(Dilencongkan daripada Jun 29)
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
29 Jun merupakan hari ke-180 (hari ke-181 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 185 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 1149 - Perang Salib Kedua: Tentera pimpinan Nuruddin Zengi memusnahkan angkatan Antioch pimpinan Putera Raymond dalam Pertempuran Inab.
- 1194 - Sverre ditabalkan sebagai Raja Norway.
- 1786 - Setelah selama setahun Belanda mengepung Kuala Selangor, akhirnya Sultan Selangor memeterai perjanjian dengan Belanda yang mana dalam syarat perjanjian itu disebutkan bahawa Selangor akan menjual timahnya kepada Belanda di Melaka.
- 1880 - Raja Tahiti Pōmare V dipaksa menyerahkan kedaulatan Tahiti dan wilayah tanggungannya kepada Perancis.
- 1922 - Perancis memberikan 100 hektar tanah di Rabung Vimy (gambar) kepada Kanada buat selama-lamanya sebagai menghargai jasa Kanada semasa Pertempuran Rabung Vimy dalam Perang Dunia Pertama.
- 1956 - Presiden Dwight D. Eisenhower memeterai Akta Lebuh Raya Bantuan Persekutuan 1956, dengan itu mencipta secara rasmi Sistem Lebuh Raya Antara Negeri Amerika Syarikat.
- 1974 - Naib presiden Isabel Martínez mengangkat sumpah sebagai Presiden Argentina wanita pertama, menggantikan suaminya Juan Peron yang sakit, dan meninggal dunia dua hari kemudian.
- 1985 - Komuniti Ekonomi Eropah mula menggunapakai Bendera Eropah, bendera yang dahulunya digunakan Majlis Europah pada 1955.
- 1995 - Semasa misi STS-71, Atlantis menjadi bolak-balik angkasa lepas pertama yang berlabuh di pangkalan angkasa lepas Mir Rusia (gambar).
- 1995 - Gedung Serbaguna Sampoong runtuh di daerah Seocho-gu, Seoul, Korea Selatan, membunuh 501 orang dan mencederakan 937 yang lain.
- 2006 - Dalam kes Hamdan lwn. Rumsfeld, Mahkamah Agung A.S. mendapati bahawa suruhanjaya tentera yang ditubuhkan pentadbiran Bush bagi membicarakan tahanan di Teluk Guantanamo mencabuli kedua-dua undang-undang antarabangsa dan A.S.
- 2007 - Apple mengeluarkan iPhone generasi pertama, merevolusikan industri telefon pintar.
- 2010 - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh akibat banjir teruk di Romania.
Kelahiran
- 1986 - Farizal Marlias, seorang penjaga gol Johor Darul Takzim FC