Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budayamanusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Hikayat Amir Hamzah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Amir Hamzah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam. Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, semasa pertahanan Melaka dari serangan Portugis, hikayat ini dikatakan telah dibacakan bagi menaikan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya.
Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, semasa pertahanan Melaka dari serangan Portugis, hikayat ini dikatakan telah diberikan oleh Sultan Melaka dan Kesultanan Melayu Melaka untuk dibacakan bagi menaikkan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya.
Skrip Tamil (atau vaṭṭeḻuttu "tulisan berbulat") ialah sejenis skrip Indic yang digunakan untuk menulis bahasa Tamil. Dengan penggunaan tanda diakritik khas untuk mewakili aspirasi (fonetik) dan konsonan bersuara yang tidak terdapat dalam skrip asas, skrip ini juga digunakan untuk menulis bahasa Saurashtra dan, oleh orang Tamil untuk menulis bahasa Sanskrit. Skrip Tamil mempunyai 12 huruf vokal (uyireḻuttu "huruf roh"), 18 konsonan (meyyeḻuttu "huruf jasad") dan satu aksara bergelar aytam yang dikelaskan dalam nahu bahasa Tamil sebagai bukan konsonan mahupun vokal (aliyeḻuttu "huruf khunsa"). Namun begitu, sistem tulisan ini berasaskan suku kata dan bukan huruf. Maka, dalam keseluruhan skrip ini terdapat 31 huruf dalam bentuk tunggal, ditambah dengan 216 huruf gugusan (uyirmeyyeḻuttu) yang mewakili setiap kombinasi konsonan dan vokal yang boleh dibentuk. Huruf gugusan ini dibentuk dengan membubuh tanda vokal pada konsonan. Sesetengah vokal memerlukan bentuk asas konsonan untuk diubah mengikut cara yang tertentu kepada vokal itu. Ada gugusan lain yang ditulis dengan membubuh akhiran, awalan atau apitan khusus pada vokal pada aksara konsonan. Dalam setiap kes ini tanda vokal berbeza bentuknya daripada bentuk tunggal bunyi vokal masing-masing.
...bahawa Anugerah Penulis S.E.A. (S.E.A. Write Award), atau Anugerah Penulis Asia Tenggara - Southeast Asian Writers Award, merupakan anugerah yang diberikan setiap tahun semenjak 1979 kepada penyair dan penulis di Asia Tenggara.
...bahawa perkataan drama berasal daripada bahasa Greek yang bermakna "tindakan", dan bahasa Yunani Purba yang bermaksud "membuat".
...bahawa cerpen berasal dari Eropah dan karya yang bertajuk Kecelakaan Pemalas (dari Nor bin Ibrahim Al-Madrasi) merupakan cerpen pertama berada di Tanah Melayu pada tahun 1920.
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan sastera, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.