Sembunyi: Amukan Azazil | |
---|---|
Pengarah | Kabir Bhatia |
Penulis | Kabir Bhatia Rosihan Zain |
Dihasilkan oleh | Jalena Rejab |
Dibintangi | Diana Danielle Remy Ishak Umie Aida Sharnaaz Ahmad |
Muzik oleh | Hafiz Hamidun |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 98 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sembunyi: Amukan Azazil ialah filem seram Malaysia 2013 arahan Kabir Bhatia.[1] Dibintangi oleh Diana Danielle, Remy Ishak, Umie Aida dan Sharnaaz Ahmad, filem ini ditayangkan pada 28 Mac 2013.
Plot
Aishah adalah seorang gadis Melayu yang dibesarkan pada Zaman Pencerobohan Jepun di Tanah Melayu. Pada suatu hari, Aishah dan adiknya, Umi sedang bersembunyi ketika Tentera Jepun mengganas di kampungnya. Malangnya, Tentera Jepun telah menjumpai tempat persembunyian Aishah dan Umi. Tentera Jepun tersebut telah memisahkan pasangan Kakak dan Adik ini dan membawa Aishah ke suatu tempat yang berdekatan dengan hutan untuk menganiayai Aishah. Namun ketika itu datang kapal terbang tentera yang menyerang semua Tentera Jepun di kampung itu. Pemandangan yang terakhir sebelum Aishah tidak sedarkan diri adalah peluru yang menembusi tubuh Tentera Jepun yang hendak menganiayainya. Tidak lama kemudian Aishah telah sedar dan mendapati dirinya telah dirawat dan berada di sebuah rumah dan di kampung yang tidak dia kenali. Mulai hari itu penduduk kampung itu seperti Ibu Yani dan Kamal sangat baik pada Aishah dan bermulalah hidup Aishah yang baru di sana. Aishah telah berkenalan dengan Melur dan Hanum di sana. Aishah telah jatuh cinta kepada Kamal dan akhirnya berkahwin. Walaubagaimanapun, pelbagai misteri yang menimbulkan tanda tanya pada Aishah antaranya kampung itu tidak dijumpai langsung oleh Tentera Jepun dan gangguan seekor makhluk yang dipanggil oleh penduduk kampung tersebut iaitu Azazil. Ternyata Aishah telah diculik dan terperangkap di alam bunian. Ibu Yani dan Kamal serta penduduk kampung lain ternyata orang bunian. Azazil yang mengganggu kampung itu sebenarnya adalah mahkluk yang ingin membawa Aishah keluar daripada alam bunian tersebut. Hanum dan Melur juga merupakan mangsa culik oleh orang bunian. Semasa Aishah keluar daripada alam bunian, ternyata sudah 60 tahun berlalu di alam sebenar. Aishah akhirnya bertemu dengan adiknya, Umi yang telah pun berusia.
Pelakon
Pelakon Utama
- Diana Danielle sebagai Aishah
- Remy Ishak sebagai Kamal
- Umie Aida sebagai Ibu Yani
- Sharnaaz Ahmad sebagai Atan
Penampilan Istimewa
- Sheila Rusly sebagai Perempuan Misteri
Pelakon Pembantu
- Emelda Rosmila sebagai Melur
- Fizo Omar sebagai Ahmad
- Sara Ali sebagai Hanum
- Aznah Hamid sebagai Hanum (Tua)
- Kismah Johar sebagai Ummi (Tua)
- Razib Salimin sebagai Azazil
- Shukri Yahaya sebagai Salleh
- Azimat Shamsuddin sebagai Usop
- Hakim Faiz Azmi sebagai Hakim
- Yanaha sebagai Komander
Pelakon Kanak-kanak
- Dyba Farhana sebagai Budak Misteri
- Melly Amalin sebagai Ummi (12 Tahun)
Keluaran
Sembunyi: Amukan Azazil dikeluarkan pada 28 Mac 2013 di pawagam seluruh Malaysia.
Rujukan
- ^ a b "Bongkar misteri Azazil". Harian Metro. 20 March 2013. Dicapai pada 20 September 2014.