Khai Bahar | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Khairul bin Baharuddin 28 Februari 1994 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop balada slow rock |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer, penulis lirik, pelakon |
Tahun aktif | 2016–kini |
Syarikat pengurusan | Grateful Music |
Syarikat rakaman | NAR Records, Seventeen Eleven Music, Rusa Music |
Muhammad Khairul Baharuddin (lahir 28 Februari 1994) atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Berketinggian 170cm. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule[1] daripada peminat beliau.
Khai Bahar mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Dalam tempoh 8 tahun bergelar anak seni, Khai Bahar telah meraih hampir 50 anugerah iaitu dari Anugerah MeleTOP ERA (2017 - 2021), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2017 - 2021), Anugerah Planet Muzik (2017 & 2018), Top Hot HOT FM (2017) dan Anugerah Digital Muzik ERA (2018 & 2019).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Khai Bahar yang dilahirkan pada Februari 28 1994 merupakan anak keempat daripada enam adik beradik dan beliau berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Khai Bahar memulakan karier nyanyian beliau sebagai penyanyi busker / jalanan di Kuching, Sarawak di samping kerap memuat naik lagu-lagu cover nyanyiannya serta lagu-lagu ciptaan beliau sendiri di Youtube Channel "Muhammad Khairul" miliknya.
Sebelum bergelar penyanyi, Khai Bahar pernah dijemput untuk membuat opening act untuk penyanyi-penyanyi popular. Selain itu, Khai Bahar juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahi beliau. [2]
Nama beliau mula mendapat perhatian dan menarik minat ramai penggemar muzik Malaysia dan Indonesia setelah video nyanyiannya yang dimuat naik di aplikasi SMULE menjadi tular sekitar awal 2016. Lagu pertama yang beliau nyanyikan di aplikasi SMULE merupakan lagu Flashlight oleh Jessy J pada tahun 2015 disusuli dengan lagu-lagu lain. Antara lagu-lagu nyanyian beliau yang mendapat perhatian ramai ialah "Sudah Ku Tahu" (Projector Band), "Ku Tak Akan Bersuara" (Nike Ardilla) dan "Memori Berkasih" duet dengan Siti Nordiana. [3] [4]
Khai Bahar mendapat liputan stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi satu program hiburan mereka yang berjudul Silet. Khai Bahar mendapat perhatian program Silet selepas video SMULEnya dengan lagu "Ku Tak Akan Bersuara" nyanyian asal Nike Ardilla yang popular pada tahun 1994 menjadi viral di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2016. Menerusi program Silet itu, dua orang penyanyi Indonesia iaitu Soimah dan Nia Daniaty memberikan pujian kepada kemampuan suara yang dipunyai oleh Khai Bahar.
Pada 2016, Khai Bahar ditawar kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman NAR Records. Setelah hampir 3 tahun sebagai penyanyi di bawah label NAR Records, Khai Bahar sudah mempunyai tujuh lagu solo iaitu "Bayang", "Dari Jauh Saja", "Sinar Syawal", "Luluh", "Cahaya 114", "Jodohku" dan "#123". Khai Bahar juga turut mempunyai tiga buah lagu duet yang berjudul "Rahsia Kita","Cinta Syurga" "Satukan Rasa" dan "Nafas Cinta". Lagu "Rahsia Kita" adalah lagu duet bersama Fatin Husna yang merupakan penyanyi wanita baharu di bawah label yang sama dengan beliau, NAR Records. Lagu "Cinta Syurga" pula adalah sebuah lagu berbentuk zikir, gandingan beliau dengan penyanyi popular Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Manakala lagu "Satukan Rasa" bergenre balada gandingan duet bersama Siti Nordiana dan lagu "Nafas Cinta" pula hasil paduan suara bersama Aina Abdul.
Setelah berkecimpung tiga tahun dalam industri seni sebagai penyanyi, Khai Bahar memperlihatkan bakatnya dalam dunia lakonan. Beliau bertuah kerana diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam drama pertama beliau bertajuk "Satukan Rasa". Kemudiannya, beliau meneruskan lagi percubaan dalam bidang lakonan dengan membintangi drama "Kisah Cinta Rumi" dan "Shakira".
Kemuncak populariti Khai Bahar adalah apabila beliau berjaya memenangi gelaran Artis Baharu MeleTOP pada Anugerah MeleTOP ERA 2017, kemudiannya dua trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, iaitu Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Selain itu, Anugerah Planet Muzik 2017 di Singapura, beliau menjadi pemenang kategori Lagu Paling Popular (Bayang) dan Artis Paling Popular. [5] Seterusnya, beliau juga berjaya memenangi Top Hot HOT FM 2017 menerusi kategori Penyanyi Hot 2017, Lagu Hot 2017 (Luluh) dan FB Live Hot 2017 (bersama Wany Hasrita). [6]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul | Label |
---|---|---|
2019 | Air Mata | NAR Records |
2021 | Damba Ketenangan | Seventeen Eleven Music |
Konsert
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul | Venue/Lokasi |
---|---|---|
2022 | Konsert Nafas Cinta Khai Bahar (12 Feb) | Petaling Jaya Performing Arts Centre |
2023 | DFP with Khai Bahar (11 Nov) | Dewan Filharmonik Petronas |
Single
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul | Komposer | Lirik | Label |
---|---|---|---|---|
2016 | "Bayang" | Alam | Patrick Anohada | NAR Records |
2017 | "Dari Jauh Saja" | Akhadiat Denny | ||
"Sinar Syawal" | Patrick Anohada | |||
"Luluh" | Khai Bahar | |||
2018 | "Cahaya 114" | Azrul Azlan | ||
"Jodohku" (OST Cinta Tiada Ganti) | Adi Priyo | Manusia Putih | ||
"#123" | Khai Bahar | Khai Bahar & Patrick Anohada | ||
2019 | "Air Mata" | Khai Bahar | ||
"Dia" | ||||
"Keranamu" | ||||
"Penantian" | Manusia Putih | |||
"Menyesal" | ||||
"Ratuku" | Kanda, Azrul Azlan & Anwar Husaini | Azrul Azlan | Seventeen Eleven Music | |
2020 | "HatiNyawa" | Faizal Tahir | Faithful Music | |
"Durja" (OST Tak Sempurna Mencintaimu) | Iqie Hugh, Omar K & Khai Bahar | |||
"Bangkit Semula" | Adi Pawana & Gjie | Adi Pawana | Seventeen Eleven Music | |
2021 | "Hilang Gelita" (OST Kisah Cinta Rumi) | Khai Bahar | Rozisangdewi | |
"Sengsara" (OST Dendam Penunggu) | John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K | Alternate Records & Talents | ||
2022 | "Damba" (OST Shakira) | Iqie Hugh & Omar K | Seventeen Eleven Music | |
"Oh Wanita" | Harry Khalifah | Rusa Music | ||
2023 | "Lat Tali Lat" (OST Puaka Cuti Semester) | Johan John | Khaleel | Alternate Records & Talents |
2024 | "Lemas" | Hykal Kadir | Hamizan Ali | Alternate Records & Talents |
“Bawa Hatiku Bersama Kamu” | Ajai | Indigital Music | ||
“Kerna Dia” | Iqie Hugh,Effe Inviellya,Aniq Iffat | World Peace Entertainment |
Duet
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul | Komposer | Lirik | Label |
---|---|---|---|---|
2018 | "Rahsia Kita" (duet bersama Fatin Husna) (OST Drama Rahsia Hati Perempuan) | Harris Yusoff | Jim Bimasakti | NAR Records |
"Cinta Syurga" (duet bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza) | Siti Nurhaliza | Siti Nurhaliza Productions
Universal Music Malaysia | ||
2019 | "Satukan Rasa" (duet bersama Siti Nordiana) (OST Drama Satukan Rasa) | Kanda & Dinda | Iman Imran | Seventeen Eleven Music |
2020 | "Nafas Cinta" (duet bersama Aina Abdul) (OST Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard) & (Lagu Tema Lagu Cinta Kita TV3 Musim 3 2021) | Aina Abdul & Khai Bahar | Aina Abdul & Wan Zakaria | Universal Music Malaysia |
"Setanggi Syurga" versi 2020 (duet bersama Inteam) | Manis Helma | ITO Lara | Seventeen Eleven Music | |
2022 | "Kaulah Syurga" (duet bersama Lia Aziz (OST Drama 7 Hari Mencintaiku 3) | Asfan Shah | Siti Rosmizah Semail | Rusa Music
Alternate Records & Talents |
2023 | "Selagi Ku Ada" (duet bersama Nabila Razali) (OST Drama Kerana Cinta Itu Ada) | Amylea Azizan | Alternate Records & Talents | |
"Pejam" (duet bersama Adira Suhaimi) | Audi Mok & Shazee | Nova Music Malaysia | ||
"Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" (duet bersama Aina Abdul) | Affan Mazlan | Radio Televisyen Malaysia | ||
2024 | “Rabiatul Adawiyah versi 2024 (kolaborasi bersama Inteam) | Munif Ahmad | Abdul Kahar | Inteam Records |
“Macam Dulu-Dulu (duet bersama Marsha Milan) (Kempen Rara TV3) | Shazee Ishak & Audi Mok | Alternate Records & Talents | ||
Berbagi Hati (duet bersama Wany Hasrita) (OST Drama Berbahagi Suami) | Amylea Azizan | Sony Music Entertainment |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Cinta Tiada Ganti (Slot Tiara) | Dirinya sendiri | Astro Prima dan Astro Maya HD | Drama pertama, penampilan khas |
2019 | Satukan Rasa (Slot Megadrama) | Faizal Bakri | Astro Ria | |
2021 | Kisah Cinta Rumi (Slot Lestary) | Mikael Adzim | TV3 | |
2022 | Shakira (Slot Akasia) | Irdi | ||
2024 | Cinta Bukan Milik Kita (Slot Samarinda) | Redza |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2023 | Pinang Durian | Hamid | Tonton |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Bintang Minggu Ini | Penyanyi utama bersama artis jemputan | Astro Ria |
2019 | I Can See Your Voice Malaysia (musim 2) Ep 2 | Artis jemputan | TV3 |
2020 | Konsert Minggu Ini | Penyanyi utama bersama artis jemputan | TV2 |
Immortal Songs Malaysia | Peserta | TV3 | |
Gegar Vaganza 2020 | Artis Jemputan (bersama Linda Nawuwil) | Astro Ria | |
Big Stage 2020 | Artis Jemputan (bersama Azzam Sham) | ||
2021 | All Together Now Malaysia | Juri | |
Gegar Vaganza 2021 | Artis Jemputan (bersama Suki Low) | ||
2022 | All Together Now Malaysia (Musim 2) | Juri | |
2023 | Big Stage 2023 | Artis Jemputan (bersama Nadeera Zaini) | |
Hiburan Minggu Ini (karok) | Artis Jemputan | TV2 | |
Yang Paling Padu (Ep 3) | Penyanyi Utama (bersama Wany Hasrita) | Astro | |
2024 | I Can See Your Voice Malaysia (musim 7) Ep 11 | Artis jemputan | TV3 |
Anugerah dan pencapaian
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencapaian |
---|---|---|---|
2017 | Anugerah MeleTOP Era 2017 | Artis Baharu MeleTOP | Menang |
Penyanyi MeleTOP | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Artis Baharu Lelaki Popular | Menang | |
Penyanyi Lelaki Popular | Menang | ||
Anugerah Planet Muzik 2017 | Artis Paling Popular | Menang | |
Lagu Paling Popular (Bayang) | Menang | ||
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017 | Penyanyi Lelaki Hot | Menang | |
Lagu Hot 2017 (Luluh) | Menang | ||
FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar & Wany Hasrita | Menang | ||
2018 | Anugerah Digital Muzik ERA 2018 | Lagu Cover Terbaik ( Luluh ) | Menang |
Anugerah Juara Lagu ke-32 | Bayang | Finalis | |
Penyanyi Pilihan Samsung | Menang | ||
Anugerah MeleTOP Era 2018 | Penyanyi MeleTOP | Menang | |
Lagu MeleTOP (Bayang) | Menang | ||
Top Top MeleTOP (Lelaki) | Menang | ||
Anugerah Planet Muzik 2018 | Artis Paling Popular APM | Menang | |
Ikon Media Sosial APM | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
2019 | Anugerah Digital Muzik ERA 2019 | Penyanyi Paling Lit di Media Sosial | Menang |
Anugerah Juara Lagu ke-33 | Luluh | Finalis | |
MYSC Awards 2019 | MYSC Breakthrough Awards (Male) | Menang | |
Anugerah MeleTOP Era 2019 | Penyanyi MeleTOP Lelaki | Menang | |
Top Top MeleTOP (Lelaki) | Menang | ||
Anugerah Stail EH 2019 | Selebriti Harapan Pilihan | Menang | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
Anugerah Nasyid IKIM 2019 | Artis Solo Pilihan | Menang | |
Lagu Pilihan (Cahaya 114) | Menang | ||
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Siti Nordiana) | Menang | ||
FC FANtastik Popular (khaibaharempire) | Tercalon | ||
Anugerah MeleTOP Era 2020 | Penyanyi MeleTOP Lelaki | Tercalon | |
Grup/Duo MeleTOP (bersama (bersama Siti Nordiana) | Menang | ||
Top Top Grup/Duo MeleTOP (bersama Siti Nordiana) | Menang | ||
JOOX Music Awards (Year End 2020) | Top 5 Local Hits (single Durja) | Menang | |
Top 5 Local Artist | Menang | ||
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Aina Abdul) | Menang | ||
FC FANtastik Popular (khaibaharempire) | Tercalon | ||
Artis TikTok Popular | Menang | ||
Anugerah MeleTOP Era 2021 | Penyanyi MeleTOP Era (Durja) | Menang | |
Program MeleTOP (Konsert Minggu Ini #123 Khai Bahar RTM) | Menang | ||
Top Top MeleTOP (Lelaki) | Menang | ||
JOOX Music Awards (Mid Year 2021) | Top Fans Pick | Menang | |
Top 5 Local Artist | Menang | ||
JOOX Music Awards (Year End 2021) | Top 5 Local Hits (single Sengsara) | Menang | |
Top 5 Local Artist | Menang | ||
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL (Nafas Cinta feat Aina Abdul) | Menang |
Nafas Cinta duet Aina Abdul | Finalis | ||
Anugerah Nasyid IKIM 2022 | Artis Solo Pilihan | Menang | |
Lagu Pilihan (Ratuku) | Menang | ||
Anugerah Industri Muzik ke-23 | Lagu Pop Terbaik (Perpisahan) | Tercalon | |
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa AJL (Sengsara) | Menang |
Sengsara | Finalis | ||
Anugerah Drama Sangat 2023 | OST Terbaik (Nafas Cinta ft Aina Abdul) Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard | Menang | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
2024 | Gempak Most Wanted Awards 2023 | Video Muzik Terbaik (Selagi Ku Ada bersama Nabila Razali) | Menang[a] |
Anugerah Juara Lagu ke-38 | Selagi Ku Ada duet Nabila Razali | Finalis | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Nabila Razali) | Tercalon | ||
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Adira Suhaimi) | Tercalon |
Endorsmen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Produk | Catatan |
---|---|---|
2017 | Perfume Bayang Limited Edition | Minyak wangi |
2018,2019 | C_Clean Plus by Khai Bahar | Penjagaan muka |
2018 | NIVEA for MEN by NIVEA | Penjagaan badan |
2019 | Far8 by Altelia Amani | Baju Melayu / Kurta |
2018 - 2022 | Toyota Gazoo Racing (5 musim) by Toyota Group | Pelumba Selebriti |
2021 | Igaiss minuman perisa mangga | Produk Minuman |
Car perfume by Vanzo Group | Produk wangian kereta | |
2022 | Choco product/snacks by ChocoAlbab | Produk Makanan |
Elrah Exclusive | Baju Melayu | |
2023 - 2024 | Alicafe Power root | Produk Minuman |
2024 | Nongshim Shin Ramyun | Produk Makanan |
Perniagaan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Produk | Catatan |
---|---|---|
2021-2022 | K Slimz by Khai Bahar | Produk Minuman Kesihatan |
Ayo Chicken with Ayo Chicken Group | Produk Makanan |
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Khai mengambil anugerah tersebut sebagai wakil
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Khai Bahar Malu Mikrofon Terbalik. mstar. Dicapai pada 18 Oktober 2018.
- ^ Haryani Ismail (2 Ogos 2016). Khai Bahar bangkit daripada kecewa silam. Berita Harian
- ^ Georgie Joseph (26 Mei 2016) Khai Bahar kuasai pelbagai genre Harian Metro
- ^ 28 April 2016. 'Smule' Nana dan Khai Bahar dapat perhatian. Sinar Harian
- ^ Trofi bukan tiket Khai Bahar goyang kaki. berita harian. Dicapai pada 18 Julai 2018.
- ^ Sokongan peminat buat Khai terus bersinar. harian metro. Dicapai pada 1 Februari 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Khai Bahar di Facebook
- Khai Bahar di Instagram
- Khai Bahar di TikTok
- Khai Bahar di Twitter
- Saluran YouTube Khai Bahar