iTunes | |
---|---|
Pembangun | Apple Inc. |
Pelancaran pertama | 9 Januari 2001 |
Versi terkini/stabil | 12.12.8.2 (30 Mac 2023) |
Ditulis dalam | C++ |
Sistem pengendalian | OS X, Microsoft Windows |
Saiz | 126.23 MB (berbeza mengikut OS)[1] |
Tersedia dalam | 23 bahasa[2] |
Jenis | Perisian penggunaan, media player software, podcatcher, tag editor, podcast directory, platform pengedaran digital |
Genre | Pemain Media |
Lesen | Freeware |
Format fail boleh ditulis | |
Format fail boleh dibaca | |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
iTunes ialah sejenis aplikasi pemain media digital yang diperkenalkan oleh Apple pada 10 Januari 2001 di Macworld Expo di San Francisco,[3] untuk memainkan dan menyusun fail-fail muzik dan video digital. Program ini juga berfungsi sebagai antaramuka untuk mengurus kandungan dalam pemain media digital iPod yang popular dan juga dalam iPhone yang baru diperkenalkan. Tambahan pula, iTunes boleh dihubungkan ke iTunes Store (yang memerlukan sambungan Internet) untuk membeli dan memuat turun muzik digital, video muzik, rancangan televisyen, permainan iPod, buku audio, serta pelbagai siniar, filem cetera (pembelian dan penyewaan) dan nada dering.
iTunes boleh dimuat turun tanpa berbayar untuk Mac OS X, Windows Vista, dan Windows XP dari laman web Apple. iTunes juga diikat dengan kesemua komputer Mac, dan sesetengah komputer HP dan Dell. Terdapat juga versi-versi yang lebih lama untuk Mac OS 9, OS X 10.0-10.2, dan Windows 2000.
Ciri-ciri
Pengguna boleh menyusun muzik mereka dalam senarai main (playlist) dalam satu atau lebih pustaka, menyunting maklumat fail, merakam cakera padat, menyalin fail ke dalam pemain audio digital, membeli muzik dan video melalui gedung muzik yang terbina dalam perisian, memuat turun siniar, menyalin sandar lagu-lagu ke dalam CD atau DVD, menjalankan visualizer untuk memaparkan kesan grafik yang mengikut rentak muzik, dan mengekod muzik ke dalam pelbagai format audio yang berbeza. Terdapat juga beraneka stesen radio internet untuk dipilih.
Pengurusan media
Pustaka
iTunes mengesan lagu-lagu dengan membuka pustaka maya yang membolehkan pengguna mencapai dan menyunting artibut-atribut sesebuah lagu. Atribut-atribut ini dikenali sebagai metadata dan disimpan dalam dua fail pustaka.
Fail pustaka yang pertama ialah fail perduaan yang dipanggil iTunes Library dan menggunakan format fail hak milik. Fail ini memperoleh maklumat seperti artis dan genre dari kebolehan tag format audio (contohnya, tag ID3) dan menyimpan maklumat khusus untuk iTunes seperti kiraan mainan dan penarafan. iTunes biasanya membaca data pustaka hanya daripada fail ini.
Fail keduanya, iTunes Music Library.xml, dikemas kini setiap kali maklumat dalam iTunes berubah. Fail ini menggunakan format XML yang memudahkan para pemaju untuk menulis aplikasi yang boleh mencapai maklumat pustaka (termasuk kiraan mainan, tarikh mainan akhir, dan penarafan, yang bukan medan-medan piawaian dalam formatID3v2.3). iDVD, iMovie, dan iPhoto yang dibangunkan Apple sendiri, serta Rock Star yang dimajukan Freshly Squeezed Software[4] adalah contoh-contoh aplikasi yang mencapai pustaka ini.
Jika fail pertama didapati tercemar, iTunes akan cuba membinanya semula daripada fail XML. Arahan pihak ketiga yang terperinci mengenai ini didokumenkan di tempat lain.[5]
Bagi fail MP3, iTunes lazimnya menulis tag dalam Unicode ID3v2.2, tetapi adalah tidak mustahil untuk mengubah fail-fail ini ke ID3v2.3 dan download lagu mp3 ID3v2.4 melalui menu toolbar "Advanced" > "Convert ID3 Tags". Jika tag-tag ID3v2.x dan ID3v1.x ada dalam satu fail, maka iTunes mengabaikan tag ID3v1.x.
Fail-fail AAC dan Apple Lossless menyokong metadata Unicode yang disimpan dalam penyimpan MP4 sebgai "Atoms". iTunes boleh memainkan Vorbis atau FLAC jika plugin QuickTime yang diperlukan turut dipasang.
iTunes membolehkan pengguna menyalin dari CD; bagaimanapun, iTunes tiada sokongan untuk rakaman line-in analog yang sepatutnya membolehkan pengguna menyalin dari kaset audio, namun oleh sebab ramai orang tidak menggunakan kaset lagi, ini bukanlah satu kepincangan iTunes untuk penggunanya.
Sokongan format fail
iTunes 9 kini boleh membaca, menulis, dan menukar antara format-format MP3, AIFF, WAV, MPEG-4, AAC, dan Apple Lossless.
iTunes juga boleh memainakn mana-mana fail audio yang boleh dimainkan QuickTime (serta juga beberapa format video), termasuk fail-fail Protected AAC dari iTunes Store dan buku-buku audio Audible.com. Untuk memainkan format-format lain seperti codec-codec Vorbis-Ogg atau Speex, iTunes memerlukan pemasangan Komponen Xiph QuickTime. Kini, iTunes tidak boleh memainkan strim audio HE-AAC/aacPlus dengan betul. Fail-fail berformat kanHE-AAC/aacPlus dimainkan seperti fail AAC 22 kHz (maka tidak lebih baik berbanding 11 kHz). Strim audio HE-AAC (yang digunakan sesetengah stesen radio Internet) tidak boleh dimainkan sama sekali.
Mutu pengekod MP3 Apple menghadapi kritikan mengenai pengekodan kadar bit boleh ubah. Dalam satu ujian pendengaran codec umum enam pengekod MP3 yang mengekod pada 128 kbit/s pada Januari 2004 yang dikendali oleh Roberto Amorim, pengekod iTunes MP3 VBR berada di tempat tercorot. Pengarang terbabit kemudiannya mengakui adanya isu-isu serius mengenai ujian iTunes.[6]
Versi Windows iTunes boleh mengubah fail-fail WMA tanpa DRM (termasuk versi 9) ke format audio lain, tetapi tidak menyokong mainan terus atau pengekodan fail WMA yang dilindungi DRM. Telestream, Inc. menawarkan codec percuma untuk pengguna Mac bagi QuickTime untuk membolehkan mainan fail-fail Windows Media yang tidak dilindungi. Codec-codec ini disyorkan oleh Microsoft.[7]
Metadata fail
Bagi fail MP3, iTunes pada pangkalnya menulis tag dalam ID3v2.2 menggunakan pengekodan UCS-2, tetapi boleh menukarnya ke ID3v2.3 (pengekodan UCS-2) dan ID3v2.4 (pengekodan UTF-8) melalui pilihan "Advanced" > "Convert ID3 Tags" dalam menu palangnya. Jika dalam fail adanya ID3v2.x dan ID3v1.x, maka iTunes mengabaikan tag ID3v1.x.[8]
Fail AAC dan Apple Lossless menyokong metadata Unicode yang disimpan dalam penyimpan MP4 dalam bentuk "Atoms". Pemalam QuickTime yang menyokong format penyimpan OGG tiada sokongan untuk penyuntingan tag atau kulit album.[8]
iTunes menggunakan pangkalan data CD audio interaktif Gracenote untuk menyatakan senarai nama runut untuk CD audio. Perkhidmatan ini boleh dihidupkan apabila CD dimasukkan dalam komputer yang sedia bersambung dengan Internet. Nama runut untuk album yang diimport ke dalam iTunes apabila tidak disambungkan dengan Internet boleh diperoleh apabila disambungkan lagi kelak. Bagi mana-mana album yang dimuatkan dalam iTunes tanpa apa-apa senarai runut dari Gracenote, pengguna boleh menyumbangkan nama runut kepada Gracenote.[9]
Pemprosesan bunyi
iTunes merangkumi ciri-ciri pemprosesan bunyi, seperti penyamaan, "peningkatan bunyi" dan crossfade. terdapat juga satu ciri-ciri dipanggil "Sound Check" yang membetulkan volum mainan semlua semua lagu kepada kadar yang sama secara automatik. Sepertilah "peningkatan bunyi", ini boleh dipasang dalam bahagian 'Playback' dalam Preferences iTunes.
Perkongsian muzik
Lagu-lagu iTunes Library boleh dikongsi melalui satu rangkaian tempatan dengan menggunakan Protokol Capaian Audio Digital (Digital Audio Access Protocol, DAAP) hak milik tertutup yang direka oleh Apple untuk tujuan ini. DAAP bergantung kepada rangka penemuan perkhidmatan rangkaian Bonjour, iaitu pelaksanaan piawaian rangkaian terbuka Zeroconf oleh Apple. Apple masih belum membuka spesifikasi DAAP untuk tatapan umum, sebaliknya hanya kepada pemegang lesen pihak ketiga seperti Roku. namun begitu, protokol ini telah ditera secara songsang dan kini digunakan untuk menstrimkan senarai main daripada perisian bukan Apple (terutamanya di platform Linux).[10]
DAAP membolehkan pengesanan senarai lagu yang dikongsi dalam lingkungan subnet yang sama secara automatik. Apabila sesebuah lagu dikongsi, iTunes boleh menstrimkan lagu itu tetapi tidak menyimpannya dalam pemacu keras tempatan untuk mengelakkan penyalinan secara haram. Lagu-lagu dalam format Protected AAC boleh juga dicapai tetapi pengesahan diperlukan. Sehingga lima orang pengguna boleh berhubung kepada seorang pengguna tunggal setiap 24 jam.
Mula-mulanya dengan iTunes 4.0, pengguna boleh mencapai muzik kongsian secara percuma di merata Internet di samping subnet sendiri, dengan menetapkan alamat IP pustaka lagu kongsian jauh. Apple dengan cepatnya menggugurkan ciri-ciri ini dengan versi 4.0.1, atas dakwaan bahawa pengguna mencabuli Perjanjian Lesen Pengguna Akhir.
Dengan keluarnya iTunes 7.0, Apple menukar pelaksanaan DAAP agar menghalang mana-mana klien pihak ketiga, seperti komputer Linux, Xbox yang diubah suai, atau mana-mana komputer tanpa iTunes, dari menyambungkan tempat simpan iTunes yang jauh. iTunes masih perlu bersambung sebagai klien kepada pelayan iTunes lain dan pelayan pihak ketiga.[11]
Video
Pada 9 Mei 2005, sokongan video diperkenalkan bersempena keluaran iTunes 4.8. Pengguna boleh menarik dan melepas klip video dari komputer ke dalam iTunes Library untuk dikatalog dan disusun. Video boleh dimainkan dalam bingkai kecil dalam paparan iTunes utama, dalam tetingkap berasingan, atau skrin penuh.
Pada 12 Oktober 2005, Apple memperkenalkan iTunes 6.0 yang disertakan sokongan untuk membeli dan menonton kandungan video dari iTunes Music Store. Pada mulanya, iTunes Music Store menawarkan beribu-ribu video muzik dan lima rancangan TV, terutama sekali drama ABC seperti Lost dan Desperate Housewives serta rancangan Disney Channel (The Suite Life of Zack & Cody dan That's So Raven) yang turut disediakan 24 jam selepas ke siaran, serta pakej episod musim lalu. Sejak itu, himpunannya dikembangkan lagi untuk merangkumi kandungan dari pelbagai rangkaian televisyen. iTunes Music Store juga menyediakan kemudahan menonton koleksi treler filem Apple.
Pada 5 September 2006, iTunes Store menawarkan lebih 550 rancangan TV untuk dimuat turun. Selain itu, 75 filem cetera dari studio milik Disney turut diperkenalkan. Pada 11 April 2007, lebih 500 filem cetera boleh dibeli menerusi iTunes.[12]
Pada mulanya, filem dan rancangan TV hanya dijual kepada pelanggan di A.S., sementara pelanggan di luar A.S. hanya mampu membeli video muzik dan filem pendek Pixar. Kini, penjualan filem dan rancangan TV diluaskan ke negara lain sebaik isu perlesenan diselesaikan.
Kandungan video yang didapati dari Store pernah dikodkan sebagai video MPEG-4 terlindung 540 kbit/s (H.264) dengan runut audio AAC kira-kira 128 kbit/s. Kebanyakan video dan podcast video kini memerlukan versi terkini QuickTime, QuickTime 7, yang tidak serasi dengan versi lama Mac OS (hanya v10.3.9 ke atas disokong). On September 12, 2006, the resolution of video content sold on the iTunes Store was increased from 320x240 (QVGA) to 640x480 (VGA). The higher resolution video content is encoded as 1.5 Mbit/s (minimum) Protected MPEG-4 video (H.264) with a minimum 128 kbit/s AAC audio track.
Senarai main
Selain sokongan senarai main statik, iTunes turut menyokong Smart playlists. Smart playlists adalah senarai main yang boleh disetkan untuk pengemaskinian automatik (pengemaskinian secara langsung (live updating), seperti pertanyaan pangkalan data) berdasarkan senarai kritera pilihan individu. Kriteria berbeza boleh dimasukkan untuk mengawal banyk aspek senarai main.[13]
Senarai main boleh dimainkan secara rawak atau berjujukan. "Kerawakan" algoritma rombakan boleh dicenderungkan untuk memainkan atau mengelak dari memainkan banyak runut daripada album atau artis yang sama atau secara berjujukan (satu ciri yang diperkenalkan dalam iTunes 5.0). Party Shuffle boleh juga dicenderungkan untuk memilih runut-runut yang diberi penarafan bintang yang lebih tinggi. Apabila kecenderungan ini dibolehkan, setiap penarafan bintang meningkatkan keutamaan untuk sesebuah lagu tertentu kepada kira-kira 4% berbanding sebuah lagu yang kurang sebutir bintang. Lagu-lagu yang didak diberi rating paling kurang kebarangkaliannya dimainkan. Penarafan antara bintang disimpan oleh iTunes.
Senarai main Party Shuffle dimaksudkan sebagai satu bantuan DJ yang mudah.[14] secara lalai, Party Shuffle memilih runut-runut secara rawak dari senarai main yang lain atau pustaka; pengguna boleh membatalkan pemilihan automatik ini dengan memadam runut-runut berkenaan (iTunes akan memilih runut lain untuk menggantikan runut-runut yang dipadam itu) atau dengan menambah runut baru secara drag-and-drop atau melalui menu konteks. Ini membolehkan runut yang dipilih terdahulu dan yang dipetik secara rawak dicampurkan dalam meta-playlist yang sama. Senarai main yang dipetik oleh Party Shuffle boleh ditukar ketika dimainkan; ini akan menyebabkan kesemua runut yang dipilih secara rawak untuk lenyap dan digantikan sepenuhnya.
Podcast
Versi 4.9 iTunes yang keluar pada 28 Jun 2005 dilengkapi sokongan podcast. Ini membolehkan pengguna melanggani podcast di iTunes Music Store atau memasukkan URL suapan RSS. Selepas melanggan, podcast memuat turun secara automatik. Pengguna boleh memilih untuk mengemaskini podcast secara automatik setiap minggu, hari, jam atau secara manual.
Pengguna boleh memilih podcast untuk didengarkan dari panduan Podcast Directory, di mana sesiapa juga boleh menyerahkan podcast sendiri untuk ditempatkan di sana. Dalam panduan ini, Muka hadapan panduan juga memaparkan podcast berprofil tinggi dari penyiar komersil dan podcaster swasta, tidak lupa juga membolehkan pengguna melayar podcast mengikut kategori atau populariti.
Penambahan fungsi podcast dalam perisian audio arus perdana seperti iTunes telah banyak membantu melariskan podcast kepada orang ramai.[15] Beberapa hari selepas pengeluaran iTunes 4.9, para podcaster melaporkan bilangan muat turun fail audio mereka melipat tiga atau empat kali ganda.[16]
Penyelarasan iPod dan pemain lain
iTunes boleh menyelaraskan pustaka muzik dan videonya dengan iPod secara automatik setiap kali disambungkan. (Versi OS X iTunes juga boleh diselaraskan dengan sebilangan pemain muzik digital;[17] versi Windows hanya boleh dimainkan iPod)[18] Lagu dan senarai baru disalin secara automatik ke dalam iPod,
Penyepaduan dengan aplikasi lain
Dalam Mac OS X, iTunes disepadukan dengan perisian iWork dan iLife oleh Apple. Perisian-perisian ini boleh mencapai iTunes Library secara terus, membolehkan capaian kepada senarai main dan lagu yang disimpan dalamnya (termasuk muzik sulit yang dibeli dari iTunes Music Store). Fail muzik dari iTunes boleh dibenamkan terus ke dalam dokumen Pages dan boleh membekalkan skor untuk terbitan iDVD, iMovie, dan Keynote. iTunes juga disepadukan dengan Front Row (Front Row menyusun maklumat dari pustaka iTunes dan iPhoto pengguna). Selain itu, mana-mana lagu yang dieksport dari GarageBand, perisian penghasilan muzik Apple, secara automatiknya ditambah dalam pustaka muzik iTunes pengguna. Artwork.saver dalam iTunes ialah penyelamat skrin dalam Mac OS X v10.4 yang memaparkan seni kulit album sebagai penyelamat skrin. iTunes Widget ialah widget Dashboard yang mengawal iTunes. Perisian Senuti untuk Mac OS X membolehkan iTunes disepadukan agar iPod dan iTunes boleh saling memindahkan lagu. Tambahan pelayar web FoxyTunes menyepadukan iTunes dengan Firefox, Flock, dan Internet Explorer. Lebih-lebih lagi, iTunes boleh diskripkan menggunakan AppleScript untuk Mac OS X atau SDK yang disediakan Apple untuk iTunes dalam Windows melalui Visual Basic, JavaScript, atau C.
iPhone
Sejak pengenalan iPhone, iTunes boleh digunakan untuk menghidupkan iPhone melalui penyedia perkhidmatan telefon bimbit. Rancangan asal untuk iPhone 3G adalah pihak penyedia mengesahkannya di tempat jualan, sama ada melalui iTunes atau antara muka pengaktifan penyedia sendiri.[19] Bagaimanapun, keruntuhan pelayan pengesahan iTunes seluruh dunia pada 11 Julai 2008, iaitu hari keluarnya iPhone 3G, menimbulkan masalah besar. Adakalanya, pekerja AT&T dan Apple Store meminta pembeli iPhone agar cuba menghidupkannya di rumah.[20] Turut terjejas adalah pengguna iPhone asal yang cuba menaik taraf ke perisian tegal 2.0.[21][22] Kedai-kedai UK Apple, O2 dan Carphone Warehouse turut terjejas, kerana pelayan pemprosesan kontrak O2 (yang dikenali sebagai Gateway) tidak mampu menampung sebegitu banyak kontrak baru dan penaiktarafan yang dilakukan pada hari pelancaran. Kedai-kedai terpaksa berbalik ke kontrak tandatangan, atau menyimpan stok sahaja. Berikutan pelancaran iPhone 3GS pada 19 Jun 2009, penghidupan iTunes di rumah disediakan untuk pembeli iPhone dari AT&T dan Apple. Ini membolehkan pembeli menghidupkan iPhone 3GS sebaik sahaja pulang ke rumah.[23]
Pemalam
iTunes menyokong pemalam (plugins) visualizer dan peranti. Pemalam visualizer membolehkan pemaju mencipta paparan visual berpacuan muzik. Kit pembangunan pemalam visualizer untuk Mac dan Windows boleh dimuat turun secara percuma dari Apple.[24] Pemalam peranti membolehkan sokongan dari peranti pemain muzik tambahan, tetapi Apple hanya melesenkan API kepada OEM bona fide yang menandatangani perjanjian tanpa pendedahan. [25]
Lihat juga
Wikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: ITunes |
- Perbandingan pemain media
- iTunes Store
- Senuti
Rujukan
- ^ iTunes 10.6.1, iTunes 10.6.1 installer file sizes.
- ^ iTunes 10.3.1, The 23 supported languages that iTunes is available in.
- ^ "Macworld Expo San Francisco 2001". Ars Technica. Dicapai pada 16 Jun 2006.
- ^ "Rock Star: Musical Game Software for Mac OS X". Freshly Squeezed Software. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-12. Dicapai pada 2006-01-12.
- ^ HOWTO: Move your iTunes music while preserving library data (when you don’t let iTunes manage your music library)
- ^ Amorim, Roberto (2003). "Results of MP3 at 128 kbit/s public Listening Test". Roberto's public listening tests page. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-16. Dicapai pada 2006-01-12.
- ^ "Windows Media® Components for QuickTime". Microsoft.
- ^ a b Creating Content for iPod + iTunes
- ^ Sending CD information to the Gracenote CDDB[pautan mati kekal]
- ^ "Digital Audio Access Protocol". DAAP. Dicapai pada 2006-01-12.
- ^ "Snorp.net - iTunes 7". DAAP. 2006-09-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-22. Dicapai pada 2007-01-23.
- ^ "Award-Winning MGM Films Now on the iTunes Store: Most Popular Online Movie Store Offers Over 500 Movies". Apple Inc. Dicapai pada 2007-04-11.
- ^ "Creating Smart Playlists". Dicapai pada 2006-07-02.
- ^ "DJ a Party with iTunes".
- ^ "The iTunes Effect". HawaiiUP.com. 2005-07-01. Dicapai pada 2006-07-04.
- ^ "Podcasts Get Lift From 'iTunes Effect'". Saint Paul Pioneer Press. 2005-07-08. Dicapai pada 2006-07-04.
- ^ "iTunes for Mac OS X: Compatible Players". Apple Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-20. Dicapai pada 2006-02-13.
- ^ "MP3 player compatibility with iTunes for Windows". Apple Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-09. Dicapai pada 2006-02-13.
- ^ "iPhone 3G: the details you never wanted to know". Boy Genius. 2008-06-09.
- ^ "iTunes activation outages are rendering new and old iPhones problematic". BetaNews. 2008-07-11.
- ^ "iTunes activation server pining for the fjords". The Unofficial Apple Weblog. 2008-07-11.
- ^ "Apple and AT&T Stores Having Difficulty Activating iPhones (UPDATE: It's the iPocalypse)". Gizmodo. 2008-07-11.
- ^ http://www.att.com/Common/merger/files/pdf/iPhone/Customers_FAQs.pdf
- ^ "Development Kits". Apple Developer Connection. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-10. Dicapai pada 2006-01-12.
- ^ "Mp3 Paw". Mp3 Paw. Dicapai pada 2024-04-01.
Pautan luar
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0