Salasilah keturunan atau Salasilah keluarga seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.
Allah berfirman:
- "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." [1].
Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman:
- "Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu dengan dia. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti."
Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala..
Hadis Jubair bin Mut'im r.a:
- Nabi s.a.w bersabda: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (Silaturahim). [2].
Mencari atau menjejak waris yang dilakukan oleh orang-orang Melayu di era penjajahan British, terutamanya di kalangan orang-orang kampung amatlah ketara atas beberapa sebab seperti berikut:
- Masalah perhubungan pada zaman dahulu (zaman Dato' Bahaman dan Dato' Mat Kilau) yang amat mundur menyebabkan seseorang itu merasai sedih dan gusar untuk merantau jauh dari kampung halaman. Apabila ada mana-mana keluarga atau ahli keluarga yang hendak keluar mencari nafkah atau mencuba nasib ke tempat yang agak jauh dari kampung, akan diadakan satu majlis perpisahan dan doa selamat kerana kebanyakan yang keluar itu akan terus berhijrah dan tinggal di perantauan sehingga berkampung di tempat baru itu sampai beranak cucu, tidak pulang-pulang ke kampung asal kecuali untuk menziarahi sanak saudara yang masih ada.
- Anak cucu generasi baru yang sudah tidak kenal kampung asal datuk nenek mereka biasanya akan dibawa sekali sekala balik ke kampung asal mereka untuk mengenal waris dan asal usul serta mengetahui salasilah mereka. Tetapi kebanyakan daripada mereka langsung tidak berpeluang untuk berbuat demikian disebabkan kesukaran perhubungan: tiada jalan raya, tiada pengangkutan. Yang ada pada zaman itu ialah kapal atau perahu layar. Jika ikut daratan terpaksa meredah hutan belantara mengikut laluan berjalan kaki seperti yang dilakukan oleh Dato' Bahaman dan orang-orangnya.
- Maka itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan secara terperinci susur-galur salasilah mereka kepada anak cucu supaya tidak berlaku masalah seperti perbalahan/pergaduhan antara sesama saudara mara dan perkahwinan antara adik beradik kandung. Masalah perkahwinan adik dengan abang kandung atau kakak dengan adik kandung ini boleh berlaku kerana sudah lumrah suami yang pergi merantau terus kekal di perantauan, berkahwin baru dan mendapat anak-anak pula di tempat baru, manakala di kampung asal sudah ada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Perpisahan yang terus menerus tidak balik-balik dan tidak memperkenalkan anak-anak isteri baru dengan anak-anak isteri lama boleh memungkinkan berlaku perkahwinan mahram ini.
Kini, lain pula budayanya. Minat untuk mencari waris, menjejak kasih tidak lagi menjadi keutamaan di kalangan orang kita. Inilah akibat dari arus pembangunan dan pemodenan. Sifat nafsi-nafsi sudah berleluasa, terutamanya di kalangan penduduk bandar.
Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah. Penekanan kepada ilmu salasilah dalam kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja maupun bangsawan sahaja.
Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana memalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.xcvs