Oktober 2010 ialah bulan kesepuluh untuk 2010 dan 2010-an. Ia bermula pada hari Jumaat dan berakhir selepas 31 hari pada hari Ahad.
Portal:Hal semasa
Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 31 Oktober - Dilma Rousseff (gambar) memenangi pilihan raya dan bakal menjadi presiden wanita pertama Brazil.
- 30 Oktober - Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010 selepas menewaskan Negeri Sembilan.
- 28 Oktober - Tianhe-I di Tianjin, China, menjadi superkomputer terpantas di dunia.
- 27 Oktober - Setiausaha Agung UNASUR dan bekas Presiden Argentina, Néstor Kirchner meninggal pada usia 60 tahun.
- 26 Oktober - Satu gempa bumi dan tsunami yang terhasil di persisiran Sumatera, Indonesia, mengorbankan lebih 400 orang dan menyebabkan ratusan lagi hilang.
- 24 Oktober - Perdana Menteri Barbados David Thompson meninggal dunia dan digantikan oleh Freundel Stuart.
- 21 Oktober - Kerajaan Myanmar mengumumkan penggunaan bendera kebangsaan baru (gambar).
- 19 Oktober - Kerajaan India mengeluarkan satu laporan berkenaan serangan Mumbai 2008, merumuskan bahawa Lashkar-e-Taiba mendapat sokongan agensi risikan Pakistan.
- 18 Oktober - Taufan Megi (gambar), antara ribut terkuat pernah direkodkan, bertemu daratan di Filipina.
- 14 Oktober - Sukan Komanwel XIX tamat di Delhi, India.
- 13 Oktober - Kesemua 33 pelombong yang terperangkap selama 10 minggu di lombong di Copiapó, Chile, diselamatkan.
- 11 Oktober - Penyanyi opera Australia Joan Sutherland meninggal dunia pada umur 83 tahun.
- 10 Oktober - Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama diadakan di Kuala Lumpur.
- 10 Oktober - Antillen Belanda (gambar bendera) dibubarkan, dengan Curaçao dan Sint Maarten menjadi negara konstituen Kerajaan Belanda, manakala Bonaire, Saba dan Sint Eustatius menjadi perbandaran khas Belanda.
- 8 Oktober - Aktivis hak asasi manusia China yang dipenjarakan Liu Xiaobo diisytiharkan penerima Hadiah Keamanan Nobel.
- 5 Oktober - Faisal Shahzad dihukum penjara seumur hidup kerana cubaan pengeboman kereta di Times Square, bandar raya New York, A.S.
- 3 Oktober - Sukan Komanwel XIX bermula di Stadium Jawaharlal Nehru (gambar) di Delhi, India.
- 2 Oktober - Dua kereta api bertembung di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan 36 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.