Sebahagian dari siri |
Sajian |
---|
Sajian Hidangan |
|
Komponen dan Juadah |
Konsep berkaitan |
Makan tengah hari (Jawi: ماكن تڠه هاري ), merarau atau makan siang ialah makan ringan biasanya dimakan pada tengah hari.[1] Merarau biasanya hidangan kedua yang dihidangkan dalam sehari selepas sarapan. Saiz makan berbeza bergantung kepada budaya, dan pelbagai variasi yang bayan wujud pada wilayah maupun daerah-daerah yang berlainan di dunia.
Sejarah
Secara umum, pada Zaman Pertengahan hidangan utama bagi semua orang hampir berlaku pada tengah hari, orang-orang jarang atau bahkan tidak pernah memakan makanan di pagi hari atau biasa kita sebut sebagai sarapan. Bagi masyarakat pada masa itu, waktu merarau ialah hidangan pertama mereka.
Semasa abad ke-17 dan ke-18 terjadi perubahan, perlahan merarau atau dinner dipanggil sebagai makan malam, yang secara perlahan-lahan bertolak menjadi petang, sehingga mewujudkan jurang masa yang lebih besar antara sarapan dan makan malam; santapan yang dipanggil merarau datang untuk mengisi jurang itu.[2] Makan malam formal, diterangi oleh lilin buatan, kadang-kadang dengan hiburan, ialah parti gabi selewat era Regensi.
Sehingga abad ke-19 awal, merarau atau makan tengah hari telah secara amnya dikhaskan bagi wanita, yang sering merarau dengan satu sama lain apabila suami mereka telah keluar. Selewat tahun 1945, Emily Post menulis dalam majalah Etiquette yang menjelaskan masalah mengenai merarau. Pada lazimnya dilakukan oleh dan untuk wanita, tetapi hal itu sudah ghalib, terutamanya di tempat-tempat musim panas atau di bandar-bandar pada hari Sabtu dan Ahad, lelaki yang melakukannya pun bilangannya sama".
Merarau dahulunya ialah jadual makan ringan bagi wanita; apabila Pangeran dari Wales, George IV sering berhenti merarau bersama rakan-rakan wanitanya, beliau dihinakan sebab ciri kewanitaan itu.[2]
Bermula pada tahun 1840-an, minum petang melengkapi merarau pada pukul empat.[2] Mrs Beeton's Book of Household Management (1861) – panduan kepada semua aspek menjalani urusan rumah di Britain Victoria, karya kepada Isabella Beeton – lebih kurang menjelaskan mengenai merarau iaitu makan kira-kira antara makan malam atau majlis minum lewat malam:
Peninggalan sendi sejuk, dihiasi dengan baik, sedikit manisan, atau daging yang diolah sedikit, ayam mahupun lembu/kambing, adalah perkara biasa diletakkan di atas meja bagi makanan merarau, dengan roti dan keju, biskut, mentega, dan lain-lain. Jika makan besar yang diingini, stik batang pinang atau cop kambing boleh dihidangkan, begitu juga kutlet anak lembu, buah pinggang... Dalam keluarga di mana terdapat tempat asuhan kanak-kanak, pembantu rumah sering mengambil bahagian makan dengan anak-anak, dan menjadikannya sebagai jamuan merarau beliau. Pada musim panas, beberapa hidangan buah-buahan segar perlu ditambah bagi merarau, atau, selain daripada ini, manisan buah-buahan atau tat buah-buahan, atau puding.[3]
Merarau pada era moden
Dengan bermulanya perindustrian pada abad ke-19, pekerja lelaki mula bekerja dengan jadual panjang di kilang, menjejaskan tabiat makan lama seperti kehidupan di kampung dahulu. Pada mulanya, pekerja dihantar pulang bagi makan malam ringkas yang disediakan oleh isteri-isteri mereka, tetapi apabila tempat kerja semakin jauh dari rumah, lelaki yang bekerja menyediakan diri mereka dengan sesuatu yang mudah alih dimakan semasa rehat ketika tengah hari.
Hidangan merarau perlahan-lahan menjadi lazim di England apabila pekerja dengan pekerjaan waktu panjang dan tetap di kilang diberi jadual berehat satu jam bagi merarau dan mereka pun mendapat tenaga bagi syif petang. Gerai dan kemudian kedai daging berhampiran di antara kilang-kilang, mula menyediakan makanan besar-besaran bagi kelas pekerja. Merarau bagi pekerja dan kemudian masyarakat awam dianggap sebuah kelaziman sehingga ke hari ini.[4]
Di seluruh dunia
Asia
Makan tengah hari tradisional Bengali ialah sajian tujuh juadah. Masakan Bengali ialah gaya masakan yang berasal Bengal, sebuah wilayah di bahagian timur yang benua kecil India, yang kini terbahagi antara Bangladesh dan Bengal Barat. Juadah pertama ialah shukto, yang merupakan perpaduan campuran sayur-sayuran yang dimasak dengan beberapa rempah dan di atasnya diberi toping sos kelapa. Juadah kedua terdiri daripada nasi, dal, dan kari sayur-sayuran. Juadah ketiga terdiri daripada beras dan kari ikan. Juadah keempat ialah beras dan kari daging (biasanya sevon, kambing, ayam atau bebiri). Juadah kelima mengandungi persiapan manis seperti rasgulla, pantua, rajbhog, sandesh, dan lain-lain. Juadah keenam terdiri daripada payesh atau mishti doi (yogurt manis). Juadah ketujuh ialah paan, yang bertindak sebagai penyegar mulut.
Dalam tradisi China, aktiviti merarau tidak dipandang ganjil seperti pandangan berat kerana ia lazim diperbuat sejak sebelum revolusi perindustrian. Nasi, mi dan lain-lain makanan panas campur sering dimakan saat di kedai makan atau mentapaunya ke rumah. Merarau dikenali sebagai 午餐 (wuchan) atau 午饭 (wufan) di kebanyakan wilayah.
-
Makanan tengah hari di sebuah restoran di Hong Kong
-
Masakan Jepun: Satu set udon makan tengah hari
-
Makan tengah biasa di India Selatan yang dihidangkan di atas pinggan
Timur Tengah
Di Timur Tengah dan di kebanyakan negara-negara Arab, makan tengah hari dimakan antara waktu 1:00 petang sehingga 4:00 petang dan ialah hidangan utama bagi sepanjang hari. Menu Makan tengah hari biasanya terdiri daripada daging, beras, sayur-sayuran dan sos dan kadang-kadang tetapi tidak semestinya diikuti dengan pencuci mulut seperti kuih. Makan tengah hari juga dimakan sebagai makanan ringan pada suatu masa di Timur Tengah, seperti apabila anak-anak tiba di rumah dari sekolah manakala ibu bapa masih keluar bekerja.[5] Air biasa disaji, yang boleh mempunyai ais dan minuman lain seperti minuman ringan, minuman yogurt juga menyertai masakan.[5]
Eropah
Merarau di Denmark, yang disebut sebagai frokost,[6] ialah makanan ringan. Selalunya ia termasuk roti rai dengan topping yang berbeza seperti pâté hati, ikan hering, dan keju.[7][8][9] Smørrebrød adalah makanan istimewa tengah hari Denmark yang sering digunakan bagi mesyuarat perniagaan atau acara-acara khas.
Di Finland, merarau ialah masakan panas dan harus panas,[a] masakan Finland dihidang menjadi satu juadah, kadang kala salad kecil dan pencuci mulut menyertai hidangan utama. Hidangan Finland ialah pelbagai daripada daging atau ikan kepada sup yang cukup untuk membentuk juadah.[11]
Di Perancis, merarau biasanya antara tepat tengah hari sehingga 2:00 petang.[12]
Di Jerman, merarau ialah hidangan utama bagi satu-satu hari.[b] Ia secara tradisinya hidangan panas yang besar, kadang kala dengan juadah-juadah tambahan seperti sup dan pencuci mulut. Hidangan merarau biasanya merupakan masakan savuri, yang terdiri daripada bahan kaya protein (semisal daging) atau makanan berkanji (semisal kentang) dan buah-buahan. Kaserol dan stew ialah masakan makanan pembuka yang popular. Terdapat beberapa hidangan manis penyehar mulut seperti Germknödel atau puding beras. Merarau dalam bahasa Jerman dipanggil Mittagessen – yang bermakna "makanan tengah hari".
Di Belanda, Belgium dan Norway, perkara umum memakan sandwic yang biasa dimakan bagi sarapan pada waktu makan tengah hari: kepingan roti yang orang biasanya bawa ke tempat kerja atau sekolah dan makan bersama kafeteria pejabat atau sekolah. Kepingan roti sandwic biasanya dipenuhi dengan kandungan manis atau tidak manis seperti taburan coklat (vlokken), sirap epal, mentega kacang, hirisan daging, keju atau kroket. Hidangan biasanya termasuk kopi, susu atau jus, dan kadang-kadang yogurt, beberapa buah-buahan atau sup.
Di Portugal, merarau (almoço dalam bahasa Portugis) terdiri daripada hidangan panas yang penuh, sama dengan makan malam, biasanya dengan sup, daging atau ikan, dan pencuci mulut. Ia disajikan antara tengah hari sehingga 2:00 petang. Ia hidangan yang utama bagi satu-satu hari di seluruh negara dengan pengecualian wilayah Metropolitan Lisbon dan Porto. Perkataan Portugis lanche meminjam kata dari bahasa Inggeris "lunch", tetapi dalam bahasa itu, lanche merujuk kepada makanan yang lebih ringan atau snek yang diambil pada waktu petang (sekitar 5 petang) disebabkan oleh hakikat bahawa, secara tradisinya, makan malam Portugis disajikan lebih lewat daripada negara berbahasa Inggeris.
Di Sepanyol, merarau berlaku di antara 1:00 petang dan 3:00 petang; sebaliknya, gabi biasanya tidak bermula sehingga antara 8:30 petang dan 10:00 petang dan makan malam di bawah waktu itu. Makanan utama bagi merarau sama dengan makan malam yang terdiri daripada tiga jenis hidangan. Juadah pertama biasanya terdiri daripada pembuka selera; juadah utama hidangan adalah lebih rumit, biasanya berasaskan daging atau ikan; penyegar mulut sesuatu yang manis, sering disertai dengan kopi atau jumlah kecil minuman beralkohol. Kebanyakan tempat kerja mempunyai kedai makan yang lengkap dengan kemudahan rehat tengah hari sekurang-kurangnya satu jam. Sekolah Sepanyol mempunyai kedai makan yang lengkap juga, dan pelajar mempunyai jadual rehat satu jam. Tiga hidangan adalah tradisi biasa di rumah, tempat kerja dan waktu rehat sekolah yang sekurang-kurangnya satu jam. Kebanyakan kedai-kedai kecil akan tutup antara dua hingga empat jam – biasanya antara 1:30 petang hingga 4:30 petang – bagi membolehkan pekerja pulang ke rumah bagi makan tengah hari bersama keluarga.
Di Sweden, merarau biasanya juadah hidangan panas, sama seperti di Finland tetapi banyak perbezaan kerana perbezaan rumpun dengan negara itu (Sweden ialah negara Skandinavia sedangkan Finland bahagian daripada kebudayaan Finno-Ugrik).[a]
Di United Kingdom, merarau biasanya hidangan yang kecil, yang direka bagi mencegah kelaparan sehingga pulang dari kerja dan biasanya dimakan pada awal petang.[14] Merarau boleh ditapau kemudian membawanya ke pub (tempat meminum khamr dalam bahasa Inggeris British).[15] Hidangan makan tengah hari di pub termasuk ikan dan kentang goreng, ploughman's lunch dan lain-lain.[14]
-
Menu merarau yang lazim di kafeteria sekolah Sweden
-
Perkelahan luar Sweden
-
Hamburger mengandung keju di sebuah pub di London
Eropah Tengah
Di Hungary, merarau secara tradisinya makan utama bagi satu-satu hari,[16] berikutan leves (sup).
Di Poland santapan utama bagi satu-satu hari (dipanggil obiad) secara tradisinya dimakan antara 1:00 petang dan 5:00 petang,[c] dan terdiri daripada sup dan hidangan utama. Kebanyakan orang Poland menyamakan perkataan Inggeris "lunch" dengan "obiad" kerana ia adalah yang kedua daripada tiga santapan utama bagi satu-satu hari; śniadanie (sarapan), obiad (makan tengah hari/makan malam) and kolacja (makan malam/gabi). Terdapat satu lagi hidangan dimakan oleh sesetengah dipanggil drugie śniadanie, yang bermaksud "sarapan kedua". Drugie śniadanie dimakan sekitar 10:00 pagi dan ialah makanan yang ringan, biasanya terdiri daripada sandwic dan/atau salad, atau sup cair.
Eropah Timur
Di Russia, merarau diambil pada sebelah petang. Biasanya makan tengah hari adalah hidangan yang paling besar[d] dan terdiri daripada juadah pertama, sering merupakan daging, dan juadah kedua daging dan hiasan. Teh ialah teman yang baik ketika merarau di Rusia.
Eropah Tenggara
Di Bosnia dan Herzegovina, merarau ialah hidangan utama bagi satu-satu hari. Merarau secara tradisinya, hidangan panas yang besar kadang dengan juadah-juadah tambahan seperti sup dan pencuci mulut. Ia biasanya hidangan savuri, yang terdiri daripada protein (seperti daging), makanan berkanji (seperti kentang) dan buah-buahan atau salad. Ia biasanya dimakan sekitar 2:00 petang.
Di Romania, merarau (prânz dalam bahasa Romania) ialah hidangan panas yang utama bagi satu-satu hari.[19] Aktiviti ini biasanya diperbuat pada waktu 12:00, tetapi tidak pernah melewati jam 3:00 petang. Makan tengah hari biasanya terdiri daripada dua hidangan: biasanya, sajian pertama adalah sup ringan dan sajian kedua, hidangan utama, sering kali terdiri daripada daging disertakan dengan kentang, nasi atau pasta (garnitură) Secara tradisinya, orang pernah membakar dan memakan pencuci mulut ketika tengah hari, tetapi pada masa kini hal itu sudah jarang diperbuat. Pada hari Ahad, merarau akan lebih konsisten dan biasanya disertai dengan kuih penyegar mulut atau ulam.
Amerika Utara
Di Amerika Syarikat dan Kanada, makan tengah hari biasanya hidangan bersaiz sederhana yang biasanya dimakan sekitar tengah hari. Dalam minggu kerja, penduduk Amerika Utara biasanya makan makanan merarau yang segera yang selalunya mengandungi beberapa jenis sandwich, sup atau lebihan makanan dari makan malam/gabi sebelumnya (contohnya, mi atau pasta). Kanak-kanak sering membawa bekalan merarau ke dalam beg yang dibawa ke sekolah, menu bekal yang popular terdiri daripada sandwic seperti bologna (atau lain-lain potongan sejuk) dan keju, tuna, ayam, atau mentega kacang dan jeli, atau, di Kanada, pai savuri, serta beberapa buah-buahan, kerepek kentang, pencuci mulut dan minuman seperti jus, susu atau air. Golongan dewasa boleh meninggalkan kerja bagi pergi keluar mencari makanan merarau yang pantas. Amerika dan Kanada ialah negara yang mempunyai kebudayaan majemuk. Pelbagai menu yang popular bagi pekerja ialah: beberapa jenis sandwic panas atau sejuk seperti hamburger atau sandwic "sub" (sandwic khas Itali), salad dan sup juga hidangan yang biasa, serta taco, burrito, sushi, kotak bento, dan piza. Separuh individu mungkin membungkus lebihan makanan pada waktu sarapan bagi merarau. Makanan makan tengah hari boleh dimakan di pelbagai jenis restoran, seperti formal, kasual segera dan restoran makanan segera. Kanada dan Amerika secara amnya tidak pulang ke rumah bagi makan tengah hari dan makan di pejabat atau kafeteria. Waktu makan tengah hari jarang berlangsung lebih daripada satu jam kecuali makan tengah hari perniagaan, yang boleh berlangsung lebih lama. Di Amerika Syarikat, merarau tiga martini – dipanggil sedemikian sebab hidangan meliputi jumlah masa yang diperlukan bagi minum tiga martini – telah membuat kemunculan semula sejak 2010. [20] Perniagaan boleh memotong 80% daripada kos merarau itu.[21] Kanak-kanak umumnya diberi rehat di pertengahan hari sekolah bagi merarau. Sekolah-sekolah awam sering mempunyai kafeteria di mana kanak-kanak boleh membeli makan tengah hari atau memakan merarau yang disimpan dalam beg. Sekolah berasrama penuh dan sekolah swasta, termasuk universiti, sering mempunyai kafeteria di mana makan tengah hari dijualbelikan.
Di Mexico, merarah (comida) biasanya hidangan utama bagi sepanjang hari, dan biasanya disantap antara waktu 2:00 petang dan 4:00 petang. Ia biasanya termasuk tiga atau empat juadah: yang pertama ialah entrée nasi, mi atau pasta, tetapi juga mungkin termasuk sup atau ulam. Yang kedua terdiri daripada hidangan utama, dipanggil guisado, dihidangkan dengan satu atau dua lauk pauk seperti kacang goreng semula, sayur-sayuran masak, nasi atau salad. Hidangan utama disertai dengan tortilla atau roti yang dipanggil bolillo. Juadah ketiga ialah gabungan pencuci mulut tradisional atau manis, café de olla, dan digestif. Semasa makan adalah biasa bagi minum aguas frescas, walaupun minuman yang lebih ringan semakin meluas dalam tahun-tahun kebelakangan.
Amerika Selatan
Di Argentina, merarau biasanya hidangan juadah utama pada hari, dan biasanya berlaku antara tengah hari sehingga jam 2:00. Orang biasanya memakanan pelbagai jenis makanan[22][e] seperti ayam, daging lembu, pasta, salad dan minuman seperti air, soda atau khamr dan beberapa pencuci mulut. Walaupun di tempat kerja, orang biasanya mengambil makanam segera yang boleh terdiri atas beberapa jenis sandwich yang dibawa dari rumah atau dibeli di tempat makanan segera.
Di Brazil, makanan merarau adalah hidangan utama bagi satu hari, sama dengan beberapa negeri jiran itu.[f] Merarau berlaku antara waktu 11:30 tengah hari sehingga 2:00. Makanan dasar Brazil ialah jagung dengan kacang, salad dan daging, tetapi jenis makanan mungkin berbeza dari kawasan ke kawasan. Di kawasan-kawasan Utara (rumah kepada lembangan Amazon dan lain-lain sungai besar) kebanyakan orang makan ikan, tetapi ada juga yang memakan daging lembu, sayur-sayuran, kacang, dan farofa. Ayam goreng juga dimakan secara meluas. Pada hujung minggu Brazil biasanya makan churrasco (barbeku) dan Feijoada. Di Bahia, ualah perkara biasa bagi memakan ikan sederum minyak dende dan acarajé. Sebaliknya, perkara biasa di wilayah bandar iaitu São Paulo bagi makan makanan asal Itali dan Jepun, dicampur dengan barbeku dan hidangan asli suku tempatan. Brazil juga senang memakan ubi kayu dan roti keju (dikenali sebagai pão de queijo), kedua-duanya dibuat dari serbuk ubi kayu, dan boleh menggantikan roti gandum bagi mereka yang menghidap penyakit seliak, kerana makanan itu tidak mempunyai kandungan gluten. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan Brazil, seperti cupuaçu, buah dan kacang gajus, fruta do conde, amora, maracujá, betik, jabuticaba, cajá dan lain-lain, dan banyak masakan yang dibuat dengannya, seperti açaí. Minuman ringan guaraná, kopi, caipirinha, bir dan air kelapa dan gula-gula yang dipanggil brigadeiro juga popular.
Oceania
Di Australia, makanan ringan yang dimakan dalam tempoh antara 10:30 pagi dan tengah hari dianggap sarapan lewat pagi; merarau yang sebenar akan dimakan antara tempoh 12 sehingga 2 petang. Hidangan biasanya terdiri daripada buah-buahan atau bijirin produk, sarapan lewat pagi Australia biasa boleh termasuk makanan lain juga seperti burger, sandwic, selain barangan makanan ringan, dan hidangan panas. Kadang-kadang makan semasa lewat petang disebut sebagai "minum petang", hidangan di mana bahagian-bahagian makanan biasanya jauh lebih kecil daripada merarau, kadang-kadang terdiri daripada tidak lebih dari teh atau minuman lain.
Syif berehat tengah hari dan bekerja selepasnya
Memandangkan makan tengah hari biasanya berlaku pada awal-tengah daripada hari bekerja, sama ada boleh dimakan pada waktu rehat daripada kerja, atau sebagai sebahagian daripada hari kerja. Perbezaan antara mereka yang bekerja semasa makan tengah hari dan mereka yang berhenti boleh menjadi suatu perkara budaya, kelas sosial, kuasa tawar-menawar, atau jenis kerja. Juga, untuk memudahkan perkara, sesetengah budaya merujuk kepada rehat makan di tempat kerja sebagai "merarau" tidak kira bila ia berlaku – walaupun di tengah-tengah malam. Hal ini terutama berlaku untuk pekerjaan yang mempunyai pekerja yang mempunyai syif tidak selalu konsisten.
-
Presiden AS Barack Obama dan Perdana Menteri Kanada Stephen Harper dengan staf-stafnya semasa jamuan merarau ketika bekerja di Parlimen Kanada di Ottawa, Ontario, pada tahun 2009
Catatan
- ^ a b "Di Norway dan Denmark makan tengah hari biasa adalah berasaskan sandwic, manakala di Finland dan Sweden makan tengah hari yang panas adalah perkara biasa."[10]
- ^ "Secara tradisinya, makan tengah hari akan menjadi hidangan utama hari. Dalam arena domestik, amalan kerja yang moden telah mengubah ini dengan ketara, walaupun banyak restoran masih mendesak hidangan waktu makan tengahari atau menu makan tengah hari tetap Gedeck atau Tagesmenü."[13]
- ^ "Obiad adalah lebih hampir dengan makan malam Barat, tetapi waktunya lebih seperti makan tengah hari. Anda boleh mengatakan ia adalah makan malam pada waktu makan tengah hari."[17]
- ^ "Makan tengah hari, menurut tradisi Rusia awal, adalah hidangan yang utama bagi satu-satu hari. Makan tengah hari ringan biasanya diambil di tempat kerja."[18]
- ^ "Makan tengah hari dan makan malam kedua-duanya lazat dan untuk keluarga bandar kaya mungkin termasuk sup, daging sejuk, hidangan utama daging dengan kentang dan sayur-sayuran hijau, salad dan pencuci mulut."[23]
- ^ "Di sebahagian besar Brazil, makan besar hari ini dihidangkan pada tengah hari."[24]
Rujukan
- ^ Alan Davidson (August 21, 2014). The Oxford Companion to Food. OUP Oxford. m/s. 478. ISBN 978-0-19-104072-6.
- ^ a b c McMillan, Sherry (2001). "What Time is Dinner?". History Magazine. Dicapai pada August 11, 2007.
- ^ The Book of Household Management. Farrar, Straus, and Giroux. 1861. m/s. 959.
- ^ "Breakfast, lunch and dinner: Have we always eaten them?". BBC. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ a b Heine, P. (2004). Food Culture in the Near East, Middle East, and North Africa. Food culture around the world. Greenwood Press. m/s. 105–106. ISBN 978-0-313-32956-2. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ Hansen, Anders Oreby (2005). Denmark in International Tax Planning. IBFD Publications. m/s. 27. ISBN 978-90-76078-73-1. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ Ken Albala (2011). Food Cultures of the World Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 98. ISBN 978-0-313-37626-9. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ Richard Sale (February 2007). Copenhagen and Denmark. New Holland Publishers. m/s. 29. ISBN 978-1-84537-634-5.
- ^ R. W. Apple, Jr. (December 7, 2010). Far Flung and Well Fed: The Food Writing of R.W. Apple, Jr. St. Martin's Press. m/s. 347. ISBN 978-1-4299-2902-8.
- ^ Fogelholm, M. (2001). Physical Activity: a Part of Healthy Eating?: Report from a Nordic Seminar, Lahti, Finland, February 2000. TemaNord: Food. Nordic Council of Ministers. m/s. 52. ISBN 978-92-893-0658-4. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ Carole Lisa Albyn (January 1993). The Multicultural Cookbook for Students. ABC-CLIO. m/s. 142. ISBN 978-0-89774-735-6.
- ^ Julia Abramson (2007). Food Culture in France. Greenwood Publishing Group. m/s. 108. ISBN 978-0-313-32797-1. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ Schulte-Peevers, A.; Gray, J. (2007). Germany. Country Guides. Lonely Planet. m/s. 84. ISBN 978-1-74059-988-7. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ a b Holly R. Carter (January 1, 2004). The Essential Guide for Study Abroad in the United Kingdom. University Press of America. m/s. 45. ISBN 978-0-7618-2846-4.
- ^ Carter, H.R. (2004). The Essential Guide for Study Abroad in the United Kingdom. G - Reference, Information and Interdisciplinary Subjects Series. University Press of America. m/s. 45. ISBN 978-0-7618-2846-4. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ Long, L.M. (2015). Ethnic American Food Today: A Cultural Encyclopedia. Ethnic American Food Today. Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 279. ISBN 978-1-4422-2731-6. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ Bedford, N. (2008). Poland. Ediz. Inglese. Country Guides (dalam bahasa Turki). Lonely Planet. m/s. 65. ISBN 978-1-74104-479-9. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ Albala, K. (2011). Food Cultures of the World Encyclopedia. Food Cultures of the World Encyclopedia. Greenwood. m/s. 310. ISBN 978-0-313-37626-9. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ Oprea, T. (2003). Romania. Countries of the World (dalam bahasa Poland). Gareth Stevens Pub. m/s. 40. ISBN 978-0-8368-2367-7. Dicapai pada March 15, 2016.
- ^ Staff writer (September 30, 2010). "The Return of the Three-Martini Lunch". Bloomberg. Dicapai pada March 14, 2016.
- ^ Alison Mitchell (July 24, 1999). "House Puts 'Three-Martini Lunch' Tax Break Back on the Table". The New York Times. Dicapai pada March 14, 2016.
- ^ Whittle, J. (1998). Argentina Business: The Portable Encyclopedia for Doing Business with Argentina. Country Business Guide Series. World Trade Press. m/s. 162. ISBN 978-1-885073-75-4.
- ^ Weil, T.E.; Munson, F.P. (1974). Area handbook for Argentina. Pamphlet. Supt. of Docs., U.S. Govt. Print. Off. m/s. 135.
- ^ Klepper, N.; Edmonds, A.C. (1992). Our Global Village - Brazil: Brazil. Our Global Village. Milliken Publishing Company. m/s. 14. ISBN 978-1-55863-265-3.
Pautan luar
Rencana ini adalah sebahagian siri Masakan |
Teknik penyediaan dan perkakas masak |
---|
Perkakas dapur - Teknik Timbang dan ukur |
Ramuan dan jenis makanan |
Makanan |
Makanan wilayah |
Afrika - Asia - Asia Selatan Amerika Latin - Amerika Utara Caribbean - Eropah Tengah Timur Makanan-makanan lain... |
Lihat juga: |
Dapur - Hidangan Tukang masak terkenal Wikibuku: Buku masakan |