<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
8 Mei merupakan hari ke-128 (hari ke-129 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 237 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 1429 - Pengepungan Orléans: Askar-askar Perancis pimpinan Jeanne d'Arc mematahkan pengepungan Inggeris dan mengubah nasib Perang Seratus Tahun.
- 1541 - Ekspedisi yang diketuai oleh konkuistador Sepanyol Hernando de Soto tiba di Sungai Mississippi, dan kemudian menjadi orang Eropah pertama menyeberanginya.
- 1794 - Pemerintahan Ganas: Ahli kimia dan ekonomi Perancis Antoine Lavoisier (gambar), juga bekas pemungut cukai diraja untuk Ferme Générale, dibicarakan, disabitkan bersalah dan digilotin pada hari yang sama.
- 1846 - Pertempuran utama pertama dalam Perang Mexico-Amerika bermula dengan Pertempuran Palo Alto.
- 1902 - Letusan Gunung Pelée memusnahkan bandar Saint-Pierre, Martinique, Antilles Kecil, membunuh lebih 30,000 orang.
- 1945 - Kebanyakan angkatan tentera di bawah kuasa Jerman menamatkan operasi aktif pada waktu 23:01 CET, menurut syarat dokumen penyerahan kalah yang ditandatangani pada hari sebelumnya, menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua di Eropah.
- 2008 - Dmitry Medvedev mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia, menggantikan Vladimir Putin yang menjadi Perdana Menteri.
- 2011 - Dalam pilihan raya umum Singapura, Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Hsien Loong kekal berkuasa, manakala pembangkang memenangi Kawasan Perwakilan Berkumpulan pertama mereka.
- 2012 - Vladimir Putin mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia, menggantikan Dmitry Medvedev yang menjadi Perdana Menteri.
- 2017 - Emmanuel Macron memenangi pilihan raya Presiden Perancis, beliau bakal dilantik sebagai Presiden Perancis ke-25.
Kelahiran
- 1884 - Harry S. Truman, Presiden Amerika Syarikat ke-33
- 1958 - Indro Warkop, pelawak dan pelakon lelaki Indonesia
Kematian
- 2020 - Ismail Kamus, seorang pendakwah bebas di Malaysia