Idan Aedan | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Shahidan bin Abdullah 2 Julai 2004 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
Tahun aktif | 2013–kini |
Muhammad Shahidan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Idan Aedan (lahir 2 Julai 2004) ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia. Idan memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama seawal usia 10 tahun setelah memenangi rancangan realiti TV3, Over The Top.
Idan kemudiannya mendapat peranan-peranan kecil dalam drama, tv komersial, dan penyampai/hos rancangan televisyen seperti watak anak kepada askar Myanmar dalam filem Operation Mekong (2016) dan video korporat untuk syarikat seperti Garena, Skyworld, Kiko, Schlumberger, dan banyak lagi. Idan kemudian menceburi bidang lakonon di layar perak melalui watak kecil-kecilan dalam telemovie Pulang (2015), Filem Pendek MyEG Raya Khilaf (2015), Jalan Belakang Rumah (2016), Supersains (2017), Anak Merdeka (2017), Oh My English (2017), Juan (2017), Luar Biasa (2017), The Bridge (2018), Jibril (2018), Genk Mak Mak (2019), Disney Wizards of The Warna Walk (2019), Kerana Korona (2020), Zombitopia (2021). Idan juga telah berjaya membuktikan bakat lakonannya melalui watak utama dalam pelbagai siri televisyen seperti Astro Ceria SMK Siri (2020), siri Netflix Mr. Midnight: Beware the Monsters (2022)[1], Filem Anak Rimau (2022)[2], pelbagai watak utama dalam video korporat dan tv komersial untuk syarikat seperti Milo, MDEC, KBS, Kementerian Perumahan, dan watak-watak dalam filem pendek.
Kehidupan awal
Idan dilahirkan di negeri Perak, Malaysia pada 2 Julai 2004. Idan merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. Beliau berketurunan Melayu dan minat beliau dalam bidang lakonan telah disokong penuh oleh ibu dan keluarga.
Kerjaya
2013 - 2015: Kerjaya awal dan kejayaan
Biarpun beliau telah memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2013 menerusi pelbagai drama, filem pendek, dan rancangan televisyen, hanya pada tahun 2015 nama Idan menjadi sebutan apabila beliau muncul dalam filem Pulang (2015). Sejak itu, Idan muncul dalam banyak produksi terutama filem dan siri televisyen melalui watak-watak pembantu. Antara lakonan beliau yang paling menjadi perhatian adalah menerusi watak Zidik sewaktu kecil dalam filem Zombitopia (2015), Tupai dalam siri Oh My English (2017), dan Salman dalam drama bersiri tayangan Viu The Bridge (2018).
Idan juga pernah bergandingan bersama pelakon dan pengacara Sazzy Falak pada tahun 2015 untuk mengacarakan ADMM Asean Defense Ministry Meeting Gala Dinner dan rancangan kanak-kanak RTM DIY Junior (2018).
2016 - 2018: Cabaran, hala tuju kerjaya dan Luar Biasa
Dengan sikap penuh keinginan untuk berjaya dan juga semangat dalam bidang lakonan, Idan tidak mahu hanya selesa dengan pencapaian kecilnya dan berhenti mencuba. Setelah keluarga Idan meratapi pemergian arwah ayahnya, Idan diberi peluang untuk membuktikan bakat dan semangatnya melalui watak Saiful Puzi dalam telemovie Luar Biasa[3].
Telemovie Luar Biasa ini ialah naskah yang diinspirasikan daripada pemenang pingat emas Paralimpik, Mohamad Ridzuan atau Dek Wan yang menghadapi penyakit ‘Cerebral Palsy'[4]. Menggambarkan kehidupan Dek Wan bersama abangnya Saiful yang ketika itu masih lagi berusia belasan tahun. Menerusi watak Saiful Puzi dalam telemovie tersebut, Idan dicalonkan untuk kategori Pelakon Terbaik di Asian Academy Creative Awards di Singapura.[5]
Idan telah membawa pelbagai watak dengan serba boleh melalui beberapa filem pendek, iklan komersial, dan video korporat yang membabitkan pelbagai syarikat-syarikat besar dan perbadanan kerajaan.
2019 - Kini: Mr. Midnight dan melangkah serantau
Pada Julai 2019, Idan mengukuhkan hala tuju kerjaya beliau dengan bekerjasama bersama Keeklr Films melalui filem Anak Rimau (2022) arahan Areel Abu Bakar. Idan telah membawa watak Ariff.[6]
Anak Rimau The Movie merupakan filem sukan bola sepak Malaysia 2022 yang mengisahkan sekumpulan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang yang ingin mengapai impian menjadi pemain bola sepak. Dengan pencapaian terbaik beliau sepanjang perjalanan kerjaya beliau, pada tahun 2022, Idan adalah salah satu pencalonan termuda di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32)[7].
Pada tahun 2022, Idan telah mencipta sejarah sebagai pelakon pertama Malaysia yang berjaya ke siri Netflix antarabangsa menerusi siri Mr. Midnight: Beware the Monsters (2022) dan melakonkan watak utamanya dengan berbahasa Inggeris.[8]
Mr Midnight: Beware The Monsters (2022) adalah satu siri 13-episod Netflix terbitan Beach House Pictures, dan Idan diberi kepercayaan membawa watak utama sebagai Tyar yang telah menjalani penggambaran di Batam, Indonesia dan Singapura pada pertengahan tahun 2021. Idan bekerjasama bersama beberapa pelakon remaja dari Indonesia seperti Adinia Wirasti dan Maxime Bouttier serta pelakon-pelakon antarabangsa lain.[9]
Idan juga bekerjasama bersama barisan pelakon tempatan seperti Remy Ishak, Bront Palarae, dan pengarah Dain Said melalui filem seram tempatan yang bertajuk Harum Malam (2023)[10]. Idan membawa watak Iqbal, anak kepada Bront Palarae dan Nadiya Nisaa yang memiliki deria ‘keenam’ dan membuatkan kehidupan Iqbal tidak tenang kerana sering diganggu makhluk halus dan ancaman dari dunia alam ghaib.[11]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Operation Mekong | Anak Askar Myanmar | Dante Lam | Projek Filem International bersama Film Fireworks Hong Kong dan Asian Tropical Film Malaysia |
2018 | Pulang | Omar (kecil) | Kabir Bhatia | |
Surf This Love | Billy (kecil) | Wan Mohd Hafiz Wan Hussain | ||
2021 | Kerana Korona | Harun | Kabir Bhatia | |
Zombitopia | Zidik (kecil) | Woo Ming Jin | ||
2022 | Anak Rimau The Movie | Ariff | Areel Abu Bakar | |
2023 | Harum Malam | Iqbal | Dain Said | |
Tebus | Jalil | Jason Chong |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Pulang | Omar | TV9 | Drama pertama |
2016 | Jalan Belakang Rumah | Iman | TV2 | |
Supersains[12][13] | Afiq | Astro TVIQ | ||
Cinta 11 Syarat | Komeng (kecil) | Astro Prima | ||
2017 | Oh My English! - Level Up[14] | Tupai | Astro TVIQ | |
Anak Merdeka | Johan | Astro | ||
2018 | Jibril | Jibril (kecil) | Viu | |
The Bridge | Salman | |||
Bebaskan Anak Kita | Azril | TV3 | ||
2019 | Wizards of Warna Walk | Aiden Rowan | Disney Channel Asia | |
SMK (musim 1) | Adam | Astro Ceria | ||
2020 | SMK (musim 2) | Adam | ||
2022 | Mr. Midnight: Beware the Monsters | Tyar | Netflix | |
SMK (musim 4) | Adam | Astro Ceria | ||
2023 | SuperWira | Aman | ||
Yang Tahu Je Tahu | Adi | Astro Ria | ||
2024 | Hawt Fellas | Napron | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Luar Biasa | Saiful Puzi | Astro Citra | Telefilem pertama |
2018 | Akil & Juan | Akil | TV9 | |
2023 | Dalang | Zain remaja | tonton | |
2024 | Perang Panjut Tujuh Likur | Umar | TV1 | |
Budak Pendamping | Firash | Unifi TV |
Iklan dan video korporat
Tahun | Tajuk | Watak | Jenama |
---|---|---|---|
2015 | Khilaf | Kamil | MYEG |
2016 | KFC Bucketria | KFC | |
2017 | Filem Pendek Raya | Atan | Citibank |
2018 | Digi Raya #Nawaitu | Azmi | Digi |
TNB Raya 2018: Rumah Epik Fantastik | Rizal | Tenaga Nasional Berhad | |
PPRT Kempen Kerajaan | Cucu | PPRT | |
Padu: Hero Transformasi Pendidikan | Pengawas | Kementerian Pendidikan Malaysia | |
Viral Video | Along | Milo |
Televisyen
Tahun | Program | Siaran |
---|---|---|
2015 | Chiki Boom | TV2 |
2015 | Co - Hos bersama Sazzy Falak untuk ADMM (Asean Defense Ministry Meeting ) Gala | |
2018 | DIY Junior | TV2 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
- ^ https://www.imdb.com/title/tt22530632/
- ^ https://www.imdb.com/title/tt21849424/
- ^ https://www.utusanborneo.com.my/2017/11/18/filem-tv-luar-biasa-menerusi-slot-karya-12-di-astro-pada-25-nov-ini
- ^ https://www.myinfotaip.com/2017/11/luar-biasa-astro.html
- ^ https://www.asianacademycreativeawards.com/award-ceremony/2022-award-ceremonies/
- ^ https://www.imdb.com/title/tt21849424/
- ^ https://www.kosmo.com.my/2022/12/02/lolos-top-5-ffm32-idan-aedan-tak-letak-harapan-tinggi/
- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2022/11/899138/idan-aedan-capai-impian-berlakon-produksi-antarabangsa
- ^ https://teknopedia.ac.id/wiki/Mr._Midnight:_Beware_the_Monsters
- ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/dain-said-kembali-dengan-karya-baharu-harum-malam-382907
- ^ https://sumberkini.my/harum-malam-buah-tangan-terbaharu-dain-said/
- ^ 'Supersains' Drama Bersiri Terbaharu Kanak-Kanak - Mstar
- ^ Astro 'formulates' unique children's series 'Supersains', a drama about all things science - NST
- ^ Generasi baharu Oh My! English Diarkibkan 2019-01-02 di Wayback Machine - Kosmo Online