Estranged | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre |
|
Tahun aktif | 2000–kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Fazura |
Laman sesawang | www |
Ahli | Rich Gimbang (vokal) Solihuddin Hormat (gitar irama) Nor Hanafi Nor Hadi (gitar utama) |
Bekas ahli | Adzrai Zainal (dram) Alda Evan Tan (bes) Chow Ken Chung (bes) Azwin Andy Malik (dram) |
Estranged merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada 2000, dan popular menerusi lagu Aurora. Ahli terkini kumpulan ini terdiri daripada Rich Gimbang (vokalis), Din Hormatov (pemain gitar irama) dan Hanafi Hadi (pemain gitar utama).[1]
Estranged pada awalnya lebih tertumpu kepada muzik hard rock dan nu metal yang banyak membayangkan perasaan marah. Namun, selepas Rich menyertai Akademi Fantasia musim keempat pada 2006, kumpulan ini mula beralih kepada muzik post-grunge menerusi single "Itu Kamu" yang dinobatkan sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 2007.[2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kumpulan Estranged ditubuhkan pada tahun 2000 dan diperkuatkan oleh Alda Evan Tan selaku pemain gitar bes (2000), Adzrai Zainal (gitar utama; 2000-2005), Chow Ken Chung (bes; 2000-2007) dan Azwin Andy (dram; 2000-2015).[3]
Pada pertengahan tahun 2007, Ken Chung selaku pemain gitar bes meninggalkan Estranged bagi menumpukan kerjaya barunya. Pada tahun 2015, Azwin Andy Malik selaku pemain dram pula meninggalkan Estranged demi komitmen kerja serta keluarganya.
Kini, Estranged dianggotai oleh Rich Gimbang selaku vokalis, Din Hermatov (gitar) dan Nor Hanafi (gitar).[3]
Pada tahun 2007, album In Hating Memory dikeluarkan semula sebagai repackaged album, dengan tambahan satu lagu berbahasa Melayu bertajuk "Itu Kamu". "Itu Kamu" telah meraih kejayaan arus perdana bagi Estranged dan memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-22.[1]
Pada Oktober 2008, Estranged menerbitkan album mereka yang kedua bertajuk Remain Unknown. Remain Unknown merupakan album pertama yang diterbitkan setelah Chow Ken Chung (pemain gitar bes) meninggalkan Estranged. Remain Unknown meraih lapan nominasi di Anugerah Industri Muzik ke-16.[4]
Pada tahun 2013, Estranged mengeluarkan album studio mereka yang ketiga, yang juga merupakan album berbahasa Melayu mereka yang pertama, Anugerah Hidup. Album ini mengandungi 10 buah lagu termasuk "Pengganti" dan "Baru" yang dikeluarkan sebagai single, dan juga versi muka depan lagu popular daripada kumpulan Barat The Cranberries, bertajuk "Linger". Anugerah Hidup juga merupakan album terakhir yang dihasilkan bersama Azwin Andy Malik sebelum beliau meninggalkan Estranged.
Pada tahun 2016, Estranged mengeluarkan album mini mereka yang sulung bertajuk Sepenuhnya Vol.1. Sepenuhnya Vol.1 mengandungi lima buah lagu termasuk single utamanya, "Hancur Aku" yang turut menampilkan pelakon wanita tempatan terkenal, Fazura. Sepenuhnya Vol.1 dipromosikan melalui Konsert Estranged Sepenuhnya Vol.1 yang berlangsung di Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor pada 3 Februari 2017.[5][6]
Pada tahun 2017, Estranged berusaha mengumpulkan kembali anggota lama bagi menjayakan konsert di Petaling Jaya pada 13 Mei 2017. Harapan mereka agar penggabungan ahli lama dan baru ini dapat merapatkan peminat lama dan baharu berikutan dengan sambutan luar biasa yang mereka terima pada persembahan mereka di Johor Bahru pada 3 Februari 2017 sebelum itu.[5][3] Pada tahun yang sama, Estranged juga mempertaruhkan single mereka "Milik Ku" dengan hanya menjualnya dalam bentuk Cakera padat (CD) tanpa memuat naik lagu tersebut di mana-mana platform digital. Mereka mengambil langkah ini bertujuan untuk menimba pengalaman yang lebih peribadi, disamping ingin peminat mendapatkan memento fizikal daripada kumpulan mereka.[7]
Pada tahun 2019, Estranged tampil dengan sedikit kelainan melalui pelancaran single "Mau" yang diselitkan dengan elemen Dangdut. Rich, selaku vokalis berkata, walaupun genre "Mau" berbeza daripada genre yang biasa dialunkan Estranged, identiti muzik Estranged masih ada diterapkan. "Mau" dijayakan dengan gandingan kerjasama dengan penyanyi daripada Indonesia, Jenita Janet sebagai artis duet.[8]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Projek kemanusiaan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2021, Estranged memanfaatkan bakat mereka menerusi projek kemanusiaan di sekitar Sabah. Dengan membuat konsert amal serta jualan barangan, dana yang dikutip digunakan sepenuhnya bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dan meningkatkan kualiti hidup mereka di seluruh Sabah. Estranged juga berusaha menyelesaikan masalah bekalan elektrik di beberapa kawasan perkampungan serta merealisasikan impian penduduk di Kampung Barambang untuk menikmati kemudahan internet.[9]
Politik
[sunting | sunting sumber]Rich, selaku suami kepada Velvel AF4[10] dan juga vokalis Estranged mengakui bahawa beliau telah bersedia untuk bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia yang ke-16. Beliau berkeputusan untuk menjadi calon wakil rakyat bagi daerah Tambunan setelah dua tahun melakukan kerja amal bersama Estranged di kawasan perkambungan daerah itu.[9] Rich menegaskan bahawa visinya adalah untuk membantu penduduk kampung yang berhadapan dengan masalah air, elektrik dan internet, di samping fokus dalam memajukan pendidikan generasi muda. Rich juga berkata ahli kumpulan Estranged akan terus membantunya dalam menjayakan visinya demi kesejahteraan penduduk kampung di daerah Tambunan.[11][12]
Saman
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2016, Estranged mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang bernama, Eziana Abdul Aziz, yang memperdaya kumpulan tersebut melalui surat jemputan serta dokumen-dokumen lain untuk membuat persembahan sempena Festival Apple Music di London pada 25 Disember 2017.[13] Penipuan ini dipastikan setelah pihak Estranged menghubungi pihak Apple di United Kingdom, dan pihak Apple di sana mengesahkan bahawa festival tersebut tidak wujud, dan surat jemputan serta dokumen yang diberikan kepada mereka adalah palsu. Disebabkan penipuan ini, Estranged mengalami kerugian sebanyak RM100,000 membabitkan persiapan selama dua bulan seperti latihan, bayaran kru serta cenderahati seperti jaket, sepanduk, bendera Malaysia dan kemeja-T. Penipuan ini juga telah menyebabkan ketegangan dikalangan anggota Estranged sehingga menyebabkan kumpulan Estranged hampir berpecah.[4]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]EP
[sunting | sunting sumber]- Sepenuhnya Vol. 1 (2016)
Album studio
[sunting | sunting sumber]- In Hating Memory (2005)
- Park Sky (2008)
- Anugerah Hidup (2013)
Single
[sunting | sunting sumber]- Odoi (2018)
- Main Bubut (2021)
- Mari Sumazau (2022)
- Tatapan Terakhir (2022)
- Take A Bow (2022)
- Diputuskan (2023) featuring Masterpiece
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Lagu/Album | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2006 | Anugerah Era | Artis Inggeris Tempatan Terbaik | Menang | [14] | |
Hitz F.M. - Malaysian English Top 10 | Video Terbaik | Menang | [15] | ||
Artis Rock Terbaik | Menang | ||||
2007 | Anugerah Juara Lagu ke-22 | Pop Rock | Itu Kamu | Menang | [16] |
2008 | Anugerah Planet Muzik 2008 | Lagu Paling Popular | Itu Kamu | Menang | |
Kumpulan Paling Popular | Menang | ||||
Anugerah Industri Muzik 15 | Lagu Terbaik | Tercalon | |||
2009 | Anugerah Industri Muzik 16 | Album Rock Terbaik | Remain Unknown | Menang | [17] |
Kulit Album Terbaik | Tercalon | ||||
Rakaman Album Terbaik | Tercalon | ||||
Album Inggeris Tempatan Terbaik | Tercalon | ||||
Lagu Rock Terbaik | "Aurora" dan "Yang Pernah" | Tercalon | |||
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik | "Dances of The Spirit" dan "In No Time" | Tercalon | |||
Susunan Muzik Terbaik | "Aurora" | Tercalon | |||
2016 | Anugerah Industri Muzik ke-22 | Album Terbaik | Sepenuhnya Vol-1 | Tercalon | [18] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Ayol, Ayul (18 Disember 2015). "Perpecahan akrabkan Estranged". ArtisMeletop. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
- ^ Harian, Sinar (20 January 2016). "Estranged bangkit setelah 4 tahun menyepi". PerakToday. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
- ^ a b c Azizan, Muhamad Fairoz (12 April 2017). "Estranged gabung anggota baharu, lama dalam konsert". BHarian. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ a b Admin, MStar (29 Disember 2016). "Tipu Anjur Konsert, Estranged Bakal Saman Seorang Wanita". MStar. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ a b Admin, Budiey (8 Disember 2016). "Konsert Estranged Sepenuhnya Vol 1. di Johor". Budiey. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ Othman, Kemalia (4 Disember 2016). "Johor Destinasi Pertama Konsert Jelajah Estranged". Budiey. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ Era, Gempak (20 September 2018). "Tiada Versi Online, Lagu Baru Estranged Hanya Di Jual Dalam Bentuk CD". ERA. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ Sina, Ardini Sophia (3 Mei 2019). "Estranged berubah angin". HMetro. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ a b Wong, Noel (18 April 2021). "Estranged masih berbisa". FMT. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ Abd Aziz, Siti Azira (15 Disember 2008). "Rich-Velvet 'rahsiakan' perkahwinan kerana pentingkan hubungan 'suci'". MStar. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ Zainal, Farizan (14 September 2020). "Dua Tahun Buat Kerja Amal, Rich Estranged Nak Jadi Wakil Rakyat". RotiKaya. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ Zainal, Farizan (2 Ogos 2020). "Dua Tahun Buat Kerja Amal, Rich Estranged Bakal Bertanding Jadi Wakil Rakyat Pada PRU Ke-16". BeautifulNara. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ Selamat, Hanisah (10 April 2018). "Saman tetap saman - Estranged". BHarian. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ Page, Admin (9 September 2006). "Anugerah ERA 2006". Xperience. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ 82, Eryna (20 October 2008). "Estranged biography". LastFM. Dicapai pada 2 Ogos 2023.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
- ^ Mohd Sallehuddin, Sarimah (1 Januari 2009). "Tak Ikut Darah Muda". WP. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ Admin, Bernama (30 Mac 2009). "Tipu Anjur Konsert, Estranged Bakal Saman Seorang Wanita". AIM16. Dicapai pada 2 Ogos 2023.
- ^ GP, Mustazah (4 September 2022). "Senarai Calon Top 5 Dan Pemenang AIM-22 2016". Iluminasi. Dicapai pada 2 Ogos 2023.