Rahim Razali | |
|---|---|
رحيم رزالي | |
| Kelahiran | Abdul Rahim bin Mohd Razali 3 Julai 1939 |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 1959–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Datin Salmiah Abdul Mukmin |
| Anak-anak | 3 |
Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Mohd Razali (Jawi: عبد الرحيم محمد رزالي; lahir 3 Julai 1939) [1] merupakan seorang pelakon filem, dramatis dan pengacara sukan, pengarah, penerbit filem, penerbit TV, jururunding skrip, dan penulis Malaysia. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia dan terkenal dengan filem-filem termasuk Dayang Suhana (1978), Abang (1981), Matinya Seorang Patriot (1984), Tsu Feh Sofiah (1986), Puteri (1987), Abang 92 (1993), Puteri Gunung Ledang (2004) Cinta (2006), Munafik (2016-18), Spilt Gravy on Rice (2022) dan Imaginur (2023).[2] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[3]
Kehidupan awal
Dato’ Rahim Razali dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Batu Gajah, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah aliran Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Melbourne selama lima tahun dalam jurusan Chartered Accountancy di bawah Rancangan Colombo.
Kerjaya
Beliau bekerja sebagai pembantu penyiaran di Radio Malaya (kini Radio Televisyen Malaysia), Tobacco Co. Bhd, di Kementerian Kebudayaan, dan SSC & B Lintas Sdn. Bhd dan syarikat iklan rokok SH Benson Advertising Company. Seterusnya bekerja di Fleet Communication. Rahim menubuhkan syarikat sendiri Angkatan Seniman Abad XX Sdn Bhd bersama Rohani Zain, bekas penyampai berita RTM pada 1981.
Pada 1950an beliau menjadi penulis skrip dan pengarah bagi drama di sekolahnya. Di Australia, Rahim menyertai Melbourne University Theatre Dub, Brighton Theatre Group, dan Australia Broadcasting Commission. Pada 1963, berlakon sebagai Hamlet dalam Hamlet iaitu persembahan untuk Brighton Thearte Group. Pada tahun 2010 beliau mengarahkan Muzikal Uda & Dara karya asal Usman Awang. Beliau bertanggungjawab mencungkil dan menyerlahkan bakat lakonan ramai bintang sejak era 70an, dan terbaru beliau berjaya menampilkan penyanyi popular Misha Omar sebagai bintang teater muzikal yang mempunyai keseimbangan dalam bidang lakonan dan nyanyian.
Beliau menerbitkan 50 drama televisyen di RTM dan berlakon 15 buah filem. Sejak 1960an menceburi dunia lakonan di RTM. Sejak 1981 telah mengarah 8 buah filem dan filemnya terpilih mewakili negara ke Tokyo International Film Festival, London International Film Festival dan lain-lain.
Pada 2010, Rahim ditemuramah dalam rancangan dokumentari The Untold Truth About Supermokh yang menyingkap kisah kehidupan dan kerjaya pemain bola sepak, Mokhtar Dahari yang bersiaran di National Geographic pada 30 Ogos 2010.[4]
Beliau juga pernah menjadi duta dan jurucakap Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Rahim juga terkenal dengan watak Cikgu Osman lakonannya dalam sitkom Osman Baku yang mengisahkan kecekalan Cikgu Osman memperjuangkan bahasa kebangsaan Malaysia.[5]
Dato’ Rahim paling dikenali menerusi kolaborasinya bersama Syamsul Yusof dalam filem Munafik yang mana beliau menjayakan watak sebagai bapa kepada Ustaz Adam.[6] Beliau kembali menjayakan wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018.[7] Rahim kini membuat persiapan untuk filem terbarunya bertajuk Melayu yang berkisar tentang kisah politikus Melayu dan penyatuan semula orang Melayu di negara ini.[8]
Kehidupan peribadi
Beliau meminati sukan terutama bola sepak, ragbi, hoki, tenis dan terkini golf. Kerjaya sebagai pengacara sukan dipupuk sejak awal penglibatannya pada 1965 lagi.[9][10]
Rahim pernah melakukan pembedahan bagi membuang pendarahan di otak pada 31 Oktober 2013 di Pusat Perubatan Sunway.[11]
Filemografi
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1981 | Festival Filem Malaysia ke-2 | Skrip Terbaik | Menang |
| Pelakon Lelaki Terbaik | Menang | ||
| 1984 | Festival Filem Malaysia ke-5 | Lakonlayar Terbaik | Menang |
| Pengarah Terbaik | Menang | ||
| 1986 | Festival Filem Malaysia ke-6 | Skrip Terbaik | Menang |
| Pengarah Terbaik | Menang | ||
| 1989 | Anugerah Sri Angkasa | Pengulas TV Terbaik | Menang |
| 2007 | Festival Filem Malaysia ke-20 | Pelakon Lelaki Terbaik (Dalam Watak Pembantu) | Menang |
| 2022 | Festival Filem Malaysia ke-32 | Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon |
| 2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aktor Filem Popular | Tercalon |
Rujukan
- ^ Sambut merdeka dalam kesederhanaan - Waktu berkabung Diarkibkan 2014-10-28 di Wayback Machine Kosmo! (21 Ogos 2014). Diperoleh pada 21 Ogos 2014.
- ^ Zaidi Mohamad (21 Oktober 2015). "Kenapa Rahim Razali berlakon komedi?". Berita Harian. Dicapai pada 23 September 2018.
- ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Documentary on Supermokh to premiere on Aug 30 The Star Online (28 Ogos 2010). Dicapai pada 21 September 2010.
- ^ Drama Osman Baku arahan Rahim Razali Sensasi Selebriti (3 Oktober 2012). Diperoleh pada 18 Oktober 2012.
- ^ Nor Akmar Samudin (10 Oktober 2016). "Munafik atasi penonton filem baru". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-21. Dicapai pada 14 Oktober 2016.
- ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
- ^ Sahidan Jaafar (31 Disember 2017). "Jiwa patriotik Rahim Razali". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 September 2018.
- ^ Datuk Rahim Razali: Hero Malaysia Ezaleila @ Wordpress (10 Mei 20101). Diperoleh pada 10 Mei 2010.
- ^ Punca Datuk Rahim Razali bersara menjadi pengulas sukan Panduan Malaysia (1 Mei 2014). Diperoleh pada 1 Mei 2014.
- ^ Kemalia Othman (16 Mac 2015). "Masalah Kesihatan Tak Jejas Semangat Rahim Razali Berlakon". mStar Online. Dicapai pada 23 September 2018.
Pautan luar
- Kelahiran 1939
- Orang hidup
- Orang dari Perak
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Penerbit televisyen Malaysia
- Penerbit filem Malaysia
- Penulis Malaysia
- Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Anugerah Skrin
- Warga Radio Televisyen Malaysia








