| Maklumat am | |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Pertandingan kecantikan |
| Bahasa rasmi | Melayu |
| Tapak web | herodewiremaja.com |
| Sejarah | |
| Dibentuk |
|
| Pengurusan | |
| Pemilik |
|
| Organisasi induk | Remaja |
| Maklumat lain | |
| Dahulunya dikenali sebagai | Pencarian Dewi Remaja |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
| Lokasi | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Dewi Remaja (dahulu HeroDewi Remaja pada tahun 2023) merupakan pencarian bakat dan personaliti Dewi oleh majalah Nu Ideaktiv, Majalah Remaja adalah platform untuk mengukuhkan kehadiran dan kredibiliti seseorang sebagai influencer, penghibur dan ikon besar bercita-cita remaja lelaki dan perempuan berumur 18-25 tahun dari semua lapisan masyarakat. Dalam peluang mengubah hidup yang akan datang ini yang dipenuhi dengan adrenalin tinggi, cabaran sengit, roller coaster emosi - yang mempunyai keyakinan diri, komunikasi, model terbaik untuk mewakili setiap jenama.[2]
Penjenamaan sebagai Dewi Remaja (1985-2023, 2025-kini)
Dewi Remaja (juga dikenali sebagai Pencarian Dewi Remaja) merupakan pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia yang dianjurkan oleh majalah Remaja terbitan kumpulan Karangkraf. Pertandingan ini selalunya di selang seli dengan pertandingan versi lelaki iaitu Hero Remaja.
Finalis tidak akan bersaing dalam pakaian mandi. Mereka hanya akan memakai gaun petang sepanjang masa. Pemenang peraduan ini tidak akan bersaing dalam apa-apa pertandingan ratu cantik antarabangsa seperti Miss Universe ataupun Miss World kerana kebanyakan finalis beragama Islam, dan wanita Islam Malaysia tidak dibenarkan bersaing dalam apa-apa pertandingan ratu antarabangsa sejak 1997.
Dewi Remaja yang memerintah ialah Murut-Dusun Tracie Sinidol dari Tambunan, Sabah. Dia dinobatkan pada 3 September 2022. Dia adalah rakyat Sabah pertama dan wanita pertama dari Malaysia Timur yang pernah memenangi gelaran Dewi Remaja.[3]
Dewi remaja 2025 yang terkini yang memerintah ialah gadis kacukan Melayu, India, Indonesia, Singhalese iaitu Nylea Binti Adzlan atau lebih dikenali sebagai Nylea Adzlan. Beliau merupakan gadis kacukan yang menyambung legasi era Juliana Banos dan Annahita bakavoli kerana iras berwajah pan asian. Dia dimahkotakan sebagai juara dewi remaja 2025 oleh Nurel Bahrin yang merupakan alumni herodewi remaja 2023 yang sebaya dengannya iaitu kelahiran 2002 yang kini berusia 23 tahun. Dia dinobatkan sebagai pemenang juara dewi remaja 2025 pada hari jumaat 28 November 2025 pukul 9 malam di MDMT Ballroom, Datum Jelatek homestay.
Penjenamaan sebagai HeroDewi Remaja (2023-2025)
Pada 26 Ogos 2023, Dewi Remaja bersama-sama dengan Hero Remaja rasmi digabungkan dan dinamakan semula sebagai HeroDewi Remaja sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula oleh majalah Remaja serta menjadi platform kepada golongan remaja untuk mengukuhkan kedudukan sebagai bakat baru terutamanya dalam industri seni dan menjadi contoh yang memberikan inspirasi positif kepada masyarakat secara amnya. HeroDewi Remaja telah rasmi bersiaran bermula 10 November 2023 dan disiarkan pada hari Jumaat jam 10.00 malam dengan Episod Akhir pada 29 Disember 2023 di Astro Ria.[4]
Dewi Remaja yang memerintah ialah Nurel Bahrin dari Kuching, Sarawak. Beliau telah dinobatkan pada 29 Disember 2023 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur oleh pemegang gelaran yang akan keluar, Tracie Sinidol dari Sabah. Beliau merupakan rakyat Sarawak pertama dan wanita kedua dari Malaysia Timur yang pernah memenangi gelaran Dewi Remaja.Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref>
| No | Nama | Negeri | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1 | Nina Amin | Selangor | Dewi Inspirasi |
| 2 | Adrianna Fernandez Azmi | Kuala Lumpur | |
| 3 | Tengku Shatirah Amanda binti Tengku Badrulddin | Kelantan | Tempat kelima |
| 4 | Yusmyra Natsha binti Abdullah | Kuala Lumpur | |
| 5 | Nur Saidah Syahirah binti Kamarudin | Selangor | |
| 6 | Aishah binti Azhan | Selangor | |
| 7 | Nursyaza Azra | Negeri Sembilan | |
| 8 | Sharlina Gilbert Mojinun | Sabah | Dewi Favourite |
| 9 | Nurul Hanynaa binti Harizal (Nynaa Harizal) | Selangor | Tempat ketiga |
| 10 | Nur Nafissa Adriana binti Abdul Ghafar | Johor | Tempat kedua |
| 11 | Norsyamira Izzati binti Mohd Nazir | Selangor | Tempat keempat |
| 12 | Shaza Nuriman binti Mohamad Zamri (Shaza Bae) | Johor | Juara Dewi Remaja 2019/2020. |
Edisi 12-2022
- Tracie Sinidol (Juara)
- Bee Aisyah (Naib Juara)
- Kimberly Chuah (Tempat ke 3)
- Allysa Azmi (Tempat ke 4)
- Auni Yusri
- Dina Allysha
- Janani Baskaran
- Hyeley Izzati
- Rasyiqah Johan
- Zafirah Yong
- Keeran Kaur
- Melle Christian
- Mellisa Quek Ai Ying
- Eiman Dzul
- Fifi Filan Tisya
- Reezlyn Shafira
Edisi 13-2023
- Nurel Baharin (Juara & Dewi Favourite) - pelakon model pengacara
- Adrina Kamaruddin (Dewi Inspirasi) pelakon model pengacara doktor
- Amira Rafik - pelakon model pengacara
- Cora Waybin - pelakon model pengacara
- Azqa Aziz - pelakon model pengacara
- Qistina Rania -pelakon model pengacara
- Arabella Ellen (Naib Juara) -pelakon model pengacara
- Myra Afrina - pelakon model pengacara
Edisi 14-2025
- Nylea Adzlan (Juara) -popular sebagai pelakon model selepas dewi remaja.
- Nelysa Kay (Naib Juara) - popular sebagai idol artis dalam group xone dan pelakon model selepas menyertai dewi remaja.
- Dheper Teh (Tempat Ketiga) -popular sebagai model ratu cantik dan pelakon selepas menyertai dewi remaja.
- Marisa Baharudin (Tempat Keempat) iras Puteri Aishah yang merupakan alumni finalis dewi remaja 2014/2015. Marisa berbakat dalam lakonan, pengacaraan dan personaliti media sosial.
- Sharmaine Alexander(tersingkir bersama elisa chew sebelum final)(Dewi Favourite) merupakan seorang personaliti media sosial yang popular sebelum menyertai Dewi remaja dan popular sebagai pelakon model setelah menyertai dewi remaja.
- Elisa Chew (tersingkir bersama Sharmaine sebelum final)(Dewi Persahabatan) - popular sebagai pelakon model.
- Ariana Musaidi - popular sebagai pelakon model pengacara.
- Suhaila Allen - berbakat dalam lakonan teater dan popular sebagai pelakon model pengacara.
- Camelia Natasya ( tersingkir peserta keempat) - merupakan seorang pelakon sebelum menyertai Dewi remaja dan popular sebagai pelakon model pengacara.
- Ellysa Ramlee (tersingkir bersama teya husla)- merupakan anak personaliti media sosial iaitu akakjanganbeli yang popular sebagai foodie koc di media sosial.
- Fitri Muzdalifah (tersingkir pada episod 2) - popular sebagai pelakon model pengacara
- Teya Huslah (tersingkir bersama ellysa ramlee) -popular sebagai pelakon model pengacara
===Edisi. 15-2027=== (AKAN DATANG)
Pencarian Gadis Remaja - Kosmetik
Pertandingan ini juga berjaya melahirkan beberapa selebriti. Ia dianjurkan pada tahun 1999 dengan nama Pencarian Gadis Remaja Maybelline.
- Zahnita Wilson (pemenang) - pelakon, model
- Fasha Sandha (tempat kedua) - pelakon, model
Kemudian pada 2001 dianjurkan dengan Fair & Lovely menjadi penaja dan dinamakan Pencarian Gadis Remaja Fair & Lovely.
- Fouziah Gous (pemenang) - pelakon
- Shahreeny Syahrin Chong (tempat kedua)
- Nadia Shahrul Annuar (tempat ketiga)
- Noortasyadiana Karim (tempat keempat)
Rujukan
- ^ Hero & Dewi Remaja 2023 digabungkan. Misi pencarian bermula dengan penuh debaran
- ^ "9 Pemenang Utama Pertandingan Dewi Remaja 1985 - 2015..!!!". Selongkar10. Dicapai pada 2016-09-20.[pautan mati kekal]
- ^ Peserta Sabah, Tracie dinobat Dewi Remaja 2022
- ^ Hero & Dewi Remaja 2023 digabungkan. Misi pencarian bermula dengan penuh debaran









