![]() | |
---|---|
Lebuhraya Senai–Desaru 士乃-迪沙鲁大道 | |
![]() SDE dalam merah | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) | |
Panjang | 77.0 km (47.8 mi) |
Wujud | 2005–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 2011 |
Simpang utama | |
Hujung barat | Senai |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |
Hujung timur | Desaru |
Lokasi | |
Destinasi utama | Senai, Ulu Tiram, Pasir Gudang, Bandar Penawar, Sungai Rengit, Pengerang, Desaru |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Lebuhraya Senai–Desaru (bahasa Inggeris: Senai-Desaru Expressway, Cina: 士乃-迪沙鲁大道, SDE)
, ialah sebuah lebuh raya baru di Johor, Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia. Menyambungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor, fasa pertama lebuh raya sepanjang 77 km (48 bt) ini siap pada Ogos 2009, manakala fasa kedua pula siap pada Jun 2011. Waktu perjalanan akan dipendekkan dari 2 jam menjadi 45 minit.
Pembinaan Lebuhraya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004. Ia bersambung dengan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Pasir Gudang dan Desaru. Selama ini penduduk sekitar menggunakan Lebuhraya Skudai dan Lebuhraya Pasir Gudang dari Senai untuk ke Pasir Gudang. Kos projek ini RM1.365 bilion.[1]
Secara keseluruhan, lebuh raya ini mempunyai 6 persimpangan, 4 plaza tol dan 2 kawasan rehat dan rawat yang bermula dari persimpangan 301, Senai sebelum melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, bandar Ulu Tiram, Pasir Gudang dan terus ke Desaru.
Pemegang konsesi lebuh raya, Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) dijangka tidak mengenakan sebarang bayaran tol kepada penggunanya pada peringkat awal.[1]
Sejarah
Fasa 1
Fasa pertama sepanjang 50 km dari Senai ke Pasir Gudang dibina sebagai lebuh raya kembar penuh 4 lorong, mempunyai lima persimpangan serta dua kawasan rehat dan rawat.
Fasa 2
Fasa kedua dari Cahaya Baru, Masai ke Desaru dibina sebagai lebuh raya tunggal 2 lorong kecuali Jambatan Sungai Johor yang dibina 4 lorong, siap pada 10 Jun 2011. Pemilihan konfigurasi lebuh raya dua lorong pada jajaran ini mengambil kira hasil bancian Laluan Persekutuan LP 92 yang begitu rendah.[2] Ia menampilkan Jambatan Sungai Johor sepanjang 4 km yang menjadikannya sebagai jambatan sungai terpanjang di Malaysia. Kutipan tol semasa bulan pertama pembukaannya adalah percuma iaitu hanya merangkumi jajaran Fasa 1 sahaja.
Ciri laluan

Kawasan tadahan air terletak di seksyen Sungai Layang menghampiri Takungan Air Sultan Iskandar.Seksyen antara Cahaya Baru dan Penawar dibina sebagai lebuh raya tunggal 2 lorong (kecuali Jambatan Sungai Johor yang dibina 4 lorong, siap pada 10 Jun 2011), pada masa yang sama mengekalkan capaian terkawal, membuatkan seksyen ini sebagai lebuhraya dua lorong pertama mempunyai capaian terkawal di Malaysia.[3]
Sistem tol
Lebuhraya Senai–Desaru menggunakan sistem tol tertutup. Bermula 9 November 2016, semua transaksi tol berelektronik telah dilakukan dengan Touch 'n Go dan SmartTAG diikuti MyRFID.
Kadar tol [4]
Kadar tol pada jadual berikut hanya sebagai rujukan sahaja, kadar tol boleh dikira dalam laman web rasmi SDE.
Kelas | Jenis kenderaan | Kadar (dalam Ringgit Malaysia (RM)) |
---|---|---|
0 | Motosikal (Vehicles with two axles and two wheels) |
Percuma |
1 | Kenderaan persendirian (Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda (kecuali teksi dan bas)) |
9.20 |
2 | Van dan kenderaan barangan kecil (Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 5 atau 6 roda (kecuali bas)) |
13.80 |
3 | Truk besar (Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas)) |
18.40 |
4 | Teksi | 4.60 |
5 | Bas | 5.70 |
Senarai persimpangan
Petunjuk:
- I/C - Persimpangan, I/S - Persilangan, RSA - Kawasan rehat dan rawat, OBR - Restoran jejantas, L/B - hentian sebelah, V/P - titik vista, TN - terowong, T/P - plaza tol, BR - jambatan
Laluan Utama
Negeri | Daerah | Subdaerah | km | Susur keluar |
Nama | Destinasi | Bil. lorong |
Had laju |
Nota |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
Kulai | Kulai | 0.0 | 2201 | Senai Utama I/C | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Empat | 80 km/j | Persimpangan trompet |
BR | Jambatan Sungai Skudai | ||||||||
2202 | Bandar Senai I/C | ![]() |
|||||||
T/P | Plaza Tol Senai | TnG POS Touch 'n Go SmartTAG MyRFID MyRFID SmartTAG Touch 'n Go TnG POS | 60 km/j | ||||||
Johor Bahru | Johor Bahru | BR | Jambatan Sungai Skudai | 110 km/j | |||||
19 | BR | Jambatan saluran paip melintasi | |||||||
2203 | Ulu Tiram I/C | ![]() ![]() Pejabat operasi SDEB |
Persimpangan trompet | ||||||
29.5 | RSA | Layang RSA | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Menghala barat | |||||
30.5 | RSA | Layang RSA | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Menghala timur | |||||
BR | Viaduk Sungai Layang | Kawasan takungan air | |||||||
Pasir Gudang | 2205 | Cahaya Baru I/C | ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan trompet | |||||
BR | Jambatan Selat Mendana | Dua | 90 km/j | ||||||
47 | Pulau Juling | ||||||||
Sempadan Daerah Johor Bahru–Kota Tinggi | 48 | BR | Jambatan Sungai Johor | Empat | Panjang: 1.7 km | ||||
Kota Tinggi | Pengerang | Tanjung Penyabong | Dua | ||||||
BR | Jambatan Sungai Layau | ||||||||
BR | Jambatan Sungai Semenchu | ||||||||
BR | Jambatan Sungai Papan | ||||||||
T/P | Plaza Tol Penawar | TnG POS Touch 'n Go SmartTAG MyRFID MyRFID SmartTAG Touch 'n Go TnG POS | Empat | 50 km/j | |||||
69.4 | 2212 | Penawar I/S | ![]() ![]() |
60 km/j | Persimpangan lampu isyarat |
Hubungan Pasir Gudang

Keseluruhan bahagian laluan ini terletak di subdaerah Pasir Gudang, Daerah Johor Bahru, Johor.
km | Susur keluar |
Nama | Destinasi | Nota |
---|---|---|---|---|
2205 | Cahaya Baru I/C | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan trompet | |
T/P | Plaza Tol Cahaya Baru | TnG POS Touch 'n Go SmartTAG MyRFID MyRFID SmartTAG Touch 'n Go TnG POS | ||
2205A | Masai I/C | ![]() |
||
2207 | Kota Masai I/C | Jalan Kota Masai – Jalan Kota Masai | Kiri-masuk/kiri-keluar Menghala laluan utama | |
2210 | Pasir Gudang I/C | ![]() ![]() |
Persimpangan trompet |
Isu dan kontroversi
Pada 25 Oktober 2011, laporan Ketua Audit Negara 2010 di dalam Malaysiakini.com, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuh raya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.[5]
Rujukan
- ^ a b "Fasa Pertama Lebuh Raya SPDE Mula Operasi Bulan Depan". Bernama. 30 Julai. Dicapai pada 2 Ogos 2009. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Lebuh raya dua lorong Cahaya Baru-Penawar ikut piawai LLM". Berita Harian. 2011-06-27.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ "Reviu eksklusif Lebuhraya Senai-Desaru E22". Blog Jalan Raya Malaysia. 23 August 2012. Dicapai pada 12 February 2014.
- ^ "TOLL FARE | Senai-Desaru Expressway Berhad". E22 SDEB2022 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-01.
- ^ "Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan", Malaysiakini.com. 25 Oktober 2011.