Arak minuman yang mengandungi etanol, sejenis alkohol yang menyebabkan rasa mabuk meringankan badan.
Ia merupakan pinjaman Arab: ﻋَﺮَﻕ, rumi: ʿaraq yang difahamkan bermaksud "peluh"[1][2] - nama ini pada asalnya merujuk kepada suatu minuman beralkohol khusus daripada anggur dan jintan manis didapati di kawasan Syam. Nama ini turut dibawa kepada minuman keras sulingan terhasil di Hindia Timur Belanda dan nira kelapa, tebu atau beras melalui bentuk arrack, Indonesia lebih mengaitkan nama "arak" itu kepada minuman sebegini.
Penggunaan
Di sesetengah negara benua Eropah, arak kerap digunakan sebagai penghangat bagi tubuh lagi-lagi semasa musim sejuk kerana kemampuan ia melancarkan peredaran darah melalui peluasan pembuluh darah. Di samping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.
Sebagai sampingan makanan
Dalam masakan sesetengah masyarakat Barat, suatu minuman arak khusus lazim dijamukan untuk beberapa tertentu:
- menggalakkan selera makan belum hidangan utama - arak jenis ini diberi nama apéritif[3] serta berkencerungan kering (contoh: champagne).
- menggalakkan pencernaan selepas makan - arak ini diberi nama digestif (contoh: brandi, vermouth).
Sebagai perisa
Kandungan etanol dalam arak (lagi-lagi dalam bentuk tulen) boleh melarutkan lemak dan minyak masakan. Tahap asid dalam arak-arak ini turut dipakai dengan tujuan menambahkan rasa manis atau berlauk kepada kaldu dan rendidih.[4]
Pandangan mengikut agama
Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram di mana ia dianggap sebagau suatu minuman "kemegahan" bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik.
Sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya diharamkan oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak
Antara contoh jenis arak
Kumpulan Utama Minuman Beralkohol dan Tembakau
minuman yang mengandungi bahan ethanol yang dapat meringankan badan dan menjadikan seseorang mabuk serta merupakan tidak halal di sisi ajaran agama Islam serta Tembakau sejenis tumbuhan yang merupakan bahan utama untuk menghasilkan rokok, cerut dan sugi
Lihat juga
Rujukan
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 246. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Dictionary definition: arak. (n.d.) American Heritage Dictionary of the English Language, Fifth Edition. (2011). Retrieved March 10, 2016.
- ^ Caton, S.J.; Ball, M; Ahern, A; Hetherington, M.M. (2004). "Dose-dependent effects of alcohol on appetite and food intake". Physiology & Behavior. 81 (1): 51–58. doi:10.1016/j.physbeh.2003.12.017. PMID 15059684.
- ^ "6 Secrets of Cooking with Wine".