Kebanyakan tradisi mempunyai masakan tersendiri, tertentu set tradisi, keutamaan, dan amalan memasak, kajian yang dikenali sebagai gastronomi. Kebanyakan budaya telah mempelbagaikan makanan cara penyediaan, kaedah masakan dan pembuatan. Ini juga termasuk perdagangan makanan kompleks yang membantu budaya untuk terus hidup dari segi ekonomi dengan gaya makanan, bukan hanya dengan memakan makanan sahaja. Masakan global boleh ditakrifkan sebagai masakan berdasarkan global, kawasan benua, negara, negeri atau tempatan; pada dasarnya adalah masakan di dunia.
Kebanyakan budaya mengkaji dan menganalisis tabiat pemakanan. Walaupun manusia adalah omnivor, agama dan konstruk sosial seperti kesusilaan sering memberi kesan tentang makanan yang boleh diambil. Keselamatan makanan juga menjadi perhatian dengan penyakit bawaan makanan mengorbankan banyak nyawa setiap tahun. Dalam bahasa Melayu, bahan dan istilah makanan sering digunakan dalam peribahasa, metafora atau kiasan, seperti buah fikiran atau santapan rohani.
Bibimbap (비빔밥, sebutan bahasa Korea:[bibimbap], kadang kala dirumikan menjadi bi bim bap atau bi bim bop) ialah satu daripada hidangan istimewa Korea. Perkataannya seara harfiah bermaksud "nasi campur". Bibimbap disajikan dalam mangkuk yang berisi nasi panas yang ditutupi dengan namul (sayur tumis dan diperisa) dan gochujang (pes cili), kicap, atau doenjang, pes kacang soya masin. Telur mentah atau goreng dan hirisan daging (lazimnya daging lembu) adalah kebiasaan lauknya. Makanan ersebut kemudiannya dikacau panas-panas sebelum dimakan.
Di Korea Selatan, Jeonju, Jinju, dan Tongyeong amat terkenal dengan bibimbap versi mereka sendiri. Pada 2011, ia berada pada kedudukan ke-40 dalam 50 makanan paling lazat di dunia melalui undian pembvaca yang dikumpulkan oleh CNN Travel.
Kimchi, Kimchee atau Gimchi (김치) adalah hidangan jeruk sayur Korea, biasanya kubis atau Muwoo (lobak putih), dan biasanya disaji sebagai hidangan sampingan. Ia biasanya diperam dalam air campuran ikan bilis, halia, bawang putih, green onion dan cili. Berikut adalah resipi standard untuk kimchi baechoo (kubis napa).
...bahawa dalam masakan Palestin, terdapat beberapa jenis makanan seperti sandwich dan pizza dimakan oleh rakyat Palestin, termasuk manaeesh, sfiha, fatayer dan shawarma. Manaeesh adalah roti rata yang dibakar, biasanya dihias atas dengan za'atar dan minyak zaitun?