Gila Baby | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Kabir Bhatia |
Penulis |
|
Lakon layar |
|
Dihasilkan oleh | Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Dibintangi | |
Sinematografi | Nurhanisham Muhammad |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Monoloque |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 4 Disember 2014 |
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 458,000[1] |
Gila Baby merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2014 arahan Kabir Bhatia dan dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramlie, Lan Pet Pet dan Jalil Hamid. Filem ini mengisahkan Bob (Beto Kusyairy) yang memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Terpaksa mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz Ahmad) mencuri kereta dan akhirnya telah menemui seorang bayi di tempat duduk belakang kereta tersebut. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 4 Disember 2014.
Sinopsis
Bob (Beto Kusyairy) memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Dengan mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz Ahmad), bekas teman sekelasnya di sekolah yang selalu membulinya dahulu untuk melakukan jenayah mencuri kereta. Walaupun percubaan pertama Bob untuk aktiviti jenayah tersebut berjaya tetapi ada seorang bayi (Nur Iman Khalisa) di tempat duduk belakang kereta yang dicurinya itu!
Bob kini mendapati dirinya diburu oleh beberapa pihak yang tidak akan berhenti selagi Bob dan bayi tersebut tidak ditangkap! Untuk mengeruhkan lagi keadaan, dalam perjalanan menyelamatkan diri, Bob bertemu Jaja (Nadiya Nisaa) yang mengugut Bob untuk membawanya sekali kerana ingin lari dari masalahnya sendiri.
Pelakon
Pelakon utama
- Beto Kusyairy sebagai Bob
- Nadiya Nisaa sebagai Jaja
- Sharnaaz Ahmad sebagai Roy
- Nur Iman Khalisa (Chacha) sebagai Baby
Pelakon pembantu
- Adlin Aman Ramlie sebagai Tom
- Lan Pet Pet sebagai Jerry
- Jalil Hamid sebagai Mejar (B) Hisham
- Craig Fong sebagai Mongol
- Chelsia Ng sebagai Mary
- Hansen Lee sebagai James
- Chew Kin Wah sebagai Tony
- Adam Corrie sebagai Chong
- Luke Wong sebagai Dragon
- Fimie Don sebagai Boh
- Johariz Sani sebagai Jan
- Ash Nair sebagai Doktor Samir
Penampilan khas
Penerbitan
Pengarah filem ini, Kabir Bhatia mengatakan bahawa filem ini merupakan filem yang paling sukar pernah diarah olehnya kerana jalan cerita yang bahaya dan melibatkan seorang bayi.[2][3] Beto Kusyairy telah mendapat kecederaan di lutut sebab jatuh motor dan di dahi semasa pengambaran.[4]
Keluaran
Tayangan
Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 20 November 2014.[5] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 4 Disember 2014.
Ulasan
Aqmar Mustaza dari Sinar Harian mengulas filem ini sebagai sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami. Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy turut dipuji.[6] Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[7]
Anugerah

Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Anugerah Lawak Warna 2015[8] | Filem Komedi Terbaik | Tengku Iesta Tengku Alaudin | Menang |
Pengarah Komedi Terbaik | Khabir Bhatia | Menang | |
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) | Sharnaaz Ahmad | Tercalon | |
Beto Kusyairy | Menang | ||
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) | Nadiya Nisaa | Menang | |
Lakon Layar & Skrip Terbaik | Alfie Palermo & Khabir Bhatia | Menang | |
Anugerah Skrin 2015 | Filem Terbaik | Tengku Iesta Tengku Alaudin | Tercalon |
Pengarah Terbaik | Khabir Bhatia | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) | Beto Kusyairy | Menang | |
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) | Nadiya Nisaa | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) | Sharnaaz Ahmad | Menang | |
Lakon Layar & Skrip Terbaik | Alfie Palermo & Khabir Bhatia | Tercalon | |
Anugerah Meletop ERA 2015 | Filem Meletop | Gila Baby | Tercalon |
Bintang Filem MELETOP | Sharnaaz Ahmad | Tercalon |
Lihat juga
Rujukan
- ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2014
- ^ http://www.era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Mossip-Mak-Jemah-GMMJ/Beto-Kusyairy-Kemalangan-Dalam-Filem-Gila-Baby
- ^ http://www.hmetro.com.my/node/15297
- ^ http://www.tupai.com.my/2014/11/beto-kusyairy-tercedera-dalam-gila-baby.html[pautan mati kekal]
- ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/kuala-lumpur-20-november-2014-preview-filem-gila-baby-di-gsc-1.63860
- ^ http://www.sinarharian.com.my/misi-terdesak-gila-baby-1.339638
- ^ http://thevocket.com/9-filem-terbaik-malaysia-bagi-tahun-2014/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 2015-08-04.