Republik Vanuatu ريڤوبليك ۏانواتو | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Long God yumi stanap" (Bislama) Nous nous tenons devant Dieu (Perancis) "Dengan Tuhan Kami Berdiri"[1][2] | |||||
Lagu kebangsaan: Yumi, Yumi, Yumi (Bislama) Kami, Kami, Kami | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Port Vila Koordinat: 17°S 168°E / 17°S 168°E | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Kumpulan etnik (1999) |
| ||||
Demonim | Ni-Vanuatu and Vanuatuan | ||||
Kerajaan | Republik berparlimen unitari | ||||
• Presiden | Nikenike Vurobaravu | ||||
Charlot Salwai | |||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada Perancis dan United Kingdom | 30 Julai 1980 | ||||
• Kemasukan ke PBB | 15 September 1981 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 12,189 km2 (4,706 bt2) (ke-157) | ||||
Populasi | |||||
• Bancian Penduduk 2016 | 272,459[3] | ||||
19.7/km2 (51.0/sq mi) (ke-188) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $820 juta[4] (ke-178) | ||||
$2,850[4] (ke-155) | |||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | $957 juta[4] (ke-175) | ||||
$3,327[4] (ke-124) | |||||
Gini (2010) | 37.6[5] sederhana | ||||
HDI (2018) | ▬ 0.597[6] sederhana · ke-141 | ||||
Mata wang | Vatu Vanuatu ( VUV ) | ||||
Zon waktu | UTC+11 (VUT (Waktu Vanuatu)) | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | +678 | ||||
Kod ISO 3166 | VU | ||||
DPT internet | .vu |
Vanuatu, atau secara rasminya Republik Vanuatu adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di selatan Lautan Pasifik. Negara ini terdiri dariapda kepulauan yang dibentuk daripada letusan gunung berapi terletak di 1750 kilometer dari arah timur utara Australia, 500 kilometer timur laut New Caledonia , barat Fiji, dan tenggara Kepulauan Solomon berdekatan New Guinea.
Vanuatu pertama kali dihuni oleh orang Melanesia. Orang Eropah mula menetap di daerah ini pada akhir abad 18. Pada 1880-an, penjajah Perancis dan Inggeris mendakwa kepunyaan mereka. Pada tahun 1906, mereka bersetuju sama-sama menguruskan kepulauan sebagai New Hebrides melalui Kondominium Inggeris-Perancis. Gerakan kemerdekaan muncul pada 1970-an, dan Republik Vanuatu dibentuk pada tahun 1980.
Penamaan
Nama negara ini melakurkan kata-kata vanua ("benua", "tanah")[7][8] dan tu ("berdiri") ditafsirkan kepada keadaan negara ini yang berdiri merdeka.[9]
Sejarah
Prasejarah Vanuatu adalah tidak beberapa jelas. Bahasa Austronesia pertama kali digunakan di pulau-pulau ini sekitar 4.000 tahun yang lalu. Serpihan tembikar yang telah ditemui bertarikh 1300-1100 SM.
Orang Eropah bernama Espiritu Santo pada tahun 1606 yang merupakan ahli pelayaran Portugis Pedro Fernandes de Queirós bekerja untuk Putera Sepanyol. Orang Eropah tidak kembali sehingga 1768. Louis-Antoine de Bougainville kembali ke pulau-pulau ini. Pada tahun 1774 pula, Kapten James Cook menamakannya pulau New Hebrides yang kekal dipakai sehinggalah kemerdekaan negara ini.
Pada tahun 1825, pedagang Petrus Dillon menemui kayu cendana di pulau Erromango. Tahun 1830 berlaku pertengkaran antara pekerja pendatang dan pribumi Polynesia Melanesia. Selama 1860, pekebun di Australia, Fiji, New Caledonia, dan Kepulauan Samoa memerlukan tenaga kerja. Perdagangan tenaga kerja berlaku.
Abad ke-19, mubaligh Katolik dan Protestan tiba di pulau-pulau ini. Mereka mencari tanah untuk mendirikan ladang kapas. Ketika harga kapas antarabangsa runtuh, pekebun beralih kepada kopi, coklat, pisang, dan yang paling berjaya, kelapa. Pada awalnya, ramai warga Inggeris dari Australia.
Tahun 1906, Perancis dan Inggeris Raya bersetuju untuk bersama-sama menguruskan pulau-pulau ini . Ia disebut Condominium Inggeris-Perancis iaitu satu bentuk kerajaan yang unik, dengan sistem kerajaan berasingan tetapi mahkamah bersama. Orang Melanesia dilarang mendapat kewarganegaraan daripada kedua-dua kuasa.
Tantangan bermula pada awal 1940-an. Kedatangan Amerika selama Perang Dunia II, membangkitkan nasionalisme di pulau Vanuatu. Antaranya ialah figur mesianis yang mistis bernama John Frum. Beliau menjanjikan pembebasan Melanesia. Akhirnya John Frum adalah pendiri agama, menubuhkan parti politik dan menjadi ahli di Parlimen.
Parti politik yang pertama ditubuhkan awal 1970-an bernama Parti Kebangsaan Hebrides Baru. Pengasasnya adalah Bapa Walter Lini , yang kemudian menjadi Perdana Menteri Vanuatu. Parti ini menuntut kemerdekaan; pada tahun 1980, di tengah-tengah Perang Kelapa dan Republik Vanuatu berjaya dibentuk.
Pada 1990-an, politik Vanuatu tidak stabil dan akhirnya mengakibatkan kerajaan yang kurang berpusat. Vanuatu Mobile Force, sebuah kumpulan PGA cuba merampas kuasa pada tahun 1996 kerana pertikaian gaji. Rasuah dikatakan berlaku dalam kerajaan Maxime Carlot. Pilihan raya umum baru diadakan beberapa kali sejak tahun 1997 dan yang paling baru pada tahun 2004.
Geografi
Vanuatu adalah sebuah negara kepulauan terdiri dari 82 pulau kecil.Berasal dari bekas gunung berapi (65 di antaranya berpenghuni), dengan sekitar 1.300 km utara ke selatan . Pulau Matthew dan Hunter dituntut oleh Perancis New Caledonia. 14 pulau di kepulauan Vanuatu mempunyai kawasan permukaan lebih daripada 100 kilometer persegi.Antaranya ialah pulau Espiritu Santo, Malakula, Efate, Erromango, Ambrym, tanna, Pentakosta, Epi, Ambae atau Aoba, Vanua Lava, Gaua, Maewo, Malo, dan Anatom atau Aneityum.
Bandar terbesar dan menjadi ibu negara ialah Port Vila, terletak di Efate, dan Luganville di pulau Espiritu Santo. Puncak tertinggi di Vanuatu adalah Gunung Tabwemasana (1.879 meter), di Pulau Espiritu Santo.
Luas Vanuatu adalah 12.274 kilometer persegi. Tanahnya sangat terbatas sekitar 4.700 kilometer persegi .Kebanyakannya curam, tanah tidak stabil.Hanya 9% daripada tanah rata digunakan untuk pertanian (7% tanaman kekal, 2% tanah yang subur).
Terdapat beberapa gunung berapi aktif di Vanuatu, termasuk Lopevi.
Iklim
Vanuatu memiliki iklim subtropika dengan 9 bulan panas serta taufan yang kerap berlaku. Cuaca sejuk dibawa oleh Angin Tenggara. Suhu purata Vanuatu ialah antara 22 ke 28 °C. Vanuatu mempunyai musim hujan yang panjang, dengan curah hujan berlaku hampir setiap bulan. Bulan Disember hingga April merupakan musim angin taufan. Taburan hujan di Vanuatu ialah kira-kira 2,360 milimeter.
Flora dan fauna
Vanuatu memiliki sejumlah spesies tanaman dan haiwan hutan tropika. Vanuatu tidak mempunyai mamalia besar, tetapi mempunyai 19 jenis reptilia ular dan pot bunga yang ditemui di Efate. 11 spesis kelawar dan 61 jenis burung darat dan air wujud di Vanuatu. Tikus Polynesia kecil dianggap asli. Haiwan dari Eropah dibawa seperti babi, anjing dan ternakan. Negara ini kaya dengan kehidupan laut, dengan lebih dari 4,000 spesies moluska laut. Stonefish membawa Coneshell dan racun maut bagi manusia.
Rujukan
- ^ Vanuatu Daily Post, Harrison Selmen (17 Julai 2011). "Santo chiefs concerned over slow pace of development in Sanma". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2012. Dicapai pada 29 Ogos 2011.
- ^ Lynch & Pat 1993, m/s. 319.
- ^ "2016 Post-TC Pam Mini-Census Report". vnso.gov.vu. Government of Vanuatu. 21 Julai 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-20. Dicapai pada 29 Disember 2017.
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2018". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 12 Mac 2019.
- ^ "GINI index (World Bank estimate)". Bank Dunia. Dicapai pada 12 Mac 2019.
- ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 10 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 10 December 2019.
- ^ Hess 2009, m/s. 115.
- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*banua: inhabited land, territory supporting the life of a community". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 26 Julai 2022.
- ^ Crowley 2004, m/s. 3.
- Sumber utama
- Crowley, Terry (2004). Bislama reference grammar. UP Hawaii. ISBN 978-0824828806.
- Hess, Sabine C. (2009). Person and Place: Ideas, Ideals and the Practice of Sociality on Vanua Lava, Vanuatu. Berghahn. ISBN 978-1845455996.
- Lynch, John; Pat, Fa'afo, eds. (1996). "Proceedings of the first International Conference on Oceanic Linguistics (1993)". International Conference on Oceanic Linguistics. Port Vila, Vanuatu: Universiti Nasional Australia. ISBN 978-0858834408.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Vanuatu di Wikimedia Commons