Laluan Persekutuan 54 | |
---|---|
Jalan Kuala Selangor-Kepong | |
Simpang utama | |
Hujung barat | Assam Jawa, Selangor |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |
Hujung timur | Bulatan Kepong, Kuala Lumpur |
Lokasi | |
Destinasi utama | Bukit Rotan Ijok Paya Jaras Sungai Buloh Damansara Kepong Batu Caves |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Laluan Persekutuan Malaysia LP 54, juga dikenali sebagai Jalan Sungai Buloh atau Jalan Kuala Selangor merupakan sebuah laluan persekutuan di Malaysia. Ia bermula dari bulatan Kepong di Jalan Kuching sehingga ke pekan Assam Jawa di Kuala Selangor. Laluan ini bertindih dengan Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur
LP 28 di sekitar Kepong dan Bandar Manjalara. Laluan ini merentasi kawasan Sri Damansara, Bandar Baru Sungai Buloh, Kota Puteri, Paya Jaras dan Ijok serta Penjara Sungai Buloh. Ia turut dihubungkan dengan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Guthrie.
Laluan ini sering mengalami kesesakan terutamanya di bahagian Kepong ke Ijok. Untuk mengurangkan kesesakan laluan ini, satu lebuh raya baru iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor telah dibuka bagi mengurangkan kesesakan di Laluan Persekutuan
LP 54.