Jumlah penduduk | |
---|---|
1.4 bilion[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
China | 1.29 bilion[2] |
Taiwan | 22 juta[3][4] |
Thailand | 10 juta[5][6] |
Malaysia | 6.91 juta[7] |
Amerika Syarikat | 3.80–5.79 juta[8][9] |
Singapura | 3.07 juta[10] |
Indonesia | 2.83 juta[11] |
Myanmar | 1.64 juta[12] |
Kanada | 1.47 juta[13] |
Filipina | 1.35 juta[14] |
Australia | 1.21 juta[15] |
Vietnam | 992,600[16] |
Jepun | 922,000[17] |
Bahasa | |
Cina | |
Agama | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Bangsa Han ialah kelompok etnik yang berasal dari China. Sebagai kelompok etnik yang merupakan kaum Cina yang terbesar, ia juga merupakan kelompok etnik yang terbesar di dunia, dengan bilangan melebihi 1.3 bilion orang. Bangsa Han merupakan lebih kurang 92% daripada jumlah penduduk tanah besar China dan sekitar 19% daripada jumlah penduduk dunia. Terdapat perbezaan genetik, linguistik, kebudayaan, dan sosial yang amat besar antara berbagai-bagai subkumpulannya, khususnya disebabkan oleh beribu-ribu tahun asimilasi pelbagai kelompok etnik serta puak-puak di China. Bangsa Han secara tradisi dilambangkan dengan warna merah.
Istilah

Nama Han berasal daripada nama Dinasti Han yang mewarisi Dinasti Qin. Dinasti Qin menyatukan China tetapi tidak kekal lama. Adalah semasa Dinasti Qin dan Dinasti Han bahawa berbagai-bagai puak di China mula berasa bahawa mereka tergolong dalam kelompok etnik yang sama, berbanding dengan kelompok-kelompok etnik yang lain di sekeliling mereka. Tambahan pula, Dinasti Han yang dapat memperluas kuasa dan pengaruhnya ke Asia Tengah dan Asia Timur Laut dianggap sebagai kemuncak tamadun Cina.
Dalam bahasa Inggeris, Bangsa Han juga dirujuk secara mudah sebagai "bangsa Cina". [18] Istilah "bangsa Cina" pada dirinya tidak merujuk khusus kepada bangsa Han dan boleh merujuk kepada orang-orang yang berwarganegara China.
Lagi sepatah istilah yang biasa digunakan oleh orang-orang Cina perantauan ialah istilah Huaren) yang berasal daripada perkataan Zhonghua), nama harfiah untuk China. Terjemahan yang biasa ialah "etnik Cina" yang merujuk kepada "orang-orang Cina" sebagai sebuah gabungan kebudayaan dan etnik, dan yang merangkumi semua orang Cina, baik di negeri China mahupun di luar negeri.
Sejarah
Prasejarah dan kaum Huaxia
Sejarah bangsa Han amat terikat dengan sejarah China. Bangsa Han dapat menyusur-galur keturunannya kepada kaum Huaxia() yang tinggal di sepanjang Sungai Kuning) di China utara. Catatan Ahli Sejarah Agung yang ditulis oleh Sima Qian), ahli sejarah Cina yang termasyhur, menetapkan tarikh pemerintahan Maharaja Kuning, leluhur legenda bangsa Han, sebagai antara tahun 2698 SM hingga 2599 SM. Walaupun kajian-kajian terhadap zaman ini dirumitkan oleh kekurangan rekod sejarah, penemuan tapak-tapak arkeologi telah menentukan sebuah urutan kebudayaan Neolitik di sepanjang Sungai Kuning seperti yang berikut:
- Di pertengahan Sungai Kuning: Kebudayaan Yangshao (5000 SM - 3000 SM), dan kebudayaan Longshan (3000 SM - 2000 SM);
- Di hilir Sungai Kuning: Kebudayaan Qingliangang (5400 SM - 4000 SM), kebudayaan Dawenkou (4300 SM - 2500 SM), kebudayaan Longshan 龙山文化(2500 SM - 2000 SM), dan kebudayaan Yueshi 岳石文化.
Sejarah awal
Dinasti pertama yang dihuraikan dalam rekod-rekod sejarah Cina ialah Dinasti Xia, zaman legenda yang tidak mempunyai banyak bukti arkeologi. Dinasti ini digulingkan oleh orang-orang dari timur yang kemudian mengasaskan Dinasti Shang 商朝 (1600 – 1046 SM). Sebilangan contoh tulisan Cina yang terawal wujud sejak dari zaman ini, dan merupakan askara-askara yang ditulis untuk peramalan tulang. Dinasti Shang akhirnya digulingkan oleh orang-orang Zhou yang muncul sebagai sebuah negeri di sepanjang Sungai Kuning pada sekitar milenium ke-2 SM.
Dinasti Zhou merupakan pewaris Dinasti Shang. Mereka yang berkongsi bahasa dan kebudayaan yang sama dengan orang-orang Shang memperluas kawasan mereka sehingga merangkumi kebanyakan kawasan di utara Sungai Yangtze. Melalui penaklukan dan penjajahan, kebanyakan kawasan ini mengalami proses pencinaan, dan kebudayaan proto-Han berkembang ke selatan.
Kebudayaan
Kebudayaan Cina yang merupakan salah sebahagian tamadun dunia yang tertua dan yang paling rumit telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Orang-orang Han mempercayai bahawa mereka berketurunan daripada leluhur-leluhur yang sama dengan Maharaja Huang dan Maharaja Yan beberapa ribu tahun dahulu. Oleh itu, sesetengah orang Han merujuk kepada diri mereka sebagai "keturunan Maharaja Yan dan/atau Maharaja Huang( ". Dalam iklim politik yang memecahbelahkan, seperti antara tanah besar China dengan Taiwan, frasa ini telah menjadi sebut-sebutan dalam dunia politik.
Pada sepanjang sejarah China, kebudayaan Cina telah amat dipengaruhi oleh Konfusianisme. Dihargai untuk membentuk pemikiran Cina, Konfusianisme merupakan falsafah rasmi pada kebanyakan sejarah Empayar China, dengan penguasaan teks Konfusianisme merupakan kriteria utama untuk pemasukan ke dalam birokrasi empayar.
Bahasa
Orang-orang Han bertutur dalam berbagai-bagai bentuk bahasa Cina. Salah satu nama kumpulan bahasanya ialah Hanyu yang secara harfiah membawa pengertian "bahasa Han". Serupa juga, aksara Cina yang digunakan untuk menulis bahasa Cina dipanggil Hanzi atau "aksara Han."
Bahasa sebagai faktor perpaduan
Walaupun terdapat banyak loghat bahasa tuturan Cina, salah satu faktor dalam perpaduan bangsa Han ialah bahasa tulisan Cina. Perpaduan ini diberikan penghargaan kepada dinasti Qin yang menyatukan berbagai-bagai bentuk tulisan yang wujud di China pada masa itu. Selama beribu-ribu tahun, bahasa Cina kesusasteraan telah dipergunakan sebagai format penulisan piawai yang menggunakan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang amat berbeza dengan pelbagai bentuk bahasa tuturan Cina.
Sejak dari abad ke-20, tulisan Cina biasanya merupakan tulisan bahasa vernakular Cina yang berdasarkan sebahagian besarnya pada loghat bahasa Mandarin, dan bukannya loghat tempatan penulis (kecuali penggunaan tak rasmi bahasa tulisan Kantonis). Oleh itu, walaupun penduduk-penduduk dari kawasan-kawasan yang berbeza tidak semestinya memahami pertuturan antara satu sama lain, mereka memahami tulisan masing-masing.
"Han" sebagai konsep longgar
Takrif tentang identiti Han telah berubah-ubah pada sepanjang sejarah. Sebelum abad ke-10, sebilangan kelompok etnik bertuturan bahasa Cina seperti Hakka dan Tanka tidak dianggap secara sejagat sebagai bangsa Han, manakala sebilangan kelompok etnik yang tidak bertuturan bahasa Cina, seperti Zhuang(壮族), dianggap sedemikian. [19] Pada hari ini, kaum Cina Hui dianggap sebagai sebuah kelompok etnik yang tersendiri walaupun selain daripada pengamalan Islam mereka, tidak terdapat banyak perbezaan antara mereka dengan orang Han; dua orang Han daripada kawasan yang berbeza mungkin lebih berbeza dari segi bahasa, adat resam, dan budaya, berbanding dengan seorang Han dan seorang Hui yang berjiran.
Semasa Dinasti Qin, orang-orang Han yang menyertai sistem tentera Lapan Panji-panji dianggap sebagai orang Manchu, manakala nasionalis Cina yang mencuba menggulingkan pemerintahan beraja menekankan identiti bangsa Han untuk membezakan mereka daripada identiti raja-raja Manchu. Republik Cina pada pengasasannya mengakui lima kelompok etnik utama: kaum-kaum Han, Hui, Mongol, Manchu, dan Tibet, manakala Republik Rakyat China kini mengiktirafkan 56 buah kelompok etnik.
Menurut kajian-kajian saintifik yang baru-baru ini, [20] terdapat sedikit perbezaan genetik di seluruh China. Disebabkan oleh banyak gelombang penghijrahan dari China Utara ke China Selatan dalam sejarah China, adanya banyak persamaan genetik dalam kromosom Y antara lelaki-lelaki Cina Selatan dan Utara. Bagaimanapun, kepelbagaian DNA mitokondria bangsa Han bertambah ketika kita beralih dari China Utara ke China Selatan. Ini membayangkan bahawa banyak penghijrah lelaki dari China Utara berkahwin dengan wanita-wanita tempatan, seperti kaum Yue, selepas tiba di Guangdong, Fujian, dan kawasan-kawasan lain di China Selatan. Dengan penerusan proses pencampuran ini dengan lebih banyak orang Han berhijrah ke selatan, orang-orang di China Selatan dipercinakan dan mengakui diri sebagai orang Han.
Dokumen-dokumen sejarah menunjukkan bahawa bangsa Han berketurunan daripada puak-puak Huaxia kuno yang tinggal di China utara. Pada sepanjang dua milenium yang lalu, kebudayaan Han (iaitu bahasa dan kebudayaannya yang berkait) tersebar masuk ke China selatan, kawasan yang pada asalnya dihuni oleh orang-orang asli selatan, umpamanya mereka yang menuturkan bahasa-bahasa Dai, Austro-Asia dan Hmong-Mien. Ketika kebudayaan Huaxia tersebar dari kawasan tengahnya di lembangan Sungai Kunin, ia menyerap banyak kelompok etnik yang berbeza. Kelompok-kelompok etnik itu kemudian mengakui diri sebagai bangsa Han apabila mereka mengamalkan bahasa (atau kelainan-kelainannya) dan adat resamnya.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Minahan, James B. (2014). Ethnic Groups of North, East, and Central Asia: An Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 89–95. ISBN 978-1-610-69018-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2020. Dicapai pada 21 May 2020.
- ^ CIA Factbook Diarkibkan 17 Februari 2023 di Wayback Machine: "Han Chinese 91.1%" out of a reported population of 1,416,043,270 (2024 est.)
- ^ "Taiwan snapshot". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mac 2020. Dicapai pada 15 Mac 2020.
- ^ Chen, Chien-Hsiun; Yang, Jenn-Hwai; Chiang, Charleston W. K.; Hsiung, Chia-Ni; Wu, Pei-Ei; Chang, Li-Ching; Chu, Hou-Wei; Chang, Josh; Song, I-Wen; Yang, Show-Ling; Chen, Yuan-Tsong; Liu, Fu-Tong; Shen, Chen-Yang (15 Disember 2016). "Population structure of Han Chinese in the modern Taiwanese population based on 10,000 participants in the Taiwan Biobank project | Human Molecular Genetics | Oxford Academic". Human Molecular Genetics. 25 (24): 5321–5331. doi:10.1093/hmg/ddw346. PMC 6078601. PMID 27798100. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2020. Dicapai pada 2022-02-14.
- ^ John Draper; Joel Sawat Selway (Januari 2019). "A New Dataset on Horizontal Structural Ethnic Inequalities in Thailand in Order to Address Sustainable Development Goal 10". Social Indicators Research. 141: 280. doi:10.1007/s11205-019-02065-4. S2CID 149845432. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ "Overseas Compatriot Affairs Commission, R.O.C." Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-04. Dicapai pada 2016-09-23.
- ^ "confirmed latest statistics". 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2022. Dicapai pada 14 Februari 2022.
- ^ "Race Reporting for the Asian Population by Selected Categories: 2010 more information". Biro Banci Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2016. Dicapai pada 19 Januari 2014.
- ^ "Selected Population Profile in the United States". census.gov. Biro Banci Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2024. Dicapai pada 5 Februari 2024.
- ^ "Topic: Resident Populationpf Singapore by ethnic group, 2023". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2021. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "Jumlah dan Persentase Penduduk menurut Kelompok Suku Bangsa" (PDF). media.neliti.com (dalam bahasa Indonesian). Kewarganegaraan, suku bangsa, agama dan bahasa sehari-hari penduduk Indonesia. 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 Julai 2018. Dicapai pada 30 Mei 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "The World Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 17 Februari 2016.
- ^ Asia Pacific Foundation of Canada. "Population by Ethnic Origin by Province". Asia Pacific Foundation of Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2016. Dicapai pada 17 Februari 2016.
- ^ Macrohon, Pilar (21 Januari 2013). "Senate declares Chinese New Year as special working holiday" (Siaran akhbar). PRIB, Office of the Senate Secretary, Senate of the Philippines. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2021.
- ^ "Australia". 2016 Census QuickStats. Australian Bureau of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
- ^ Poston, Dudley; Wong, Juyin (2016). "The Chinese diaspora: The current distribution of the overseas Chinese population". Chinese Journal of Sociology. 2 (3): 348–373. doi:10.1177/2057150X16655077. S2CID 157718431. Dicapai pada 2022-01-23.
- ^ 在日华人统计人口达92万创历史新高. www.rbzwdb.com (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 15 April 2020.
- ^ "Takrif "Han" dalam Kamus Bahasa Inggeris American Heritage®: Edisi Keempat. 2000". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-27. Dicapai pada 2007-02-21.
- ^ Kaup, Katherine Palmer, Creating the Zhuang: Ethnic Politics in China, Penerbit Lynne Rienner, 1 Januari 2000, ISBN 1-55587-886-5
- ^ Table from "Genetic evidence supports demic diffusion of Han culture". Nature (jurnal, terbitan 16 September 2004)
Pautan luar
- Bagaimana bangsa Han menjadi puak yang terbesar di dunia
- Laman web Hanyu (dalam bahasa Cina)