<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
14 September merupakan hari ke-257 (hari ke-258 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 108 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
- 786 – Harun al-Rasyid (gambar) menjadi khalifah Abbasiyah selepas kematian abangnya al-Hadi.
- 1752 – Dengan menerima takwim Gregorius, Empayar British melangkau sebelas hari (2 September diikuti oleh 14 September).
- 1812 – Pencerobohan Perancis ke atas Rusia: Napoleon I dan Grande Armée menawan Moscow, tetapi mendapati bandar tersebut telah ditinggalkan dan dibakar.
- 1901 – Di Buffalo, New York, Theodore Roosevelt menjadi Presiden Amerika Syarikat termuda pada umur 42 tahun apabila William McKinley meninggal dunia akibat ditembak lapan hari sebelumnya.
- 1948 – Penerbangan terakhir oleh pesawat Brewster Buffalo dalam perkhidmatan Finland.
- 1959 – Kapal angkasa lepas Soviet Luna 2 (gambar) terhempas dan menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke Bulan.
- 1960 – Di satu persidangan di Baghdad, Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait dan Venezuela mengasaskan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
- 2008 – Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Itali 2008, menjadikannya pemandu termuda dalam sejarah Formula Satu yang memenangi perlumbaan Grand Prix.
- 2013 – Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun menjuarai Pestabola Merdeka 2013.
- 2017 - Sekurang-kurangnya 22 orang pelajar dan 3 orang tenaga pengajar di Tahfiz Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat, Petaling Jaya, Kuala Lumpur terkorban dalam satu kebakaran pada pukul 5.00 pagi (waktu tempatan).
Kelahiran
- 1920 - Mohammad Fuad Stephens, seorang Ketua Menteri Sabah pertama
- 1920 - Mohamed Said Bin Keruak, seorang Ketua Menteri Sabah ke-4
- 1960 - Callum Keith Rennie, pelakon Kanada
- 1965 - Dmitry Medvedev, Presiden Rusia ke-3
Kematian
- 1321 - Dante Alighieri, penyajak berbangsa Itali
- 1901 - William McKinley, Presiden Amerika Syarikat ke-25
- 1979 - Nur Mohammad Taraki, Perdana Menteri Afghanistan ke-10
- 1982 - Grace Kelly, pelakon Amerika Syarikat dan kemudiannya Permaisuri Monaco (lahir 1929)[1]
Rujukan
- ^ "Grace Kelly | American actress and princess of Monaco". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 March 2020.