee Prince
Fattah memasuki set drama Hero Seorang Cinderella yang menggandingkannya dengan pelakon, Nur Fazura pada awal April 2017. Beliau yang membawa watak Tengku Ian Uzzam, seorang usahawan yang pulang ke tanah air bagi melaksanakan sebuah rancangan, bertemu dengan Nura Medina, seorang pelajar universiti, yang dilakonkan oleh Fazura. Niat asalnya untuk membantu merapatkan tali persaudaraan antara sahabatnya, Farrizam dengan Medina, telah menghasilkan pertemuan demi pertemuan dengan Medina hingga menimbulkan perasaan cinta antara mereka. Drama ini telah mencetuskan fenomena luar biasa bagi peminat drama tanah air, hasil daripada gandingan mantap dan serasi antara Fattah dan Fazura yang akhirnya menyatukan mereka sebagai suami isteri yang sah dalam kehidupan sebenar. Drama ini mendapat catatan carian Google tertinggi untuk carta drama tempatan untuk tahun 2017, dan disahkan menjadi drama yang mempunyai permintaan tertinggi di laman sesawang Kepala Bergetar.[16][17]
Pada 27 November 2017, Fattah digandingkan bersama Janna Nick dalam drama My Coffee Prince yang berdasarkan daripada drama Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince di Astro Ria.[18][19][20]
2018–kini: Kejayaan arus perdana
Filem terbaru beliau, KL Special Force arahan Syafiq Yusof ditayangkan pada 8 Mac 2018 yang mana Fattah memegang watak sabagai ASP Zul, pegawai baru Unit Tindakan Khas (UTK).[21] Bagi menjayakan watak ASP Zul, beliau melakukan beberapa aksi lasak dan ekstrem sendiri untuk filem tersebut.[22][23] Fattah dalam satu temu ramah bersama Berita Harian berkata impian untuk bekerja bersama pelakon senior Datuk Rosyam Nor menjadi kenyataan dalam filem ini: "Memang saya teruja dapat berlakon dengan idola yang saya ikuti setiap lakonannya sejak di bangku sekolah. Sepanjang di lokasi, beliau seorang aktor berpengalaman yang tidak kedekut berkongsi ilmu."[24]
Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Fattah menjayakan peranan utama sebagai Awang dalam filem biopik sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mengisahkan perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Adi Putra, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Yayan Ruhian, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.[25][26][27]
Fattah melancarkan lagu Raya pertamanya, bertajuk "Syawal Kali Ini" ciptaan Aizat Amdan dan lirik oleh Mel Ramlan.[28] Beliau disenaraikan sebagai salah seorang daripada 100 Lelaki Paling Seksi di Dunia oleh portal hiburan Filipina, Starmometer. Beliau ialah satu-satunya selebriti Malaysia yang disenaraikan dalam senarai itu.[29]
Kehidupan peribadi
Fattah berpangkat cucu saudara kepada penerbit, pengarah dan pelakon lagenda Dato Yusof Haslam melalui bapanya. Ini menjadikan Fattah sebagai anak saudara kepada adik-beradik pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof.
Fattah mengakui tidak mempunyai ramai teman rapat dalam kalangan artis. Beliau dilihat sering bersama penyanyi popular Aizat Amdan dan juga pelakon Alvin Chong ketika masa senggang mereka.
Fattah dikatakan pernah bercinta dengan pelakon, usahawan dan pengacara Neelofa sejak mereka berdua digandingkan bersama dalam drama Suri Hati Mr. Pilot yang mencetuskan fenomena dengan mencapai rating tertinggi pada setiap minggu. Drama ini turut dikatakan menjadi drama rating tertinggi di Astro. Hubungan rapat mereka dikatakan hanya bertahan beberapa bulan sahaja dan tamat selepas drama itu berakhir.
Selain itu, desas-desus mengenai keintiman hubungan antara Fattah dan pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura telah mula diperkatakan sejak penggambaran drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria sehingga mewujudkan fenomena "Fattzura" iaitu gabungan nama Fattah dan Fazura.[30] Mereka sering menyatakan sokongan dan galakan terhadap satu sama lain dan selalu hadir dalam sesuatu majlis bersama-sama. Lebih menguatkan dakwaan adanya hubungan istimewa itu adalah apabila mereka hadir bersama-sama ke acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 di mana Fattah memenangi anugerah Bintang Paling Popular ABPBH30.
Pada 23 November 2017, Fattah mengesahkan bahawa beliau dan Fazura telah bertunang pada 13 November. Pasangan itu membuat pengumuman rasmi dalam satu sidang media khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga mereka. Mereka berkahwin dalam majlis secara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kawan rapat pada 27 November 2017, di sebuah hotel di Kuala Lumpur.[31][32]
Datuk beliau, Musa Omar meninggal dunia pada 7 Jun 2019, iaitu jatuh kepada Hari Raya ketiga.[33][34]
Pada 2 Oktober 2020, Fattah bersama isteri, Fazura menyambut kelahiran anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya selepas hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga. [35]
Pada 13 September 2024, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah. Pada 25 September 2024, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menangguhkan Kes Perceraian Nur Fazura dan Fattah Amin ke 7 Oktober 2024.
Selepas hampir setahun menduda, Fattah kembali bergelar suami apabila berkahwin dengan Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara pada 14 September 2025 bersempena hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-35 di Golden Palm Tree Resort, Sepang, Selangor.[36]
Filemografi
Diskografi
| Tahun | Tajuk lagu |
|---|---|
| 2013 | "Darjat" |
| "Getar Jiwa" | |
| "Love" | |
| "Sumpah Aku Cinta Padamu" | |
| 2015 | "Hero Untukmu" (Duet bersama Sherry Ibrahim & RJ) |
| 2017 | "Wanita Terakhir" |
| "Cinderella" (Duet bersama Nur Fazura) | |
| "Wanita Terindah" | |
| "1234U" | |
| 2018 | "Syawal Kali Ini" |
| "Isterimewa" | |
| 2019 | "Paling Sempurna" (Duet bersama Nur Fazura) |
| 2020 | "Bebas" |
| "Sinar Selawat" | |
| 2021 | "Hamba" (Duet bersama Kmy Kmo) |
| 2022 | "Padamu" |
| 2024 | "Bertahan Demi Cinta" (Duet bersama Nur Fazura) |
| 2025 | "Lelaki Terakhir" |
Videografi
Muzik Video
| Tahun | Lagu | Penyanyi |
|---|---|---|
| 2015 | "Sorry-Sorry Sayangku" | Nomad |
| "Aku Sayang Kamu" | Harrisa Adlynn | |
| 2017 | "Bisa Apa" | Nur Fazura |
| 2025 | "Bila Nak Kahwin?" | Amira Othman |
Penajaan
| Tahun | Produk | Nota |
|---|---|---|
| 2015 | SAFI Men | |
| 2016 | Far8 by Altelia Amani | |
| OLIcandy | ||
| AJ DE' PARFUM | ||
| OPPO R9s | ||
| 2017 | Maydan | |
| KING Koil - Prince Collection | ||
| OPPO F5 | ||
| 2018 | Maybank Debit Card | |
| Toyota C-HR | ||
| 2019 | OPPO F11 Pro | |
| Shell Advance |
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2011/2012 | Hero Remaja | Juara Pencarian Hero Remaja | — | Menang |
| 2016 | Anugerah MeleTOP Era ke-3 | Fesyen MeleTOP | Tercalon | |
| Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-3 | Aktor Pilihan | Hello Mr. Perfect | Tercalon | |
| Pasangan Pilihan (bersama Ruhainies) | Tercalon | |||
| Anugerah Pilihan Online | Lelaki Tampan Pilihan Dnars | — | Tercalon | |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | ||
| Anugerah Stail EH! | Selebriti Lelaki Paling Seksi | Menang | ||
| Anugerah Melodi ke-3 | Personaliti Drama Melodi | Menang | ||
| Anugerah Telenovela | Pelakon Baharu Paling Popular (Lelaki) | Hello Mr. Perfect | Menang | |
| Maskulin Choice | Best Issue – Ogos | — | Menang | |
| 2017 | Anugerah Throwbaek Drama | Hero Throwbaek | Suri Hati Mr. Pilot | Menang |
| Kapel Throwbaek (bersama Neelofa) | Menang | |||
| Anugerah MeleTOP Era ke-4 | Pelakon TV MeleTOP | Menang | ||
| Bintang Online MeleTOP | — | Menang | ||
| Fesyen MeleTOP | Menang | |||
| Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki) | Menang | |||
| Anugerah Buku Negara | Buku Popular | 99 Kata-Kata #Qalifmoden | Menang | |
| Anugerah Stail EH! | Selebriti Lelaki Paling Seksi | — | Tercalon | |
| Selebriti Lelaki Paling Bergaya | Menang | |||
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Bintang Paling Popular | Menang | ||
| Pelakon TV Lelaki Popular | Menang | |||
| Gandingan Serasi Drama (bersama Neelofa) | Suri Hati Mr. Pilot | Menang | ||
| Artis Sensasi | — | Menang | ||
| Anugerah InTrend | Lelaki Dambaan | Tercalon | ||
| Wajah Sampul Popular | Menang | |||
| Hot FM Top Hot | Penyanyi Lelaki Hot | Tercalon | ||
| Penyanyi Baru Hot | Tercalon | |||
| Anugerah Telenovela | Pelakon Lelaki Popular | Suri Hati Mr. Pilot | Menang | |
| Pelakon Lelaki Sensasi | — | Menang | ||
| 2018 | Anugerah MeleTOP Era ke-5 | Fesyen MeleTOP | — | Tercalon |
| Pelakon TV MeleTOP | Hero Seorang Cinderella | Tercalon | ||
| Anugerah Telenovela | Pelakon Telenovela Lelaki Popular | Hero Seorang Cinderella | Tercalon | |
| Pelakon Filem Lelaki Popular | Wanita Terindah | Tercalon | ||
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Menang | |
| Pasangan Serasi Drama (bersama Nur Fazura) | — | Tercalon | ||
| Artis Sensasi | — | Tercalon | ||
| 2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pelakon Lelaki Harapan | KL Special Force | Tercalon |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Menang | |
| 2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aktor Filem Popular | — | Tercalon |
| 2024 | Anugerah Seri Angkasa 2024 | Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik | Matahari Tak Bercahaya | Tercalon |
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Anugerah Selebriti Maskulin Terhangat | — | Menang |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktor Filem Popular | — | Menang | |
| Aktor TV Popular | — | Tercalon | ||
| Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Nur Fazura) | — | Tercalon | ||
| Arti Kontroversi Popular | — | Menang |
Rujukan
- ^ Makan Empat Kali Sehari, Badan Fattah Amin Naik 20kg Astro Gempak (10 Ogos 2016). Dicapai pada 11 Ogos 2016.
- ^ Farizan Zainal (8 Mac 2018). "Fattah Amin Kerja Angkat Pasir Sebelum Popular". Rotikaya. Dicapai pada 13 Mei 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (25 Januari 2017). "Fattah Amin pernah jadi budak props". Berita Harian. Dicapai pada 31 Januari 2017.
- ^ "Fattah Amin pernah jadi tukang kipas Shaheizy Sam". Illuminasi. 10 Mac 2017. Dicapai pada 13 Mei 2017.
- ^ Wan Nasrah Abdul Rahim (23 September 2012). "Fattah dinobat Hero Remaja". Sinar Harian. Dicapai pada 13 Mei 2018.
- ^ "Finalis Hero Remaja 2012, Fattah Amin Playboy?". Oh Bulan!. 8 November 2013. Dicapai pada 13 Mei 2018.
- ^ "Fattah jawab komen negatif". Kosmo!. 10 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-14. Dicapai pada 13 Mei 2018.
- ^ Nurfarhana Mohamed (29 Oktober 2014). "Fattah tidak 'kayu' lagi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Mei 2018.
- ^ Fattah lebih positif Diarkibkan 2018-04-19 di Wayback Machine Kosmo! (2 Oktober 2014). Diperoleh pada 19 April 2018.
- ^ "A.Aida beri peluang". Utusan Malaysia. 20 Oktober 2015. Dicapai pada 20 Mei 2018.
- ^ "Fattah Amin Jadi Anggota Polis Dalam Gerak Khas Musim Terbaru". Ramen Pedas. Februari 2016. Dicapai pada 19 Januari 2017.
- ^ ‘Pelakon kayu’ dorong Fattah Amin tingkatkan mutu lakonan Berita Harian. Dicapai pada 19 Mei 2018.
- ^ "Dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin dan Neelofa memang bercinta". Utusan Malaysia. 14 Oktober 2016. Dicapai pada 19 Januari 2017.
- ^ Farhana Fuad (1 November 2016). "Penangan Drama Suri Hati Mr.Pilot". EH!. Dicapai pada 19 Januari 2017.
- ^ Aishah Aziz (15 November 2016). "Fattah Akui Terkejut Dengan Fenomena Suri Hati Mr. Pilot". Rojak Daily. Dicapai pada 19 Januari 2017.
- ^ 10 Drama Melayu Paling Tinggi Carian Di Google 10 drama Melayu paling tinggi carian di Google 2017
- ^ Kepala Bergetar Kata Fattah & Fazura Paling Popular
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (20 Julai 2017). Fattah Amin Seperti Gong Yoo, Layak Jadi Hero ‘Coffee Prince’ Diarkibkan 2017-11-28 di Wayback Machine mSTAR Online. Diperoleh pada 27 November 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (17 Julai 2017). "Drama 'Coffee Prince' terus kecoh". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mei 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (2 Ogos 2017). "Coffee Prince milik Fattah Amin". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mei 2018.
- ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
- ^ Aref Omar (7 Mac 2018). "Fattah recalls humble beginnings". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mac 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (12 Februari 2018). "Kegagahan Fattah Amin dalam KL Special Force". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (16 Jun 2016). "Impian Fattah kongsi layar dengan Rosyam jadi kenyataan". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2018.
- ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Budiey (28 Mac 2018). "Video Fattah Amin Gigih Bersilat Untuk Filem MAT KILAU". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Mei 2018.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (9 Jun 2018). "Rentak tradisional, moden seimbang". Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2018.
- ^ Syahirah Mokhtazar (21 Disember 2018). "#Showbiz: Fattah Amin on the 100 Sexiest Men in the World list". New Straits Times. Dicapai pada 21 Disember 2018.
- ^ Angelin Yeoh (23 November 2017). "Celebrity couple Fazura and Fattah announce wedding engagement". The Star Online. Dicapai pada 24 November 2017.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (27 November 2017). "Fattah, Fazura diijab kabul". Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ Farihad Shalla Mahmud & Zaidi Mohamad (27 September 2017). "Fattah, Fazura terus berteka-teki". Berita Harian. Dicapai pada 11 November 2017.
- ^ Feride Hikmet Atak (9 Jun 2019). "Fattah Amin kehilangan datuk". Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2019.
- ^ "Fattah Amin sebak dengan pemergian 'Atok'". Astro Awani. 9 Jun 2019. Dicapai pada 9 Jun 2019.
- ^ Najiy Jefri (2 Oktober 2020). Fazura, Fattah Amin dikurnia bayi perempuan Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
- ^ Sallehuddin, Serimah Mohd (2025-09-14). "Fattah, Amira nikah dalam suasana matahari terbenam, malam ini". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-14.
Pautan luar
- Nama pengguna X sama seperti Wikidata
- Kelahiran 1990
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Pelakon Melayu
- Pelakon lelaki Malaysia
- Peragawan Malaysia
- Penyanyi lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Alumni Universiti Teknologi MARA
- Alumni Universiti Utara Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Peserta Hero Remaja








