Elliza Razak
ايلليزا رازق | |
|---|---|
| Nama lahir | Elliza binti Abdul Razak |
| Juga dikenali sebagai | Elliza AF3 |
| Kelahiran | 19 Disember 1984 Kuala Kangsar, |
| Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon, Pelakon Suara |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2005–kini |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Khairul Adzwan Nasir (k. 2011; c. 2024) |
| Anak | 2 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Elliza binti Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Elliza Razak merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim 3. .
Kehidupan awal
Elliza Razak dilahirkan pada 19 Disember 1984 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan adik kepada penyanyi Ellina Razak
Kehidupan peribadi
Elliza telah melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya, Khairul Adzwan Nasir atau lebih dikenali sebagai Joe, pada 11 November 2011.[1]
Pada Februari 2024, beliau telah sah bercerai dan mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan bekas suaminya itu.[2][3][4] Beliau dikurniakan dua orang anak iaitu Elissya 10, dan Emmir 8 tahun.
Akademi Fantasia 3
Pada tahun 2005, Elliza menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-3. Namun perjalanan beliau terhenti pada minggu ke-2 dan menjadi peserta pertama yang tersingkir pada musim tersebut.
| Minggu | Lagu | Kedudukan |
|---|---|---|
| Prelude | "Mengapa" nyanyian Nicky Astria | — |
| Minggu 1 | "Elegi Sepi" nyanyian asal Azharina | 11th |
| Minggu 2 | "Aku, Dia & Kamu" nyanyian asal D-Va | 14th |
Diskografi
Single
| Tahun | Tajuk | Kolaborasi | Penulis Lirik | Komposer | Catatan |
|---|---|---|---|---|---|
| 2005 | "Mari Berpesta" | Yogi B | Adnan Abu Hassan, Firhad Ahmad/Mable Lew & Yogi B | ||
| 2008 | "A.E.I.O.U" | Ahli Fiqir | — | OST Drama Kisah Kaisara | |
| 2016 | "Asmara Sang Dewa" | — | Ari Alasi Band | Nick CDRW | |
| 2018 | "Duniaku" | — | Amylea Azizan | Farouk Roman | |
| 2019 | "Tunjukkan" | Fiza Thomas | — | OST Filem Frozen 2 | |
| 2022 | "Janji Padamu" | — | Fauziah Ahmad | ||
| 2024 | "Urai" | — | Shazriq Azeman, Omar K & Iqie Hugh | OST Drama Akad Yang Terlindung | |
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2005 | Robots | Piper Pinwheeler | Alih Suara BM |
| 2019 | Frozen 2 | Queen Iduna |
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2006 | Impian Illyana | Nurul | TV3 | Drama pertama |
| 2007-2009 | Kisah Kaisara | Dania | ||
| 2010 | Ponti Anak Remaja | Tasha | Astro Ria | Siri mini |
| Dottie | Wati | |||
| 2011 | Mimi Mencari Cinta | Ejay | Astro Warna | |
| Cik Kiah Kole Kacang | Ecah | TV9 | ||
| 2013 | Lembuku Ben | Fana | TV1 | |
| Digi #Buddyz | Paan | Astro Ria |
Drama Web
| Tahun | Tajuk | Watak | Aplikasi | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2024 | Avatar: The Last Airbender | Kyoshi, Nenek & Pencerita | Netflix | Alih Suara BM |
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2010 | Prebet Jamilah | Melisa | Astro Ria | |
| 2011 | Prebet Jamilah 2 |
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2005 | Akademi Fantasia (musim 3) | Peserta | Astro Ria | |
| 2024 | Wanita Hari Ini | Tetamu Jemputan | TV3 | (18 Disember 2024) Mempromosikan lagu baru "Urai" |
| 2025 | (13 Januari 2025) Bersama Shah Sulaiman, membincangkan topik "Bekas Pasangan: Kawan Atau Kenangan" | |||
| (3 April 2025) Bersama anak-anaknya, istimewa Aidilfitri | ||||
| (25 Jun 2025) Bersama Amin Idris, membincangkan topik "Menghargai & Dihargai" | ||||
| Selamat Pagi Malaysia | TV1 | (5 April 2025) Santai Selebriti Raya | ||
| (21 Jun 2025) Santai Selebriti Bersama Mior Zulkarnain |
Rujukan
- ^ www.myartis.com. "ELLIZA AF3 KAHWIN DENGAN PENGURUS" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-12.
- ^ "[V] Pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga, Elliza Razak syukur derita 12 tahun berakhir - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-06. Dicapai pada 2025-05-12.
- ^ "'Terngiang jeritan anak' | Harian Metro". www.hmetro.com.my. Dicapai pada 2025-08-21.
- ^ "Elliza Razak tuntut bekas suami lebih bertanggungjawab | Harian Metro". www.hmetro.com.my. Dicapai pada 2025-08-21.









