Lebuhraya E35 | |
---|---|
Lebuhraya Koridor Guthrie | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Prolintas, Prolintas Expressway Sdn Bhd (PEX) | |
Panjang | 25.0 km (15.5 mi) |
Wujud | 2003–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 2005 |
Simpang utama | |
Hujung utara | Persimpangan Rawang Selatan |
Jalan Subang-Batu Tiga AH2 Lebuh Raya Baru Lembah Klang AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah Laluan Persekutuan 54 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara | |
Hujung selatan | Shah Alam |
Lokasi | |
Destinasi utama | Rawang, Kuang, Lagong, Paya Jaras, Sungai Buloh, Subang, Bukit Jelutong |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Lebuhraya Guthrie, GCE, merupakan sebuah lebuh raya di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia menghubungkan antara Shah Alam dengan Rawang. Ia dimiliki oleh Prolintas melalui anak syarikatnya Prolintas Expressway Sdn Bhd. Panjang keseluruhan GCE adalah lebih kurang 25 km (15.5 batu) (23 km (14.2 batu) di bahagian Prolintas dan 2 km (1.2 batu) di bahagian PLUS Expressway).
Sejarah
Pembangunan lebuh raya ini bermula tahun 2002 apabila Guthrie Berhad ingin membangunkan sebuah lebuh raya yang melalui kawasan perumahan dan ladang yang dimilikinya. Pembinaan bermula tahun 2003. Lebuh raya ini dibina merentasi sebuah ladang kelapa sawit yang turut dimiliki Guthrie Berhad. Lebuh raya ini siap pada April 2005 dan mula beroperasi Julai 2005.
Pada Ogos 2007, GCE menjadi anak syarikat Prolintas Expressway Sdn Bhd (PEX).
Senarai persimpangan
- Shah Alam: Persimpangan Montford (persimpangan searas; lebuh raya bermula)
- Persimpangan Bukit Jelutong-NKVE: ke Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah
- Persimpangan Bukit Jelutong Sentral
- Persimpangan Bukit Jelutong Utara: ke Jalan Subang-Batu Tiga dan B49 Jalan Batu Arang
- Persimpangan Puncak Alam ke B49 Jalan Batu Arang
Plaza Tol Bukit Jelutong
- Persimpangan Bukit Subang: ke Jalan Subang-Batu Tiga
- Persimpangan Elmina
- Kawasan Rehat dan Rawat Elmina
Plaza Tol Elmina
- Persimpangan Paya Jaras: ke Laluan Persekutuan Malaysia 54
- Persimpangan Lagong (akan datang)
Plaza Tol Lagong
- Persimpangan Sistem Kuang : ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor
Plaza Tol Rawang Selatan (bahagian PLUS)
- Persimpangan Rawang Selatan: ke Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara