Negara-negara Komanwel ialah organisasi kesatuan sukarela yang terdiri daripada 52 buah negara berdaulat. Hampir kesemua negara tersebut merupakan bekas jajahan British atau wilayah tanggungan bagi jajahan itu.
Tiada pemerintahan dalam Komanwel yang mempunyai kuasa terhadap yang lain khususnya dalam hal kesatuan politik. Selain itu, Komanwel merupakan pertubuhan antarabangsa di mana negara-negara anggota mempunyai pelbagai latar belakang sosial, siasah dan ekonomi dianggap sama dalam hal status dan bekerjasama di dalam rangka kerja dengan nilai dan matlamat yang sama, seperti yang digariskan dalam Pengisytiharan Singapura yang dikeluarkan pada 1971.[1] Nilai-nilai dan matlamat-matlamat sepunya termasuklah demokrasi, hak asasi manusia, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, kebebasan individu, egalitarianisme, perdagangan bebas, hubungan berbilang hala dan keamanan dunia yang dibawa melalui projek dan perjumpaan pelbagai hala seperti Sukan Komanwel yang diadakan setiap empat tahun sekali.[2]
Simbol kesatuan bebas ini ialah Baginda Ratu Elizabeth II, yang berkhidmat sebagai Ketua Komanwel. Kedudukan ini bagaimanapun tidak memberikannya kekuasaan siasah atau eksekutif kepada mana-mana anggota Komanwel; kedudukan ini hanyalah simbolik manakala Setiausaha Agung Komanwel merupakan ketua eksekutif Komanwel.[3]
Komanwel secara rasmi dibentuk pada 1931 apabila Statut Westminster memberikan pengiktirafan undang-undang kepada kedaulatan dominion. Dikenali sebagai "Komanwel British", anggota-anggota asalnya ialah United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Ireland dan Newfoundland, walaupun Australia dan New Zealand tidak menerima pakai statut itu sehinggalah pada tahun 1942 dan 1947 masing-masing.[4] Pada 1949, Pengisytiharan London telah ditandatangani dan menandakan kelahiran Komanwel moden dan mengguna pakai namanya yang terkini.[5] Anggota terbaru kesatuan ini ialah Rwanda yang menyertainya pada 29 November 2009.[6] Negara anggota yang keluar paling terkini ialah Maldives yang memutuskan hubungannya dengan Komanwel pada 13 Oktober 2016.
Setakat April 2017, daripada negara anggota yang menyertai Negara-negara Komanwel, tiga negara adalah dari Eropah, 12 dari Amerika Utara dan Caribbean, satu di Amerika Selatan, 18 buah negara dari Afrika, tujuh di Asia dan sebelas dari Oceania. Terdapat lapan bekas negara anggota, empat daripadanya tidak wujud lagi sebagai entiti merdeka (tetapi membentuk sebahagian daripada negara anggota yang terkini). Negara-negara anggota Komanwel mempunyai jumlah penduduk seramai 2.2 bilion, hampir satu pertiga daripada populasi dunia; 1.21 bilion tinggal di India dan 95% tinggal di benua Asia dan Afrika.[7]
Kini, enam belas negara anggota merupakan alam Komanwel, dengan Ketua Komanwel sebagai ketua negara. Lima negara yang lain mengamalkan pemerintahan beraja dan memiliki pemerintah monarki yang tersendiri (Brunei Darussalam, Lesotho, Malaysia, Swaziland, Tonga), dan selebihnya adalah negara republik. Republik Ireland (sejak 1949), Zimbabwe (2003), Gambia (2013) dan Maldives (2016) merupakan bekas negara anggota. Afrika Selatan dan Pakistan pernah meninggalkan pertubuhan kesatuan Komanwel dan kemudian menyertai semula.
Anggota terkini
Kesemua maklmuat jadual berdasarkan angka yang disediakan oleh senarai anggota Sekretariat Negara-negara Komanwel, kebanyakan angka jumlah penduduk adalah berdasarkan anggaran tahun 2007, kecuali dinyatakan sebaliknya.[8]
Negara | Tarikh menyertai | Benua | Jumlah penduduk | Catatan[A] |
---|---|---|---|---|
Afrika Selatan | 11 Disember 1931 | Afrika | 54,956,900 | Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 31 Mei 1910. Salah satu Dominion yang asal pada waktu Statut Westminster 1931. Telah keluar pada 31 Mei 1961; menyertai semula pada 1 Jun 1994.[9] |
Antigua dan Barbuda[F] | 1 November 1981 | Caribbean | 86,295 | |
Australia[F] | 11 Disember 1931 | Australia | 23,795,300 | Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 1 Januari 1901. Australia ialah salah satu daripada dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931, walaupun statut tersebut tidak diterima guna di Australia sehinggalah tahun 1942 (dengan kesan retroaktif sejak 1939).[10] Akta Australia 1986 ditubuhkan secara khusus, hanya Perdana Menteri Negeri kini boleh menasihati Baginda Ratu mengenai pelantikan atau penyingkiran Gabenor Negeri. Walau bagaimanapun, Baginda Ratu masih boleh menjalankan mana-mana kuasa baginda berkenaan dengan Negeri jika baginda "secara peribadinya hadir" di Negeri itu.[ref 1] |
Bahamas[F] | 10 Julai 1973 | Caribbean | 368,390 | |
Bangladesh | 18 April 1972[11] | Asia | 158,088,000 | Mengisytiharkan kemerdekaan dari Pakistan pada 1971.[12] |
Barbados[F] | 30 November 1966 | Caribbean | 285,000 | |
Belize[F] | 21 September 1981 | Amerika Utara | 358,899 | |
Botswana | 30 September 1966 | Afrika | 2,024,904 | |
Brunei Darussalam | 1 Januari 1984 | Asia | 393,372 | |
Cameroon | [13] | 13 November 1995Afrika | 21,143,237 | Kebanyakan negara merupakan bekas wilayah mandat Cameroun Perancis (kemudian wilayah amanah PBB) dan memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada 1 Januari 1960, bersatu dengan bekas mandat/wilayah British Cameroon Selatan yang lebih kecil untuk mendapatkan kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Oktober 1961. |
Cyprus[G] | 13 Mac 1961[14] | Eurasia | 858,000 | Memperoleh kemerdekaan dari United Kingdom pada 16 Ogos 1960. |
Dominika | 3 November 1978 | Caribbean | 71,293 | |
Fiji[B] | 10 Oktober 1970 | Oceania | 859,178 | Telah keluar pada 1987; menyertai semula pada 1997; digantung pada 6 Jun 2000;[15] penggantungan ditarik balik pada 20 Disember 2001;[16] sekali lagi daigantung pada 8 Disember 2006 kerana rampasan kuasa.[17][18] Penggantungan ditarik balik pada 26 September 2014. |
Ghana | 6 Mac 1957 | Afrika | 27,043,093 | |
Grenada[F] | 7 Februari 1974 | Caribbean | 103,328 | |
Guyana | 26 Mei 1966 | Amerika Selatan | 746,900 | |
India | 15 Ogos 1947 | Asia | 1,269,090,000 | Digabungkan dengan bekas wilayah India Perancis (Chandannagar dari 2 Mei 1950 serta Puducherry, Karaikal, Yanam dan Mahé dari 1 November 1954), bekas India Portugis (Goa, Daman serta Diu dari 19 Disember 1961 dan Dadra dan Nagar Haveli secara rasmi dari 1961) dan Sikkim (dari 16 Mei 1975). |
Jamaika[F] | 6 Ogos 1962 | Caribbean | 2,717,991 | |
Kanada[F] | 11 Disember 1931 | Amerika Utara | 35,702,707 | Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 1 Julai 1867. Kanada ialah negara pertama dalam kalangan beberapa Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931.[19] Digabungkan dengan Dominion asal yang lain, Newfoundland pada 31 Mac 1949.[20] Akta Kanada 1982 secara rasminya mengakhiri peruntukan "permintaan dan persetujuan" Statut Westminster 1931 berhubung dengan Kanada, di mana parlimen British mempunyai kuasa umum untuk meluluskan undang-undang yang meluas ke Kanada atas permintaannya sendiri. |
Kenya | 12 Disember 1963 | Afrika | 46,749,000 | |
Kepulauan Solomon[F] | 7 Julai 1978 | Oceania | 581,344 | |
Kiribati | 12 Julai 1979 | Oceania | 106,461 | |
Lesotho | 4 Oktober 1966 | Afrika | 2,120,000 | |
Malawi | 6 Julai 1964 | Afrika | 16,310,431 | |
Malaysia | [21][22] | 31 Ogos 1957Asia | 30,538,100 | Menyertai sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada 1957; dibentuk sebagai Malaysia pada 16 September 1963 dengan persekutuan bersama Singapura (menjadi negara berasingan pada 9 Ogos 1965), Borneo Utara, dan Sarawak.[23] |
Malta | 21 September 1964 | Eropah | 425,384 | |
Mauritius | 12 Mac 1968 | Afrika | 1,261,208 | |
Mozambique | [24] | 13 November 1995Afrika | 25,727,911 | Memperoleh kemerdekaan dari Portugal pada 26 Jun 1975. Negara pertama yang menyertai Komanwel dengan tanpa sebarang hubungan penjajahan atau perlembagaan dengan United Kingdom.[25] |
Namibia | 21 Mac 1990 | Afrika | 2,113,077 | Memperoleh kemerdekaan dari Afrika Selatan.[26] Ia termasuklah Walvis Bay dan Kepulauan Penguin yang diserahkan oleh Afrika Selatan pada waktu tengah malam 28 Februari 1994. |
Nauru[B] | 1 November 1968 | Oceania | 10,084 | Memperoleh kemerdekaan pada 31 Januari 1968 dari peramanahan bersama Australia, New Zealand dan United Kingdom. Menjadi anggota khas dari 1 November 1968 hingga 1 Mei 1999, apabila ia menjadi anggota penuh,[27] sebelum kembali ke status khas pada bulan Januari 2006.[28] Menjadi anggota penuh semula sejak Jun 2011.[29] |
New Zealand[F] | 11 Disember 1931 | Oceania | 4,572,100 | Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 26 September 1907. Salah satu daripada Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931, walaupun statut itu tidak diterima guna di New Zealand sehinggalah tahun 1947.[30] Hubungan akhir dengan Parlimen British dihapuskan pada 1986. |
Nigeria | 1 Oktober 1960 | Afrika | 183,523,000 | Digabungkan dengan bekas mandat/wilayah amanah Cameroon Utara British pada 31 Mei 1961. Telah digantung pada 1995, penggantungan ditarik balik pada 1999.[31] |
Pakistan | [E] | 14 Ogos 1947Asia | 189,388,000 | Termasuk bandar Gwadar, diserahkan dari Muscat dan Oman pada 8 September 1958. Termasuk Bangladesh (kemudian dikenali sebagai Pakistan Timur) sehingga1971.[12] Meninggalkan Komanwel pada 1972, menyertai semula pada 1989; digantung pada 1999, penggantungan ditarik balik pada 2004; sekali lagi digantung pada 2007,[32] penggantungan ditarik semula pada 2008.[33] |
Papua New Guinea[F] | 16 September 1975 | Australia | 7,398,500 | Memperoleh kemerdekaan dari Australia. |
Rwanda | [6] | 29 November 2009Afrika | 10,966,891 | Memperoleh kemerdekaan dari Belgium pada 1 Julai 1962. Negara kedua (selepas Mozambique) yang memasuki Komanwel dengan tanpa sebarang hubungan penjajahan atau perlembagaan dengan United Kingdom.[25] Tidak seperti Mozambique, negara ini telah mengguna pakai bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sejak menyertai. |
Saint Kitts dan Nevis[B][F] | 19 September 1983 | Caribbean | 55,000 | |
Saint Lucia[F] | 22 Februari 1979 | Caribbean | 185,000 | |
Saint Vincent dan Grenadines[F] | 27 Oktober 1979 | Caribbean | 109,000 | Anggota khas dari 27 Oktober 1979 sehingga 1 Jun 1985. |
Samoa[B] | 28 August 1970 | Oceania | 187,820 | Memperoleh kemerdekaan dari New Zealand pada 1 Januari 1962. Menyertai sebagai Samoa Barat, Joined as Western Samoa, kemudiannya menukar nama kepada Samoa pada 4 Julai 1997.[34] |
Seychelles | 29 June 1976 | Afrika | 89,949 | |
Sierra Leone | 27 April 1961 | Afrika | 6,319,000 | |
Singapura[B] | [35] | 9 Ogos 1966 (berkuat kuasa dari 9 Ogos 1965)Asia | 5,469,700 | Memperoleh kemerdekaan dari United Kingdom dan menyertai persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Menjadi merdeka pada 9 Ogos 1965.[36] |
Sri Lanka | 4 Februari 1948 | Asia | 20,675,000 | Menyertai sebagai Dominion Ceylon, kemudiannya menukar nama pada 1972. Menjadi negara republik pada 1972 dan memutuskan hubungan akhir dengan Britain. |
Swaziland | 6 September 1968 | Afrika | 1,119,375 | |
Tanzania | 9 Disember 1961 | Afrika | 47,421,786 | Menyertai sebagai Tanganyika dan kemudiannya Zanzibar, yang akhirnya bergabung untuk membentuk Tanzania pada 26 April 1964.[37] |
Tonga | 4 Jun 1970 | Oceania | 103,252 | |
Trinidad dan Tobago | 31 August 1962 | Caribbean | 1,328,019 | |
Tuvalu[B][F] | 1 Oktober 1978 | Oceania | 11,323 | Anggota khas dari 1 Oktober 1978 sehingga 1 September 2000.[38] |
Uganda | 9 Oktober 1962 | Afrika | 34,856,813 | |
United Kingdom | 11 December 1931 | Eropah | 64,511,000 | Parlimen United Kingdom menggubal Statut Westminster 1931. |
Vanuatu[B] | 30 Julai 1980 | Oceania | 264,652 | Memperoleh kemerdekaan dari pemerintah Perancis dan United Kingdom. |
Zambia | 24 Oktober 1964 | Afrika | 15,473,905 | |
↑ A. Kecuali dinyatakan sebaliknya, kemerdekaan diperoleh dari United Kingdom pada tarikh (ditunjukkan dalam lajur 2) menyertai Komanwel. |
Bekas negara anggota
Negara | Tarikh menyertai | Benua | Tarikh keluar | Catatan |
---|---|---|---|---|
Gambia | 18 Februari 1965 | Afrika | 3 Oktober 2013 | Menarik balik penyertaan pada 3 Oktober 2013 dengan alasan "penjajahan baru".[39][40] Adama Barrow, yang dipilih sebagai Presiden Gambia pada 2016, telah berjanji untuk membawa kembali negara ke dalam Komanwel.[41] Gambia secara rasminya telah menghantar pemohonan untuk menyertai semula Komanwel kepada Setiausaha Agung Patricia Scotland pada 22 Januari 2018.[42] |
Ireland | 11 Disember 1931 | Eropah | 18 April 1949 | Salah satu Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931.[20] Menarik diri selepas meluluskan Akta Republik Ireland pada 1949,[12] kerana negara republik tidak dibenarkan menjadi anggota pada ketika itu.[ref 2] |
Maldives | 9 Julai 1982 | Asia | 13 Oktober 2016 | Memperoleh kemerdekaan dari United Kingdom pada 26 Julai 1965.[43] Anggota khas dari 9 Julai 1982 sehingga 20 Julai 1985.[44] Diumumkan pada 13 Oktober 2016 bahawa negara itu menarik diri daripada Komanwel.[45][46] |
Zimbabwe | 1 Oktober 1980 | Afrika | 7 Disember 2003 | Digantung pada 19 Mac 2002.[16] Menarik diri secara sukarela pada 7 Disember 2003.[47] |
Negara anggota terbubar
Negara | Tarikh menyertai | Benua | Tarikh terbubar | Menyertai semula sebagai sebahagian daripada | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 | Asia | [22] | 31 Ogos 1963Malaysia | Dibentuk semula sebagai Persekutuan Malaysia bersama dengan Singapura (menjadi anggota berasingan pada 1965), Sabah dan Sarawak. |
Newfoundland | 11 Disember 1931 | Amerika Utara | 31 Mac 1949 | Kanada | Salah satu Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931. Kerajaan digantung pada 16 Februari 1934, digabungkan ke dalam Kanada pada 31 Mac 1949.[20] |
Tanganyika | 9 Disember 1961 | Afrika | 26 April 1964 | Tanzania | Dua negara tersebut bergabung untuk membentuk Tanzania pada 26 April 1964.[37] |
Zanzibar | 10 Disember 1963 |
Negara yang ingin menjadi ahli
Negara | Tarikh memohon | Benua | Jumlah penduduk | Catatan |
---|---|---|---|---|
Somaliland | 2009[48] | Afrika | 3,500,000 | Somaliland merupakan negara berdaulat yang mengisytiharkan diri dan tidak diiktiraf, diakui sebagai sebahagian daripada Somalia oleh masyarakat antarabangsa. Ia telah memohon untuk menyertai Komanwel dengan status pemerhati.[48] Sempadannya hampir sama dengan bekas wilayah Somaliland British, yang merupakan wilayah naungan British dari tahun 1884 hingga 1960. |
Sudan | 2009[49] | Afrika | 37,289,406 | Sudan merupakan sebuah kondominium United Kingdom dan Mesir yang dikenali sebagai Sudan Inggeris–Mesir, tetapi dalam amalan, kondominium tersebut berada di bawah kuasa penuh British sehinggalah kemerdekaannya pada 1956. Sudan telah menyatakan minatnya untuk menyertai Komanwel.[50] |
Sudan Selatan | 2011[51] | Afrika | 8,260,490 | Memperoleh kemerdekaan dari Britain sebagai sebahagian daripada Sudan pada tahun 1956. Mendapat kemerdekaan dari Sudan pada 2011. |
Suriname[52] | 2012 | Amerika Selatan | 560,157 | Jajahan Inggeris Willoughbyland dari 1650 hingga 1667 dan dikawal oleh British dari 1799 hingga 1816, dan kemudiannya menjadi tanah jajahan Belanda. Pada 2012, Suriname mengumumkan rancangan untuk menyertai Komanwel[53] dan kerajaan British telah menjadikannya keutamaan untuk memberikan panduan kepada Suriname dalam pemohonan keanggotaan Komanwel.[54] |
Negara-negara lain yang telah menunjukkan minat untuk menyertai Komanwel termasuklah Algeria, Kemboja, Madagascar, Palestin, dan Yaman.[55][56]
Rujukan
Catatan
- ^ Tiada peruntukan yang setara dengannya di Komanwel. Walau bagaimanapun, untuk kedua-dua Komanwel dan Negeri, konvensyen perlembagaan secara berkesan tidak termasuk Baginda Ratu dari kuasa pentadbiran dalam kerajaan. Pemasyhuran 19861986 adalah pengecualian, yang diluluskan oleh menteri-menteri Australia.
- ^ Lihat Pengisytiharan London.
Umum
- ^ "FAQs". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2008. Dicapai pada 16 Jun 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Singapore Declaration of Commonwealth Principles 1971". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2008. Dicapai pada 12 Jun 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Head of the Commonwealth". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2006. Dicapai pada 16 Jun 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "The Commonwealth–History–Dominion Status". Negara-negara Komanwel. Dicapai pada 16 Jun 2008.
- ^ "The Commonwealth–History–Modern Commonwealth". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2008. Dicapai pada 16 Jun 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Josh Kron (29 November 2009). "Rwanda Joins British Commonwealth". The New York Times. Dicapai pada 29 November 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Geography and population - Area and population" (PDF). Negara-negara Komanwel. Julai 2013. Dicapai pada 4 Januari 2018.
- ^ "Members". Sekretariat Komanwel. Dicapai pada 15 Februari 2008.
- ^ "South Africa". Sekretariat Komanwel. Dicapai pada 25 Januari 2016.
- ^ "Australia". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Kohen, Marcelo G. (2006). Secession. London: Cambridge University Press. m/s. 122. ISBN 978-0-521-84928-9.
- ^ a b c "Wind of Change". Negara-negara Komanwel. 2016. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
- ^ Pondi, Jean-Emmanuel (Oktober 1997). "Cameroon and the Commonwealth of Nations". The Round Table. 86 (344): 563–570. doi:10.1080/00358539708454389.
- ^ McIntyre, W. David (January 2000). "Britain and the creation of the Commonwealth Secretariat". Journal of Imperial and Commonwealth History. 28 (1): 135–158. doi:10.1080/03086530008583082.
- ^ Ingram, Derek (Julai 2000). "Commonwealth Update". The Round Table. 89 (355): 311–55. doi:10.1080/00358530050083406.
- ^ a b Ingram, Derek (April 2002). "Commonwealth Update". The Round Table. 91 (364): 131–59. doi:10.1080/00358530220144148.
- ^ Ingram, Derek; Soal, Judith (Februari 2007). "Commonwealth Update". The Round Table. 96 (388): 2–28. doi:10.1080/00358530701189734.
- ^ "Fiji suspended from the Commonwealth". Sekretariat Komanwel. 1 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April. Dicapai pada 11 April 2011. Check date values in:
|archivedate=
(bantuan) - ^ "Canada – History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c "Dominion Status". Commonwealth of Nations. 2016. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
- ^ "Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu". Arkib Negara Malaysia. Dicapai pada 14 Januari 2018.
- ^ a b "Malaysia Act 1963" (PDF). Legislation UK. Dicapai pada 14 Januari 2018.
- ^ "Malaysia – History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Ingram, Derek (April 1996). "Commonwealth Update". The Round Table. 85 (338): 153–165. doi:10.1080/00358539608454302.
- ^ a b "Rwanda becomes a member of the Commonwealth". BBC News. 29 November 2009. Dicapai pada 29 November 2009.
- ^ "THE PERIOD AFTER NAMIBIA'S INDEPENDENCE" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Januari 2018.
- ^ "Nauru Accedes to Full Membership of the Commonwealth". Sekretariat Komanwel. 12 April 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2009. Dicapai pada 30 Januari 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Nauru–History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Nauru back as full Commonwealth member". Radio New Zealand International. 26 June 2011. Dicapai pada 23 Oktober 2011.
- ^ "New Zealand – History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Nigeria | The Commonwealth". thecommonwealth.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Pakistan suspended from the Commonwealth". Sekretariat Komanwel. 22 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2012. Dicapai pada 15 Jun 2008. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Commonwealth lifts Pakistan suspension". Sekretariat Komanwel. 12 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2012. Dicapai pada 15 Jun 2008. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Constitution Amendment Act (No 2) 1997". Dicapai pada 27 November 2007.
- ^ Singapore Act 1966
- ^ "Road to Independence". AsiaOne. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2013. Dicapai pada 28 Jun 2006. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b "Tanzania – History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Tuvalu Accedes to Full Membership of the Commonwealth". Sekretariat Komanwel. 14 Ogos 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2008. Dicapai pada 30 January 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Statement by Commonwealth Secretary-General Kamalesh Sharma on The Gambia". The Commonwealth. 4 Oktober 2013. Dicapai pada 6 Oktober 2013.
- ^ "Gambia quits the Commonwealth". The Guardian. 2 Oktober 2013. Dicapai pada 5 Oktober 2013.
- ^ Manneh, Alieu (27 November 2016). "Opposition leader promises return of Gambia to ICC". Anadolu Agency. Dicapai pada 3 Disember 2016.
In an interview with Anadolu Agency, Adama Barrow, who is facing the country’s President Yahya Jammeh in the polls, said: “We will ensure that we respect all international agreements we are a signatory to and we will take the country back to the Commonwealth and the International Criminal Court.
- ^ "The Gambia presents formal application to re-join the Commonwealth" (Siaran media). Komanwel. 23 Januari 2018. Dicapai pada 24 Januari 2018.
- ^ "Maldives – History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "The Maldives and the Commonwealth". Suruhanjaya Tinggi Maldives. Dicapai pada 30 Januari 2009.
- ^ "Sekretariat Komanwel". 2016-10-13. Dicapai pada 2016-10-13.
- ^ Michael Safi (13 October 2016). "Maldives quits Commonwealth over alleged rights abuses". The Guardian.
The Maldives has announced it will leave the Commonwealth after mounting pressure from the 53-nation group over corruption and deteriorating human rights in the Indian Ocean state. The country’s government, which has been fending off rumours of an impending coup and allegations of money laundering, said the decision on Thursday to cancel its membership was 'difficult but inevitable'. Its foreign ministry said in a statement it had been treated 'unjustly and unfairly' by the organisation’s Commonwealth ministerial action group (CMAG), which has been scrutinising the government since the former president, Mohamed Nasheed, was ousted in 2012 in what his supporters say was a coup. 'The CMAG and the Commonwealth secretariat seem to be convinced that the Maldives, because of the high and favourable reputation that the country enjoys internationally, and also perhaps because it is a small state that lacks material power, would be an easy object that can be used,' the statement said. It added that it was being targeted 'in the name of democracy promotion, to increase the [Commonwealth’s] own relevance and leverage in international politics'.
- ^ "Editorial: CHOGM 2003, Abuja, Nigeria". The Round Table. 93 (373): 3–6. January 2004. doi:10.1080/0035853042000188139.
- ^ a b "Somaliland on verge of observer status in the Commonwealth". Qaran News. Dicapai pada 16 November 2009.
- ^ Howden, Daniel (26 November 2009). "The Big Question: What is the Commonwealth's role, and is it relevant to global politics?". The Independent. London.
- ^ te Velde-Ashworth, Victoria (10 Oktober 2005). "The future of the modern Commonwealth: Widening vs. deepening?". Unit Kajian Dasar Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal (doc) pada 23 Julai 2011. Dicapai pada 16 September 2006. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "South Sudan Launches Bid to Join Commonwealth". gurtong.net. 8 Julai 2011.
- ^ "Welcome to Allvoices". allvoices.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Staff Writer. "Suriname eying membership of Commonwealth". Stabroek News.
- ^ "Strengthening Guyana's participation in the Commonwealth and providing guidance to Suriname as it considers applying for membership". www.gov.uk.
- ^ Howden, Daniel (26 November 2009). "The Big Question: What is the Commonwealth's role, and is it relevant to global politics?". The Independent. London.
- ^ Osike, Felix (24 November 2007). "Rwanda membership delayed". New Vision. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2013. Dicapai pada 29 November 2009.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Negara-negara Komanwel |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
- Laman sesawang rasmi
- Garis masa Komanwel
- "Members". Sekretariat Komanwel. Dicapai pada 15 Februari 2008.
- "Commonwealth of Nations". Negara-negara Komanwel. Dicapai pada 15 Februari 2008.
- "The Commonwealth". Directgov. Dicapai pada 15 Februari 2008.