<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
24 Jun merupakan hari ke-175 (hari ke-176 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 190 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Perang Carabobo di Venezuela (1821)
- Hari Kebangsaan (Hari Santo Jean-Baptiste) di Quebec, Kanada.
- Hari Perayaan John Pembaptis (Kristian).
Peristiwa
- 1128 - Afonso I dari Portugal bertempur dalam Pertempuran São Mamede, langkah pertama dalam mencapai kemerdekaan Portugal dari Galicia.
- 1314 - Scotland mencapai semula kemerdekaan selepas angkatan tentera yang diketuai Robert si Bruce menewaskan Edward II dari England dalam Pertempuran Bannockburn (gambar).
- 1440 - Kolej Eton di Berkshire, England diasaskan oleh Raja Henry VI untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar miskin yang akan melanjutkan pendidikan ke King's College, Cambridge.
- 1535 - Negara Anabaptis Münster ditakluk dan kemudian dibubarkan.
- 1597 - Pelayaran Belanda pertama ke Hindia Timur tiba di Bantam, Jawa.
- 1622 - Perang Belanda-Portugal: Angkatan kecil Portugis menangkis serangan Belanda, satu-satunya pertembungan ketenteraan antara dua kuasa Eropah di tanah besar China.
- 1812 - Perang Napoleon: Grande Armée Perancis menyeberangi Sungai Neman, memulakan menyerang Rusia.
- 1859 – Pertempuran Solferino berlaku di mana Sardinia bersama Perancis menentang Austria di Solferino, utara Itali.
- 1880 - "O Canada", kini lagu kebangsaan Kanada, mula dinyanyikan sempena jamuan Hari Santo-Jean-Baptiste di Bandar Raya Quebec, Quebec.
- 1947 - Laporan meluas pertama melihat UFO di Amerika Syarikat: Kenneth Arnold ternampak sembilan ceper berkilau dalam bentuk piring yang terbang berhampiran Gunung Berapi Rainier, Washington.
- 1948 - Perang Dingin: Kesatuan Soviet menyekat laluan ke sektor Amerika Syarikat, British dan Perancis di Berlin, Jerman.
- 1982 - Penerbangan 9 British Airways terbang ke dalam awan abu gunung berapi daripada letusan Gunung Galunggung, Indonesia, menyebabkan keempat-empat enjinnya mati.
- 1989 – Jiang Zemin menggantikan Zhao Ziyang sebagai Setiausaha Am Parti Komunis China setelah berlakunya bantahan besar-besaran di Dataran Tiananmen pada tahun itu.
- 2009 - Satu letupan bom mengorbankan 69 orang dan mencederakan lebih 150 lagi di kawasan bandar Sadr Baghdad.
- 2010 - 12 orang terbunuh semasa melintas landasan kereta api di sebuah stesen di Barcelona, Sepanyol.
- 2010 - Julia Gillard menjadi perdana menteri wanita Australia pertama selepas menewaskan Kevin Rudd dalam pemilihan parti memimpin Parti Buruh.
Kelahiran
- 1987 - Lionel Messi, pemain bola sepak FC Barcelona
Kematian
- 1908 - Grover Cleveland, Presiden Amerika Syarikat ke-22
- 2018 - Harry Moekti, penyanyi, pelakon, dan pendakwah Indonesia