Pulang | |
---|---|
Pengarah | Kabir Bhatia |
Penulis | Mira Mustaffa Ahmad Izham Omar |
Dihasilkan oleh | Irene Mariena Mohamad Tengku Iesta Tengku Alaudin (eksekutif) Nor Shahila Harun Shah (eksekutif) |
Dibintangi | Remy Ishak Puteri Aishah Azrel Ismail Erwin Dawson Alvin Wong Jalaluddin Hassan |
Sinematografi | Zambree Harras |
Disunting oleh | Kabir Bhatia |
Muzik oleh | Aubrey Suwito |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 26 Julai 2018 |
Masa tayangan | 120 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bajet | RM6 juta |
Pecah panggung | RM2.3 juta |
Pulang merupakan sebuah filem drama biografi sejarah Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia[1] diilhamkan suatu kisah peristiwa benar yang berlaku pada tahun 1940-an, filem ini dibintangi Remy Ishak dan Puteri Aishah yang memegang watak utama[2] dibantu oleh Azrel Ismail, Erwin Dawson dan Jalaluddin Hassan. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara Malaysia pada 26 Julai 2018.[3][4]
Harian Metro menyenaraikan Pulang sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[5]
Sinopsis
Sekitar tahun 1940-an semasa Jepun menakluk Tanah Melayu,[6] Othman, seorang kelasi kapal yang ingin mengubah nasib dan kehidupan keluarganya dengan mengikuti pengembaraan berlayar ke merata dunia. Sebelum berlayar, dia telah berjanji yang dia akan pulang dengan membawa kekayaan untuk isterinya Che Thom dan anak lelaki mereka, Omar. Dengan penuh kesabaran, isterinya akur dengan kepergiannya dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.
Barisan pelakon
Pelakon utama
- Remy Ishak sebagai Othman
- Puteri Aishah sebagai Che Thom
Pelakon pembantu
- Azrel Ismail sebagai Omar
- Iman Haidar sebagai Omar (6 tahun)
- Idan Aedan sebagai Omar (11 tahun)
- Jalaluddin Hassan sebagai Omar (50an)
- Erwin Dawson sebagai Ahmad
- Juliana Evans sebagai Alia
- Rahim Razali sebagai Jamil (90an)
- Aida Khalida sebagai Jaybah
- Syazuwan Hassan sebagai Cikgu Hassan
- Alvin Wong sebagai Lum
- Sherry Al Jeffry sebagai Thom (70an)
- Winnie Thye sebagai Mamasan
- Doppo Watanabe sebagai Pegawai Jepun
- Sean Allan Perry sebagai Kapten Inggeris
- Akmal Ahmad sebagai Karim
- Nur Akhtar Mohamad Amin sebagai Salmah
- Naza Abdul Manas sebagai Taib
- Rosli Sako sebagai pemberi maklumat
- Geoff Andre Feyaerts sebagai Pelayar
Pembikinan
Penerbitan
Pulang berdasarkan dari satu kisah benar seorang kelasi kapal pada 1940-an. Ia diarahkan oleh Kabir Bhatia, pengarah filem kelahiran India yang terkenal dengan filem seperti Cinta (2006), Setem (2009) dan Nur Kasih The Movie (2011).[7] Skrip filem ini ditulis oleh isteri Kabir, Mira Mustaffa. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM 6 juta, manakala kos bagi imej janaan komputer dilaporkan berjumlah RM2 juta.[8][9]
Idea asal filem ini telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar yang mana ia berdasarkan suatu peristiwa sebenar memuatkan unsur-unsur dramatik dan turut menampilkan kisah yang pastinya cukup tragis dalam zaman yang berbeza, ia turut menampilkan zaman penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.[6]
Pemilihan pelakon
Semua pelakon yang terlibat menjalani sesi uji bakat yang dijalankan oleh Kabir bagi memilih pelakon yang sesuai melakonkan watak masing-masing. Azrel Ismail yang terkenal dengan peranan drama dan telefilem, memegang watak sebagai Omar; Azrel mengakui impian berlakon bersama Remy Ishak menjadi kenyataan dalam filem ini dan teruja kerana dapat bekerja di bawah arahan Kabir. Bekas alumni Dewi Remaja 2014/15, Puteri Aishah memegang watak sebagai Che Thom; Pulang ialah filem sulung lakonannya.[10] Puteri berkata: "Berpeluang bergandingan dengan Remy juga satu pengalaman yang cukup berharga buat saya. Malah, saya memang memberi komitmen 100 peratus terhadap pembikinan cerita ini dan sentiasa terbawa-bawa watak saya ketika penggambaran Pulang,".[11] Remy yang sebelum ini berlakon dalam beberapa filem arahan Kabir, memegang watak sebagai Othman; beliau pada mulanya merasakan skripnya bagus dan masih tidak dapat membayangkan bagaimana teknik imej janaan komputer (CGI) akan digunakan. Untuk filem ini, beliau berkampung selama dua minggu di Terengganu.[12]
Keluaran
Promosi
Sebelum tayangan perdana rasmi, treler rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Primeworks Studios pada 27 Jun 2018.[13] Manakala, di belakang tabir filem ini disiarkan di TV3 dan TV9.
Bagi mempromosikan filem ini, rancangan dokumentari TV3, Majalah 3 menyiarkan kisah sebenar di sebalik penerbitan filem ini pada 6 Ogos 2018.[14][15]
Sambutan
Kutipan panggung
Pulang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 Julai 2018. Dalam tempoh kurang seminggu tayangan rasminya, Pulang berjaya mencatat kutipan panggung melebihi RM1 juta.[16]
Ulasan kritis
Pulang menerima ulasan positif dan bercampur-campur. Mohd Haikal Isa dari Kosmo! mendapati kekuatan sinematografi filem ini terletak pada kekuatan persembahan setiap pelakonnya. Beliau turut memuji kebijakan Kabir yang menggunakan "magis sinematografinya dari pembukaan hingga penamat filem".[17] Haizir Othman dari Malaysiakini mendapati filem ini merupakan "kisah misteri perasaan orang Melayu yang kompleks dan sukar diduga seperti dalamnya lautan" dan mempunyai persamaan dengan kegagalan komunikasi antara Zainuddin dengan Hayati selepas kematian Aziz dalam kisah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka.[18] Salman Sazali dari The Vocket berkata: "Pulang akan mengajar anda erti penantian, di mana satu pihak terpaksa menunggu insan yang disayanginya hari demi hari tanpa mengetahui bila kekasih hatinya akan pulang."[19] Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online pula berkata: "Memang tidak dinafikan kekuatan cerita filem Pulang tetapi disebabkan kelemahan aspek teknikal menyebabkan ia menjadi sedikit cacat.[20]
Maklum balas
Menurut Ahmad Izham Omar, beliau merasa sebak kerana sambutan positif daripada penonton tempatan di laman sosial. Filem ini berjaya menduduki tangga kelima teratas di Twitter menerusi tanda pagar #PulangTheMovie.[21]
Adaptasi novel
Sebuah novel adaptasi filem dengan tajuk sama telah ditulis oleh novelis terkenal, Lily Haslina Nasir, dan diterbitkan oleh hasil kerjasama Primeworks Studios dan Penerbitan Karyaseni. Novel ini dikeluarkan pada Mei 2018 dan telah dikeluarkan sebanyak 8,000 cetakan dan boleh dibeli menerusi aplikasi Karyaseni dan Lazada.[22][23]
Muzik
Komposer dan penerbit muzik terkenal, Aubrey Suwito diberi kepercayaan mencipta skor muzik.[24]
"Layarlah Kembali" | |
---|---|
Single oleh Dayang Nurfaizah | |
daripada album Dayang Nurfaizah | |
Dilancarkan | 7 April 2017 |
Dirakamkan | 2017 |
Format | Video atas permintaan |
Genre | Balada |
Panjang | 4:31 |
Syarikat | Monkey Bone Records |
Pengedar | Netflix |
Penulis | Ad Samad |
Penerbit | Aubrey Suwito |
sunting · sunting di Wikidata |
Runut bunyi rasmi bagi filem Pulang ialah "Layarlah Kembali" nyanyian Dayang Nurfaizah,[25] dikeluarkan pada 7 April 2017 oleh Monkey Bone Records dan boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes[26] dan penstriman digital di Spotify.[27]
Format dan senarai runut
Muat turun digital[26] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Penyanyi | Masa | ||||||
1. | "Layarlah Kembali" | Aubrey Suwito, Ad Samad | Dayang Nurfaizah | 4:31 | ||||||
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 7 April 2017 | Muat turun digital[26] Penstriman digital[27] |
Monkey Bone Records |
Anugerah dan pencapaian
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Filem Terbaik | Pulang | Tercalon |
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pelakon Lelaki Terbaik | Remy Ishak | Tercalon |
Pelakon Wanita Harapan | Puteri Aishah | Tercalon | ||
Sinematografi Terbaik | Zambere Haras | Tercalon | ||
Cerita Asal Terbaik | Ahmad Izham Omar & Omar Othman | Tercalon | ||
Kostum/Busana Terbaik | Hasnan Yaakob | Tercalon | ||
Penataan Bunyi Terbaik | Imaginex Studio Sdn Bhd | Menang | ||
Penataan Seni Terbaik | Tunku Tommy Mansur & David Manjit | Tercalon | ||
Penyunting Terbaik | Kabir Bhatia, A. Samad Hassan & Naeim Ghalili | Tercalon | ||
Skor Muzik Terbaik | Aubrey Suwito | Tercalon | ||
Anugerah MeleTOP Era 2019 | Filem MeleTOP | Pulang | Tercalon |
Rujukan
- ^ Arina Azlan (3 Julai 2018). "Kisah cinta 61 tahun dalam Pulang". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 29 Julai 2018.
- ^ Aqmar Mustaza (19 Jun 2018). "Pulang, satukan Remy Ishak & Puteri Aishah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 10 Julai 2018.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (3 November 2016). Inspirasi kisah benar kelasi kapal Diarkibkan 2018-07-08 di Wayback Machine Harian Metro. Diperoleh pada 8 Julai 2018.
- ^ Filem Pulang temui peminat di pawagam hari ini Utusan Borneo (26 Julai 2018). Diperoleh pada 2 Ogos 2018.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Disember 2018). "Filem tempatan pecah panggung 2018". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2018.
- ^ a b Salma Syahbuddin (5 Februari 2018). "Pulang, filem berprofil tinggi 2018". XTRA. Dicapai pada 10 Julai 2018.
- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (7 Oktober 2016). Indian director Kabir Bhatia returns with new Malaysian film, Pulang New Straits Times. Diperoleh pada 8 Julai 2018.
- ^ Nur Asyikin Ayudin (19 Julai 2018). "Kos CGI 'Pulang' telan belanja RM2 juta". mStar Online. Dicapai pada 24 Julai 2018.
- ^ Ridzwan Abdul Rahman (26 Jun 2018). "CGI 'Pulang' dinanti peminat". Harian Metro. Dicapai pada 26 Julai 2018.
- ^ "Filem kisah sebenar seorang kelasi kapal". Kosmo!. 13 Ogos 2017. Dicapai pada 24 Julai 2018.
- ^ "Remy Ishak, Puteri Aishah berdebar nantikan sambutan filem 'Pulang'". Berita Harian Singapura. 20 Jun 2018. Dicapai pada 24 Julai 2018.
- ^ Arini Saleh (26 Jun 2018). "Berdasarkan Kisah Benar, Ini 5 Fakta Korang Wajib Tahu Sebelum Tonton Pulang". Oh! Bulan. Dicapai pada 24 Julai 2018.
- ^ Pulang (Official Trailer HD): Di pawagam 26 Julai 2018. YouTube. Diperoleh pada 8 Julai 2018.
- ^ "Majalah 3 singkap kisah sebenar Pulang". Berita Harian. 5 Ogos 2018. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
- ^ "Kisah di sebalik Pulang". Harian Metro. 5 Ogos 2018. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
- ^ Mohd Haikal Isa (31 Julai 2018). "Pulang sudah kutip lebih RM1 juta". Kosmo!. Dicapai pada 2 Ogos 2018.
- ^ Mohd Haikal Isa (25 Julai 2018). "Kekuatan sinemtografi Pulang". Kosmo!. Dicapai pada 26 Julai 2018.
- ^ Haizir Othman (7 Ogos 2018). "Pulang dan misteri perasaan orang Melayu". Malaysiakini. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
- ^ Salman Sazali (7 Ogos 2018). "'Pulang' Filem Kabir Bhatia Yang Boleh Buat Mata Anda Berkaca". The Vocket. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Ogos 2018). "Di sebalik kehebatan 'Pulang' terselit jua celanya". mStar Online. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (29 Julai 2018). "Terima kasih kerana komen Pulang". Harian Metro. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). "Pulang mampu angkat martabat filem tempatan". Berita Harian. Dicapai pada 10 Julai 2018.
- ^ "Novel adaptasi filem Pulang di pasaran pertengahan bulan ini". Utusan Borneo. 16 Mei 2018. Dicapai pada 10 Julai 2018.
- ^ Alif Fadli Mohd. Sori (23 Julai 2018). "Pulang: Garapan cinta penuh emosi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Julai 2018.
- ^ "Lagu tema filem Pulang, 'Layarlah Kembali' nyanyian Dayang Nurfaizah runtun emosi". Hijab n' Heels. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
- ^ a b c "Layarlah Kembali (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 7 April 2017. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
- ^ a b "Layarlah Kembali, a song by Dayang Nurfaizah". Spotify. 7 April 2017. Dicapai pada 8 Ogos 2018.