Jawaharlal Nehru Stadium | |
---|---|
Lokasi | Delhi, India |
Pecah tanah | 1980 |
Dibuka | 1982 |
Diubahsuai | 2010 |
Pemilik | Indian Olympic Association |
Pengendali | Indian Olympic Association |
Permukaan | Grass |
Kapasiti | 60,000 |
Penyewa | |
2010 Commonwealth Games |
Stadium Jawaharlal Nehru terletak di Delhi ,India menjadi arena penganjuran perlawanan bola sepak dan sukan-sukan yang lain di samping pelbagai acara hiburan di India. Di sinilah Sukan Komanwel 2010 dilangsungkan. Namanya sempena Perdana Menteri India yang pertama. Ia boleh memuatkan 60,000 penonton dan 100,000 ketika konsert diadakan.
Stadium ini adalah stadium ke-3 terbesar di India dan ke-51 terbesar di dunia. Stadium ini telah dibina pada tahun 1982[1] untuk menjadi penganjur Sukan Asia pada tahun itu.
Sukan dan acara yang dianjurkan
Kriket
Stadium ini pernah menganjurkan perlawanan Satu Hari Antarabangsa yang menampilkan India menentang Australia pada tahun 1984, dan Afrika Selatan pada tahun 1991.
Bola Sepak
Beberapa perlawanan Liga Bola Sepak Kebangsaan tempatan juga pernah diadakan di sini.
Sukan Komanwel 2010
Stadium ini telah menjadi tuan rumah bagi upacara pembukaan dan penutupan Sukan Komanwel India 2010. Pada 27 Juli 2010, ia telah dibuka dan orang ramai dibenarkan melihat bahagian dalamannya.
Koordinat: 28°34′58″N 77°14′04″E / 28.582873°N 77.23438°E
Rujukan
- ^ bharatonline.com: Info tentang stadium (english)